Nama saya Abdul Majid Hasan, berusia 46 tahun. Penglibatan saya sebagai pengasas Dsyifa Nur Ehsan dan pengamal perubatan Islam yang diistilahkan sebagai perawat atau 'ilaj bermula selepas menamatkan kursus k-17 selama setahun dengan Tn. Guru Ustaz Harun Din di Dsyifa BB Bangi.
Selepas diijazahkan saya berkhidmat di Dsyifak cwngn Rawang Perdana setiap petang Ahad. Di sinilah saya menimba ilmu secara amali merawat pelbagai penyakit. Oleh kerana keterbatasan masa saya juga melakukan rawatan di rumah bagi memenuhi keperluan pesakit. Rumah saya saya namakan Akademi Rawatan IslamNur Ehsan (AKRINE) sebagai pengenalan kepada mereka yang mahu dirawat dengan saya. Saya menyediakan bilik khas extended dari rumah saya. Ini bagi memberi keselesaan pesakit dan juga keluarga saya.
Saya ingin pertegaskan bahawa saya hanya di ajar oleh TG Harun Din tidak lebih dari 8 jam mengenai rawatan makhluk halus (kerana Dsyifa bukan hanya menumpu kepada rawatan ini, kami di ajar segala bentuk rawatan Islam bagi pelbagai penyakit - terima kasih TG dan Dsyifa), saya mendalami kaedah rawatan secara berkongsi pengalaman dengan perawat2 di Dsyifa Rawang Perdana dan selebihnya melalui pembelajaran lain. Oleh dememikian, TG Harun Din dan Darussyifa tidak boleh dipertanggungjawabkan jika kaedah dan pengalaman saya tidak memenuhi citarasa TG dan Darussyifa... Aku hanyalah musafir, berbekalkan ilmu yang sedikit, berjalan menuju kepada Rabul Jalil.
No comments:
Post a Comment