Perhatian untuk perawat2 yang dihormati sekalian. Mudah2an antum diberi kekuatan ALLAH dalam usaha berkhidmat membantu masyarakat dalam mengatasi isu-isu kehidupan yang tentunya ada kaitan dengan kehidupan di akhirat nanti.
Baru2 ini semasa merawat seorang pesakit saya didatangi oleh seorang wakil jin dari Serambi Madinah. Dia meminta saya berdoa kepada ALLAH SWT kerana kawasan telah menjadi sempit. Saya berdoa dan mengikutnya Serambi Madinah telah membesar...
Saya tanya kenapa Tn. Hj. Karim (jin yang pernah berdialog dengan saya mewakili Serambi Madinah) tidak datang dan dia pula yang datang?
Katanya inilah sebenarnya yang menyebabkan dia perlu berjumpa saya. Katanya di Serambi Madinah telah berlaku pemberontakan. Jin-jin jahat yang di kurung telah memberontak dengan bantuan sekumpulan jin dari kawasan Kuang/tasik biru Kundang. AlhamduliLLAH katanya tentera-tentera Islam berjaya mematahkan pemberontakan dan Tn. Hj. Karim pula ditahan.
Kenapa tn Hj. Karim ditahan? Katanya dia disyakki sebagai punca permusuhan dan membocorkan rahsia Serambi Madinah.... Begitu sekali! terkejut saya mendengarnya... akhirnya saya akur bahawa jin juga seperti manusia ada nafsu dsb.
Saya tanya jin berkenaan, siapa jadi pemimpin sekarang? Katanya Serambi Madinah di bawah pimpinan tentera Islam buat sementara ini.
Saya tanya lagi bagaimana boleh jin-jin jahat memberontak? Jin ini hanya meminta kepada saya supaya jin-jin jahat tidak lagi dihantar ke Serambi Madinah lagi kerana kebanyakan mereka ganas dan sukar dikawal. Mereka terlatih dan sukar di sedarkan. Habis ke mana nak di hantar? tanya saya lagi.
Hantar saja ke Bermuda katanya, di sana memang tempat jin-jin yang ganas tegar. Saya bersetuju...
Jadi kepada perawat apabila nak menghantar jin perbaikki niat anda begini.."Ya ALLAH jika jin ini ganas tegar hantarlah ke Bermuda, jika boleh di dakwah hantarlah ke Serambi Madinah"
Kini Serambi Madinah dipimpin oleh seorang Sheikh yang dipinjamkan dari Madinatul Munawwarah. Saya sempat berdialog dengan jin ini dan mengamanahkan tugasan kepimpinan kepada beliau... mudah2an ALLAH memudahkan kerja2 kepimpinannya.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
2 comments:
Hantar kat Bermuda Triangle? Dah tempat tu ganas.. Bertambah2 lg ganas la gamaknya.. Takut2 in future kawasan x terlalu banyak yg ganas sampai xblh tampung penganas2 jin.. terpaksa depa kluar n mengganas ke tampat lain.. Haru jg tu.. Apa kata hantar ke Planet Uranus ka, Planet Musytari Ka, Neptune ka.. Hantar reramai.. Mula la idup baru kat sana...
Wallahualam
Betul ke Bermuda Triangle tu tempat untuk mengurungkan jin?..ataupun kat situ tempat jin2 yang ganas bermaharajelala dan hidup bebas?.. betul ke ape yang dicakapkan oleh Jin berkenaan bahawa Tn. Haji Karim memesong ataupun itu muslihat jin2 jahat supaya jin yang ditangkap dilepaskan di Bermuda Triangle supaya lain kali jin berkenaan tidak terikat dan bebas mengulangi perbuatannya lagi?.. Bermuda Triangle tu kiranya tmpat tahanan jin yang kalau ikut alam maya, pusat tahanan yang ditadbir oleh orng2 kafir?..betul ke?..ini just gerak hati saja. Yang sebetulnya terserah kepada kuasa Allah SWT.
Post a Comment