1. Rawatan-rawatan sukar
Saya yakin apa yang berlaku ada hikmahnya, begitu juga dalam usaha-usaha merawat. Apabila kita ikhlaskan niat kita, kita bantu antara perawat, doakan kesembuhan kepada semua pesakit, kongsikan ilmu kepada semua, ALLAH akan sentiasa menolong kita. Kita menolong agama ALLAH maka sudah pasti ALLAH akan menolong kita.
Saya menulis bukan sekadar seronok-seronok tetapi saya mahu agar pengalaman rawatan serta teknik rawatan dikongsi bersama. Mudah-mudahan pengunjung blog mendapat ilmu dan manafaat apabila membaca catatan saya.
Banyak rawatan sukar yang saya lalui akhir-akhir ini memberi saya ilmu dan pengalaman yang baru.
Antaranya kes puan R dengan simcardnya, kes sihir dari kuil siam yang kebal dan kes sihir 100 pengunci.
Dalam kes simcard alhamduliLLAH pertemuan pada Jumaat yang lepas dengan puan R ternyata dengan izin ALLAH dapat diselesaikan. Saya minta En. R mencampurkan isian limau purut dengan air penawar Akrine yang kemudiannya dibekukan. Ketulan ais ini diletakan di atas kepala puan R dalam tempoh sejam sehari. Konsepnya ialah untuk merosakan simcard berkenaan. Kini puan R tidak lagi berdepan dengan masalah itu cuma ada lapisan2 lain yang sedang dirungkai. KepadaMU ya ALLAH saya mohon kesyukuran.
Ketika berdepan dengan jin kebal sepertimana tulisan saya sebelum ini saya diberitahu peralatan rawatan. Di antara pengunjung minta saya berhati-hati kerana jin adalah penipu katanya.... saya tak nafikan, sdra mesti uji kata-katanya dan selebihnya apakah kata-kata bercanggah dengan syariat... jika tidak maka kewajipan kita untuk menguji dan menguji.
Bila saya telah memiliki bahan tersebut saya uji dengan menyucuk hujung kaki pesakit. Sebelah kanan dengan besi rawatan sebelah kiri dengan alat yang sedang di R&D. Cerapan saya ada kebenarannya. Kaki dengan peralatan rawatan baru gegarannnya teramat kuat, jin nampak amat tak selesa.
Saya juga letakan disekeliling pesakit, ketika kerasukan jin itu amat ketakutan dan memberitahu yang dia tidak kebal. Walau apapun alat tetap alat bukan hakikat.
Ujian ketiga dengan alat ini untuk menyembelih jin yang lain tidak berkesan. Jin ini marah saya kerana memanggilnya (semasa saya belasah jin tak kebal di atas dia asyik berkata, macam mana ni "ma", lalu saya kata "ma" datang ke mari! jin penakut terpelanting keluar dan jin "ma" pun muncul... kononnya saya yang panggil, sangkaan saya ma ada di badan pesakit)
Jin "ma" tak boleh disembelih dan tak boleh dikeluarkan. Katanya dia tak akan dapat dikeluarkan atau disembelih. Saya rehatkan dia di luar bilik rawatan ("ma" juga tak boleh ditidurkan... dia membebel di luar bilik rawatan saya).
Setelah selesai saya merawat pesakit yang lain saya berdialog dengan "ma" semula. Teknik pujuk dan diplomasi saya akhirnya membongkar bahawa "ma" adalah jin tok sami yang tersimpan dengan 100 kunci. Dari maklumat itu saya mendapat ilham bahawa "ma" hanya boleh dibereskan jika kunci-kunci ini dicabut. Sayapun biizniLLAH menarik kunci itu dan memasukannya ke dalam botol. Maka terungkailah permasalahan.
2. Isu cakra Alam
Saya terdorong untuk melihat youtube kisah pembongkaran sekumpulan "expose mistik" dari korea. Dalam video berkenaan ditunjukan beberapa kaedah yang kelihatan "miracle" yang dikaitkan dengan keupayaan tenaga dalam pengasas cakra alam sperti lampu menyala dan alin telur.
Akhirnya disimpulkan oleh pihak berkenaan bahawa teknik berkenaan adalah trick silap mata sahaja.
Saya percaya ramai pengikut fanatik cakra alam menafikannya. Pengasas berkenaan juga menafikan yang kasutnya berbunyi semasa discan, sedangkan jelas dalam video berkenaan ia berbunyi bila scanner didekatkan.
Saya harap pihak cakra alam tampil dengan keberanian dan berdepan dengan pengikut serta kumpulan expose mistik berkenaan. Kepada masyarakat saya mengharapkan supaya tidak mencari kesembuhan disebabkan "luar-biasanya" seorang perawat. Letakan Al-Quran, hadis, ulamak sebagai sandaran dalam mencari kesembuhan. Kesembuhan itu milik ALLAH bukan hak mana-mana perawat.
3. Jin harimau makan jin anjing
Hari ini saya bersama ust. Zed melakukan rawatan secara dua kumpulan. Ini terpaksa kami lakukan kerana pesakit melebihi 10 orang dan saya ada urusan selepas zohor. Pesakit saya ada yang datang dari KTrganu.
Dihujung rawatan Zed merawat seorang guru lelaki dan sayapula merawat seorang wanita bersaka Harimau. Saya lihat Zed sudah keletihan (jam hamir 1.00 tghari). Saya katakan pada jin rimau pada perempuan yang saya rawat cuba lihat pesakit apa yang mengganggu. Jin rimau itu memberitahu saya ada seekor anjing yang busuk dan ular dalam tubuh cikgu berkenaan.
Kemudian saya lihat jin rimau mencabar jin anjing, kedudukan pesakit adalah 15m dan pada bilik yang bersebelahan. Mereka saling cabar mencabar, cikgu kelihatan tangannya mencengkam karpet sedang perepuan ini bergaya seperti mahu menerkam. Mula-mula jin jin rimau makan kaki anjing, dia ejek jin anjing. Jin anjing tetap melawan dan akhirnya wanita berkenaan menunjukan dia sedang meratah anjing berkenaan.
Saya dengan Zed hanya memerhatikan pergaduhan mereka.... masyaALLAH!
4. Saya adalah dai'e bukan "perawat"
Hari ini saya temui tujuan utama kegiatan rawatan saya. Teknik rawatan saya adalah sebagai dai'e bukan perawat yang suka-suka belasah atau sembelih jin. Teknik dialog, dakwah, tanzir, baling, kejar dengan api, bakar, baling buah zakkum dsb dilakukan hanyalah dalam usaha melakukan kerja-kerja dakwah kepada jin yang tersesat, pesakit dan mereka yang ada disekitar tempat rawatan.
Saya peringatkan jin ttg tujuan kejadian jin dan manusia, saya katakan yang jin berkenaan sedang menzalimi manusia, saya beritahu jin itu doa orang kena zalim tiada hijab dengan ALLAH, saya buktikan yang dia dia zalim. Akhirnya saya saya seru supaya kembali kepada Islam, saya tawarkan syurga sepertimana ALLAH menawarkannya.
Inilah teknik saya. Saya puas bila berdakwah.... mudah2an ALLAH terima amalan saya dan menghindarkan saya dan semua perawat yang lain dari kesesatan. Amin!
5. Kes sejadah tahiyat akhir
Setelah saya telti apa yang diceritakan oleh Edie, kesimpulan yang saya perolehi adalah ada jin Islam yang solat berjemaah bersama mereka. Apabila selesai solat Edie mencampak sejadah kebelakang dan kena kepa jin yang sedang menghabiskan solatnya. Oleh itu sejadah berkenaan membentuk jasad jin berkenaan yang sedang dalam posisi tahiyat akhir.
ada seorang Ustazah nak halau jin berkenaan. Saya melarang, apa salahnya jin ini hingga perlu dihalau? apakah kita suka dia ke disco atau mengacau orang?
6. Terbongkar punca kerosakan kereta saya
Hari ini seorang jin mewakili perawat Indon dari Kelang kena tangkap apabila dia mengganggu anak saya. soal siasat setrusnya dia mengaku dia adalah diantara yang merosakan kenderaan saya... saya tanya kenapa? Dia marah kerana saya merosakan bisness rawatannya. saya jelaskan saya tidak bisness... akhirnya jin ini dihantar ke SM. Manusia oh manusia...
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
4 comments:
Salam,
Bila kami menghadapi masalah serangan sihir yg bertali arus oleh pendengki, apa cara or teknik yang ada agar kita dapat untuk disable their attack. Boleh ke kita guna teknik destroy the motherboard supaya all the script or SIM card nya erased? memang kita mesti terus2 berzikir dan berlindung dgn Allah swt, tapi sebab gangguan juga akan melemahkan kita utk berzikir dan beramal.
Apa pendapat Ustaz?
Ms A
Assalamualaikum Uataz-Saya pernah mengikuti kursus staz-Dari catatan ustaz saya perhatikan teknik rawatn boleh di perolehi melalui kaedah R&D atau trial and error. Soalan saya> bolehkah saya mencipta teknik rawatan sendiri melalui kaedah yang sama> Saya bukan perawat dan hanya mengamalkan untuk diri sendiri sahaja dan orang-orang terdekat. Terima kasih.Harap dapat makluman dari ustaz
Assalamualaikum wbt>>
Alhamdulillah moga Allah Taala merahmati usaha para mualij dan memberi jalan lurus.
Ust, saya ingin cadangkan supaya pihak AKRINE mewujudkan spesilist dalam bidang santau, mungkin boleh jika kaedah Ust Mokhtar dijaddi rujukan.
Ini kerana santau merupakan kes yang agak kompleks..
Wallahu'alam
Assalamu'alaikum Ustaz.
Jika saya membeli buku rawatan ustaz,bolehkah saya ustaz mengamalkan segala teknik rawatan ustaz? Untuk pengetahuan ustaz,saya bukanlah perawat cuma untuk amalan saya sendiri dan keluarga sahaja.
Terima kasih.
Post a Comment