Assalamualaikum,
Semoga Ust dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Saya hanya ingin berkongsi pengalaman saya merawat pesakit bersama rakan saya. Smalam saya telah mencuba menggunakan teknik kaedah TRO dalam rawatan saya. MasyaAllah, sungguh berkesan dan cepat dengan izin Allah.
Pesakit mempunyai ciri2 gangguan setelah mengalami kesakitan di bahagian leher bila berzikir dan juga beberapa kali mendapat mimpi dikejar manusia berkepala binatang.
Saya kira makhluk2 halus ini telah menjangka kedatangan saya pada malam itu. Kerana pesakit telah kerasukan dan tidak puas hati akan kehadiran saya dan gelisah bercampur marah bila saya baru masuk kerumahnya.
Pesakit diajak bertenang dan duduk. Setelah semua sudah siap, mulalah bacaan ayat2 tertentu seperti biasa dan ringkas, memandangkan pesakit dah kerasukan dari awal lagi.
Buat pengetahuan Ust, saya meminjam rotan dan kain pelekat pesakit pada malam tersebut kerana tergerak hati saya sejak dari mula mendapat sms dari suami pesakit . Dan memandangkan rumahnya jenis flat bertingkat, saya menggunakan alas bantal cushion dibawah, supaya jiran di bawah tak complain dan dengar sebatan rotan.
Makhluk2 halus ni telah diberi amaran dan nasihat sejak dari awal mula rawatan. Tetapi tetap berbedgil juga. Bila rotan tu di pukul kepada kain pelikat beberapa kali saja…… Mereka benar2 rasa kesakitan memandangkan dari wajah pesakit yang mula berkerut2 , menahan peritnya. (Saya mengusik mereka supaya ketawa lagi dan sekarang dah jadi tangisan dalam senyuman).
Saya pun berhenti dan berdialog dan mengarah mereka ke tangan kanan pesakit untuk keluar, dan sebelum itu juga disuruh tarik barang2 sihir yang tertanam di badan pesakit. Ada setengah2 mereka yang nak masuk islam juga.
Tetapi ada sesuatu yang pelik dan ingin saya berkongsi bersama … ketua jin adalah jenis serigala dan yang akhir sekali keluar dari badan. Tetapi saya menggunakan cara berbeza pula memandangkan menggunakan rotan tidak begitu sesuai dan berkesan setelah cuba beberapa kali. Jin tersebut berkata sambil ketawa kerana dia tidak berasa sakit bila di pukul dengan rotan, kerana ada pendinding/kebal (menggunakan kulit babi serta badak yang keras katanaya…Wallahua’lam). Dinding kekebalan Jin di musnahkan dengan membaca ayat tertentu oleh rakan saya dan jin tersebut diajak keluar secara berdialog dan diislamkan sekali.
OKS @ bomoh sempat juga datang memberi amaran dan menunjukkan tak puas hati melalui mulut pesakit… dan akhir sekali diusir secara paksa, kerana masih berdegil.
Alhamdulillah, pesakit beransur sembuh dan badan beliau begitu lemah akibat banyak barang2 halus yang telah di tanam di dalam badan. Rawatan di tutup dengan doa dan pesakit di suruh mandi dan dibekalkan amalan2 tertentu dan juga air syifa.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
4 comments:
salam ustaz,ayat untuk musnahkan pendinding 'kebal' tuh adakah ayat 'lauanzalna... sehingga 'min hashyatillah?..
salam ust, apakah ayat2 atau doanya serta kaedah2nya utk memusnahkan dinding kekbalan jin, moga dapat membantu saya merawat
Salam,
RnD yang saya lakukan mengesahkan bacaan yg dinyatakan oleh sdra adwim boleh diguna untuk memecahkan kekebalan biizniLLAH
Terima kasih ustaz.
Post a Comment