Pagi ini saya dikejutkan lagi dengan berita sedih.... kembalinya sahabat seperjuangan ke rahmatuLLAH, innaliLLAHi wa inna ilaihi raji'un.
Dr. Shuib adalah pengasas Rawatan Ozon Hidroterapi Ais, satu teknik rawatan alternatif, teknik mandian menggunakan air bercampur ais yang dibekalkan udara dengan kandungan ozon yang tinggi... teorinya mudah tetapi kesannya alhamduliLLAH. Ramai pesakit barah yang berjaya dirawat.
Kliniknya di Rahman Putra tidak jauh dari rumah saya. Kliniknya juga banyak mencatatkan kematian.... almaklumlah kes-kes acute dan kronik. Termasuklah sahabat karib kami almarhum Hj Ramli, pengurus personel syarikat Enggres.
Dr. Shuiblah yang memperkenalkan saya dengan CVT, saya tak kekal lama sebagai pengamal CVT kerana kecenderungan saya kepada Homeopathy Electronic atau dikenali sebagai Radionics. Apabila saya membuka klinik di Damansara, almarhum yang disokong kuat isterinya membuka klinik di Rahman Putra.
Akhirnya beliau berpisah dengan CVT setelah beberapa peristiwa yang diceritakan kepada saya, CVT menjadi Raoha. Dr.Shuib mahu mengembangkan rawatannya ke seluruh negara, dia sudah mendapati akreditasi dari Majlis Akreditasi Malaysia dan bilik latihannya yang serba lengkap. Saya tumpang gembira dan menyokong usaha almarhum.
Adakalanya beliau memanggil saya sekiranya ada kes melibatkan gangguan... beliau juga pernah memanggil perawat Dsyifa untuk tujuan memagar klinik beliau.
Semasa perjalanan ke Perak untuk merawat anak saudara saya, almarhum menelefon saya minta saya datang untuk merawatnya. Dia mengadu sesak nafas terutamanya di sebelah maghrib. Apabila saya menjawab saja telefonnya saya sudah merasai "tembakan" tetapi saya rahsiakan dari pengetahuannya.
Sekembali saya dari Perak saya merawat almarhum di sebelah petang. Almarhum sudah terbaring dan saya merawatnya sehinggalah saya berpuashati. Isterinya ada menceritakan bahawa mereka sekeluarga sakit sebelum ini dan ibunya bermimpi tentang kematian... almarhum menghalang isterinya dari meneruskan cerita itu.
Besoknya saya ziarah dia semula, dia sudah berjalan dan kami bergurau tanda syukur dan gembira.
Semasa kematian sahabat usrah saya, tn. hj. Muhammad YDP Pas selayang yang juga perawat Dsyifa cawangan Rawang Perdana memberitahu Dr. Shuib sakit semula dan Dsyifa akan melakukan zikir di rumahnya. Saya diajak berasama tetapi terpaksa menolak kerana komitmen rawatan pada malam berkenaan.
Malam tadi saya terserempak dengan Farouk yang menetap tidak jauh dari rumah saya dan bekerja dengan Raoha. Saya tanya Dr. Shuib, katanya Dr. sihat. Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita pemergian beliau...
Saya mula terfikir, umur saya juga sudah hampir ke penghujung... satu demi satu sahabat-sahabatku dipanggil pulang oleh ALLAH... Ya ALLAH aku mencari redha MU
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
1 comment:
Salam Ustaz,
Saya ucapkan takziah kepada keluarga Arwah Dr Shuib. Sedih juga saya baca kisah arwah dan ustaz. Saya akan bacakan Alfatihah lepas solat kelak untuk beliau. Saya juga doakan agar ustaz sentiasa mendapat rahmat yg luas drp Illahi dan mendapat perlindungan yang Maha Perkasa...
www.rajamenangis.blogspot.com
Post a Comment