Itulah kata2 guru saya semasa mengulas kata2 dari seorang perawat dari Indonesia bahawa TG "kurang ajar".
Maksudnya TG mengakui bahawa banyak perkara yang dia tidak mengajar dan kerana itulah TG masih merasakan ada banyak kekurangan. TG juga mengagihkan kepakaran, jika Jin diserah pada Ust. Rashid, santau Tn.Hj. Mokhtar, herba Dr. Rahman UPM, tajwid Ust Zul dsb.
TG tidak pernah mengatakan "semua mesti ambil ilmu dari saya, cukuplah saya saja dan yang lain semuanya salah". Tetapi akhirnya ada yang fanatik mengatakan ini bukan dari guru kami dan dan cukuplah kami dengan rukyah syariah dan biarlah kami dilihat kuno...
Sikap fanatik sahaja boleh dimaafkan tetapi apabila timbul rasa hasad, dengki kepada kaedah rawatan adalah suatu yang malang dan menjauhkan kita dari bantuan ALLAH, mana mungkin ALLAH membantu perawat jika perawat adalah pemilik PHD tanpa masuk universiti...
Tulisan ini adalah jawapan saya kepada satu email yang bertanya kepada saya kenapa Rawatan Islam berbeza-beza....
Sebenarnya tidak berbeza dari segi dasar hanya berbeza dari segi cabang atau ranting. Ada yang guna rukyah dia guna rukyah, ada yang yang pukul dengan serban pukullah dengan serban, ada yang beri air dapatlah air rukyah, ada yang nak tahsin dapatlah tahsin, yang nak pindah dalam telur, botol, buah limau maka pindahlah jin ke bahan berkenaan. Ada yang sembelih maka matilah jin itu, ada yang masuk botol kemudian hanyut dalam sungai maka ISAlah jin itu...
Kenapa rawatan tak sama.... pertama perkataan rawatan Islam itu sendiri tidak tepat. Berdepan dengan gangguan makhluk halus hanyalah sebahagian kecil dalam rawatan Islam yang syumul. Tak apalah mungkin yang dimaksudkan rawatan gangguan kenapa tak sama?
Kedua, ia lebih kepada dari mana anda mendapat ilmu rawatan berkenaan. Guru anda mengajar anda teknik rawatan. Bukankah sumbernya Al-Quran, hadis dll? ya betul tetapi ada setengah pihak boleh menerima keseluruhan dan ada yang tidak. Contoh, rukyah syariah dikatakan satu2nya teknik RasuluLLAH. Sedangkan RasuluLLAH juga pukul dengan serban, RasuluLLAH juga dialog spt katanya "inni RasuluLLAH...ukhruj ya 'aduuLLAH" aku adalah pesuruh ALLAH, keluar wahai musuh ALLAH.
Ketiga, Guru mengambil ilmu dari guru sebelumnya dan guru juga berexperiment dalam rawatannya. ALLAH menguji perawat dengan pelbagai masalah yang tidak ada pada buku... ALLAH mengilhamkan jawapan maka timbullah teknik-teknik rawatan bagi kes2 yang lebih spesifik. Lain perawat lain ujiannya sesuai dengan janji ALLAH melalui lidah RasulNYA "setiap penyakit ada ubatnya"
Alangkah cantiknya jika semua yang ALLAH kurniakan ilmu rawatan dapat mengkongsikan ilmunya... bagi yang mendapat ilmu pula jangan mendabik dada bahawa inilah satu-satunya rawatan Islam, yang lain adalah palsu!
Saya hairan kepada ketaassuban, kefanatikan dan megah dengan pengijazahan sehingga melihat gurunya sahaja yang betul dan menolak rawatan lain.
Info RCT (Rawatan Cara Tidur)
-
Kaedah rawatan RCT adalah kaedah diagnos (mengesan punca penyakit) yang
dilakukan secara kebatinan. Penglibatan kaedah ini semestinya memerlukan
kondi...
6 years ago
