Tujuan :
(1)Merawat pesakit tanpa melakukan pukulan fizikal tubuh pesakit,
(2)Memukul jin-jin yang mengganggu supaya keluar dari tubuh dan
(3) Membelasah tukang sihir dan OKS secara jarak jauh supaya insaf dan berhenti dari pekerjaan terkutuk
Peralatan :
(1) Objek iaitu kain pelikat atau serban yang digulung kemas sepanjang 1kaki,
(2) Rotan sepanjang 2kaki
Bacaan :
AlFatihah,
Al-Mukminun 115-118 dan
As-Syuara 130 (3x). Tiup pada Rotan
Kaedah:
(1) Tetapkan niat dengan membayangkan objek sebagai tubuh pesakit, yang mana kepala, badan, kaki dsb
(2) Rotan/sebat/pukul sambil menyebut ALLAHu Akbar pada bahagian-bahagian yang pesakit mengadu sakit.
(3) Arahkan jin-jin berkenaan bergerak ke hujung jari kaki untuk ditarik keluar
(4) Buka ikatan jika mereka diikat
(5) Tarik dengan serban jin-jin yang berada di jari kaki
Cerapan :
Teknik ini telah saya RnD dimana pesakit menutup mata utk tujuan TKR. Apabila dipukul bahagian-bahagian pesakit, pesakit akan menggerakan badannya. Saya arahkan bergerak ke jari kaki dan jin-jin ini dikeluarkan (Video dalam proses)
Oleh kerana pesakit juga sedang dalam TKR, pesakit melihat bagaimana jin-jin ditubuhnya kena sebat.
Saya niatkan untuk memukul penyihir dan OKS, pesakit melihat bagaimana puak-puak laknatuLLAH ini kesakitan kesan pukulan-pukulan jarak jauh.
Kebaikan dan kelebihan teknik ini adalah pesakit tidak ada kesan-kesan sakit fizikalseperti lebam, bengkak dsb berbanding teknik memukul pesakit dengan ranting nona atau seangkatan dengannya. Ia juga boleh bagi pesakit yang jauh dari perawat spt terlantar dihospital malah di luar negara.
Teknik ini juga bermakna anda tidak menyentuh pesakit anda.
Keyakinan bahawa ia adalah teknik dan semua yang berlaku adalah dengan bantuan ALLAH semata menjadikan teknik TRO rawatan terbaru saya.
Saya dengan ini mengijazahkan kepada semua perawat Akrine untuk menggunakan teknik ini.
Sila berkongsi pengalaman setelahmana anda menggunakannya.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
7 comments:
Ustaz,saya tidak pernah pergi kursus ustaz,tapi saya ada membeli buku ustaz,bolehkan saya menggunakan teknik rotan objek tersebut?
salam ust, terima kasih kerana sudi menurunkan ilmu ilmu Allah yg dikurnialkan kpd Ust.Kemusykilan saya, utk pukul oks/tukang sihir dari jauh, adakah kaedahnya sama iaitu memukul pd objek dan perlulah kita kenal identiti mereka atau just niatkan sahaja pukulan itu pd mana2 oks/tukang sihir yg mengganggu pesakit.Harap dapat pencerahan
Salamu'alikum Sdra Mohd Adwim n Khairi,
Kerana saya menganggap mereka yg beli buku saya juga diijazahkan maka dia juga anak murid saya ie Akrine... jadi tafadhol.
Untuk Kahiri, betul, just niat sahaja kerana jika sdra mengkasadkan kpd org tertentu mungkin betul mungkin tidak.
Terima kasih ustaz.
jazakALLAHukhairankasira...terima kasih kerana sudi berkongsi dan menurunkan ilmu ini ustaz
saya membaca blog ini dan saya cuma mengambil yang hak sahaja. terima kasih.
SALAM, SAYA MEMINTA IZIN AGAR DIIJAZAHKAN SAYA TEKNIK INI.
Post a Comment