Cik J berasal dari Sabah. Sesi rawatan sebelum ini menemukan saya kesan permainan "the spirit of coin" dimana jin-jin yang diseru akhirnya bertapak ditubuh J.
Semuanya jin kristian. Selepas jin-jin ini didakwah, ada yang mahu masuk Islam tetapi majoriti mahu kekal beragama asalnya. Bila habis tahap ini, saya dapati jin-jin sihir juga ada pada cik J. Dua penyihir yang berpusat di Selayang dan Bukit Rambai Melaka telah dikenalpasti.
Rawatan terbaru apabila diruqyah dan "ditembak" cik J tetap dalam keadaan sedar, tidak kerasukan. Cuma jari telunjuk kirinya bergerak-gerak, kejang dan tidak dapat dikawal oleh J. Saya pukul jari berkenaan dan semakin dipukul semakin tinggi tangan diangkat sampai ke atas.
Saya arahkan tangan ke bawah dan cuba menarik jin berkenaan secara memasukan jari ke dalam botol. Tetapi ternyata jari berkenaan masih bergerak-gerak dan kejang.
Saya selitkan pen pada jari berkenaan dan memberi kertas untuk melihat reaksinya. Dia menggerakan pen membuat angka 8 berulangkali dan mengheret pen seperti melukis peta. Saya arahkan dia menulis secara a,b.c...
Jin itu menulis siapa yang mengupahnya, alamat dan jumlah upah yang dibayar. Dia juga menulis "aku mau dia mati" menerangkan mission yang diarahkan.
Melihat sifat jin itu baik saya tanya dia, apakah dia mahu keluar, dia tulis "Ya", adakah dia diikat? dia tulis "ya" lagi kemudian dia melukis bentuk lakaran seorang manusia dan menandakan posisi ia diikat. Berdasarkan posisi itu saya cuba meleraikan ikatan dan menariknya ke dalam botol, tetapi gagal.
Jin itu melukis gambar-gambar berbentuk paku pada pelbagai tempat. Saya tamatkan rawatan dan berhasrat untuk merawatnya dalam tempoh terdekat.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
10 comments:
Assalammualaikum
Bagaimana ustaz mengetahui jin-jin tersebut beragama kristian sedangkan pesakit tidak kerasukan? Adakah pesakit boleh menjadi perantara walaupun dalam keadaan sedar?
Salam,
itu rawatan sebelum ini. Masa itu J kerasukan cuma yang terakhir ini saja yang J sedar tetapi tak boleh control jari telunjuknya.
Assalamualaikum Ustaz, Saya pernah kerasukan tapi separuh sedar, saya dpt rasa tangan2 jadi kejang, terangat ke depan , saya tdk dapat mengawalnya..tdk lama jin pun berdialog dgn perawat yg meruqyah saya. Adakah tgn2 yg tdk dapat dikawal ini menunjukkan jin ini ingin memberitahu sesuatu? Terima kasih
Salam,
Mungkin... Kalau sdra masih ada masalah kerasukan, minta perawat sediakan pen dan kertas.
Aslmkm, semasa kerasukan jika jin2 mengaku diikat n tak tahu nak keluar..apa yg patut dibuat? bagaimana nak pastikan jin2 benar2 diikat / hanya alasan utk tdk mahu keluar??
terima kasih
Salam,
Jin yang diikat adakalanya menangis dan bekerjasama memaklomkan hal-hal yang membantu perawat.
Ada pelbagai kaedah yang digunakan oleh perawat bagi membuka ikatan, bergantung kepada guru yang mengajar.
Aslmkm, Dalam kes saya, jin2 beritau diikat tukang upah yg jahat..n mrk sgt takut kena marah.. dan jin2 ada beritahu perkara2 lain contohnya..sssiam marri..n dari kuburr...
bknkah 2 perkara ni contesting? satu dari siam satu dari kubur...mana yg betul?
Salam,
Mungkin anda diserang oleh tukang sihir yang berlainan yang pertama menggunakan jin siam dan yang kedua secara teknik tanah kubur?
Bagaimana caranya jika ingin buat rawatan dengan ustaz? Maksud saya, saya pernah bercakap dgn isteri ustaz dan isteri ustaz nasihatkan saya amalkan ayat2 tertentu dahulu sblm pergi jumpa ustaz..
Berapa lama saya perlu berzikir dahulu ustaz?
Sekiranya saya pernah dirawat ustaz yg lain tapi ustaz tersebut agak sibuk, bolehkah saya buat rawatan dgn ustaz yang lain? Tidakkah ini mengganggu cara rawatan ustaz yg terdahulu? Terima kasih ustaz..
Salam,
Dalam kes tertentu apabila pesakit berjumpa saya dan dirukyah tetapi masih menunjukan ada gangguan, saya minta pesakit mengamalkan zikir2 tertentu selama 7-15 hari.
Seboleh mungkin tetaplah dengan seorang perawat kecuali perawat berkenaan berhalangan atau anda dalam kes-kes emergency dan anda perlu dirawat dengan segera.
Post a Comment