Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Sunday, November 30, 2008

Catatan Rawatan

1. Rawatan-rawatan sukar

Saya yakin apa yang berlaku ada hikmahnya, begitu juga dalam usaha-usaha merawat. Apabila kita ikhlaskan niat kita, kita bantu antara perawat, doakan kesembuhan kepada semua pesakit, kongsikan ilmu kepada semua, ALLAH akan sentiasa menolong kita. Kita menolong agama ALLAH maka sudah pasti ALLAH akan menolong kita.

Saya menulis bukan sekadar seronok-seronok tetapi saya mahu agar pengalaman rawatan serta teknik rawatan dikongsi bersama. Mudah-mudahan pengunjung blog mendapat ilmu dan manafaat apabila membaca catatan saya.

Banyak rawatan sukar yang saya lalui akhir-akhir ini memberi saya ilmu dan pengalaman yang baru.

Antaranya kes puan R dengan simcardnya, kes sihir dari kuil siam yang kebal dan kes sihir 100 pengunci.

Dalam kes simcard alhamduliLLAH pertemuan pada Jumaat yang lepas dengan puan R ternyata dengan izin ALLAH dapat diselesaikan. Saya minta En. R mencampurkan isian limau purut dengan air penawar Akrine yang kemudiannya dibekukan. Ketulan ais ini diletakan di atas kepala puan R dalam tempoh sejam sehari. Konsepnya ialah untuk merosakan simcard berkenaan. Kini puan R tidak lagi berdepan dengan masalah itu cuma ada lapisan2 lain yang sedang dirungkai. KepadaMU ya ALLAH saya mohon kesyukuran.

Ketika berdepan dengan jin kebal sepertimana tulisan saya sebelum ini saya diberitahu peralatan rawatan. Di antara pengunjung minta saya berhati-hati kerana jin adalah penipu katanya.... saya tak nafikan, sdra mesti uji kata-katanya dan selebihnya apakah kata-kata bercanggah dengan syariat... jika tidak maka kewajipan kita untuk menguji dan menguji.

Bila saya telah memiliki bahan tersebut saya uji dengan menyucuk hujung kaki pesakit. Sebelah kanan dengan besi rawatan sebelah kiri dengan alat yang sedang di R&D. Cerapan saya ada kebenarannya. Kaki dengan peralatan rawatan baru gegarannnya teramat kuat, jin nampak amat tak selesa.

Saya juga letakan disekeliling pesakit, ketika kerasukan jin itu amat ketakutan dan memberitahu yang dia tidak kebal. Walau apapun alat tetap alat bukan hakikat.

Ujian ketiga dengan alat ini untuk menyembelih jin yang lain tidak berkesan. Jin ini marah saya kerana memanggilnya (semasa saya belasah jin tak kebal di atas dia asyik berkata, macam mana ni "ma", lalu saya kata "ma" datang ke mari! jin penakut terpelanting keluar dan jin "ma" pun muncul... kononnya saya yang panggil, sangkaan saya ma ada di badan pesakit)

Jin "ma" tak boleh disembelih dan tak boleh dikeluarkan. Katanya dia tak akan dapat dikeluarkan atau disembelih. Saya rehatkan dia di luar bilik rawatan ("ma" juga tak boleh ditidurkan... dia membebel di luar bilik rawatan saya).

Setelah selesai saya merawat pesakit yang lain saya berdialog dengan "ma" semula. Teknik pujuk dan diplomasi saya akhirnya membongkar bahawa "ma" adalah jin tok sami yang tersimpan dengan 100 kunci. Dari maklumat itu saya mendapat ilham bahawa "ma" hanya boleh dibereskan jika kunci-kunci ini dicabut. Sayapun biizniLLAH menarik kunci itu dan memasukannya ke dalam botol. Maka terungkailah permasalahan.

2. Isu cakra Alam

Saya terdorong untuk melihat youtube kisah pembongkaran sekumpulan "expose mistik" dari korea. Dalam video berkenaan ditunjukan beberapa kaedah yang kelihatan "miracle" yang dikaitkan dengan keupayaan tenaga dalam pengasas cakra alam sperti lampu menyala dan alin telur.

Akhirnya disimpulkan oleh pihak berkenaan bahawa teknik berkenaan adalah trick silap mata sahaja.

Saya percaya ramai pengikut fanatik cakra alam menafikannya. Pengasas berkenaan juga menafikan yang kasutnya berbunyi semasa discan, sedangkan jelas dalam video berkenaan ia berbunyi bila scanner didekatkan.

Saya harap pihak cakra alam tampil dengan keberanian dan berdepan dengan pengikut serta kumpulan expose mistik berkenaan. Kepada masyarakat saya mengharapkan supaya tidak mencari kesembuhan disebabkan "luar-biasanya" seorang perawat. Letakan Al-Quran, hadis, ulamak sebagai sandaran dalam mencari kesembuhan. Kesembuhan itu milik ALLAH bukan hak mana-mana perawat.

3. Jin harimau makan jin anjing

Hari ini saya bersama ust. Zed melakukan rawatan secara dua kumpulan. Ini terpaksa kami lakukan kerana pesakit melebihi 10 orang dan saya ada urusan selepas zohor. Pesakit saya ada yang datang dari KTrganu.

Dihujung rawatan Zed merawat seorang guru lelaki dan sayapula merawat seorang wanita bersaka Harimau. Saya lihat Zed sudah keletihan (jam hamir 1.00 tghari). Saya katakan pada jin rimau pada perempuan yang saya rawat cuba lihat pesakit apa yang mengganggu. Jin rimau itu memberitahu saya ada seekor anjing yang busuk dan ular dalam tubuh cikgu berkenaan.

Kemudian saya lihat jin rimau mencabar jin anjing, kedudukan pesakit adalah 15m dan pada bilik yang bersebelahan. Mereka saling cabar mencabar, cikgu kelihatan tangannya mencengkam karpet sedang perepuan ini bergaya seperti mahu menerkam. Mula-mula jin jin rimau makan kaki anjing, dia ejek jin anjing. Jin anjing tetap melawan dan akhirnya wanita berkenaan menunjukan dia sedang meratah anjing berkenaan.

Saya dengan Zed hanya memerhatikan pergaduhan mereka.... masyaALLAH!

4. Saya adalah dai'e bukan "perawat"

Hari ini saya temui tujuan utama kegiatan rawatan saya. Teknik rawatan saya adalah sebagai dai'e bukan perawat yang suka-suka belasah atau sembelih jin. Teknik dialog, dakwah, tanzir, baling, kejar dengan api, bakar, baling buah zakkum dsb dilakukan hanyalah dalam usaha melakukan kerja-kerja dakwah kepada jin yang tersesat, pesakit dan mereka yang ada disekitar tempat rawatan.

Saya peringatkan jin ttg tujuan kejadian jin dan manusia, saya katakan yang jin berkenaan sedang menzalimi manusia, saya beritahu jin itu doa orang kena zalim tiada hijab dengan ALLAH, saya buktikan yang dia dia zalim. Akhirnya saya saya seru supaya kembali kepada Islam, saya tawarkan syurga sepertimana ALLAH menawarkannya.

Inilah teknik saya. Saya puas bila berdakwah.... mudah2an ALLAH terima amalan saya dan menghindarkan saya dan semua perawat yang lain dari kesesatan. Amin!

5. Kes sejadah tahiyat akhir

Setelah saya telti apa yang diceritakan oleh Edie, kesimpulan yang saya perolehi adalah ada jin Islam yang solat berjemaah bersama mereka. Apabila selesai solat Edie mencampak sejadah kebelakang dan kena kepa jin yang sedang menghabiskan solatnya. Oleh itu sejadah berkenaan membentuk jasad jin berkenaan yang sedang dalam posisi tahiyat akhir.

ada seorang Ustazah nak halau jin berkenaan. Saya melarang, apa salahnya jin ini hingga perlu dihalau? apakah kita suka dia ke disco atau mengacau orang?

6. Terbongkar punca kerosakan kereta saya


Hari ini seorang jin mewakili perawat Indon dari Kelang kena tangkap apabila dia mengganggu anak saya. soal siasat setrusnya dia mengaku dia adalah diantara yang merosakan kenderaan saya... saya tanya kenapa? Dia marah kerana saya merosakan bisness rawatannya. saya jelaskan saya tidak bisness... akhirnya jin ini dihantar ke SM. Manusia oh manusia...

Saturday, November 29, 2008

Pengalaman merawat 6 - Jin Tabligh

Rawatan dilakukan ke atas wanita yg sama seperti diceritakan sebelum ni dlm 'Pengalaman Merawat 3 dan 4'.

Sy menggunakan minyak zaitun utk disapukan pd bahagian betisnya disusuli dgn scan menggunakan besi rawatan.
Muncul jin Islam pertama yg tidak tahu apa namanya. Beliau memakai baju warna biru. Sy minta dia 'renew' syahadahnya dan secara otomatik bajunya bertukar warna putih. Sy menamakan dia Zaiton sempena penggunaan minyak zaitun dlm rawatan ini. Beliau dihantar ke Serambi Madinah.

Jin kedua dan ketiga adalah pasangan suami isteri. Kedua-dua Zakaria dan Zainab memakai baju warna kuning. Apabila Zakaria 'renew' syahadahnya, bajunya dan baju isterinya serentak bertukar warna putih. Mereka juga dihantar ke Serambi Madinah.

Jin keempat muncul. Namanya Isa. Katanya dia tidak ada kaitan dgn jin2 lain dan menyelinap masuk sblm rawatan dimulakan. Tujuannya utk bersembang dgn sy. Katanya dia dan beberapa yg lain adalah pengekor sy. Mereka ikut sy kemana saja sy pergi terutamanya utk belajar Quran. Sy kata sy dah perasan lama dah keadaan ini terutamanya apabila sy mula mengajar ngaji, terasa denyutan yg ketara pd bhgn belakang sy. Sy uji dia ttg aktiviti yg sy lakukan mlm tadi dan juga ttg anak2 murid sy. Beliau lulus ujian, maknanya dia bercakap benar.

Sy minta Isa periksa tubuh pesakit. Katanya ada jin di bhgn pinggang. Sy tanya apa perlu sy buat. Katanya, letakkan tangan pd pinggang dan bacalah ayatul Kursi. Selesai bacaan ayatul Kursi, Isa bgtahu sy, jin tu dah cabut lari. Dlm hati sy kata, "wah, mudahnya".

Isa bercerita tentang tabligh. Katanya dia pernah keluar tabligh ke Sumatera, Indonesia selama 40hari. Katanya masalah sihir di Indonesia tersangatlah banyak. Masjid Jamek Sri Petaling adalah markas tabligh mereka. Tertib dakwah mereka dgn manusia tidak ada beza sikit pun. Jumlah mereka yg menyertai tabligh tersangat ramai, melebihi jumlah manusia.

Isa menasihati sy supaya meletakkan sepenuh pergantungan pd Allah dlm melakukan rawatan. Beliau menangis apabila menasihati sy ttg perkara2 kebaikan yg lain. Katanya beliau dan rakan2nya akan terus mengekori sy utk belajar agama. Katanya dia cuma tidak mengekori sy ke tandas dan apabila sy bersama dgn isteri sy. Sy kata, sy tidak dpt menghalang mereka jika mereka inginkan kebaikan. Isa kemudiannya pergi meninggalkan pesakit.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Friday, November 28, 2008

Hijaz terbitkan buku Akrine



AlhamduliLLAH pagi Jumaat yang mulia ini saya telah menyerahkan dokumen hasil tulisan saya kepada Sdra Faizal yang mewakili Hijaz Trade Corporation untuk menerbitkan buku yang bertajuk lebih kurang "Dialog Dengan Jin - Dairi Seorang Perawat".

Dalam buku ini catatan rawatan saya dipersembahkan kepada para pembaca. Buku ini akan mengandungi hampir keseluruhan teknik rawatan saya.

InsyaALLAH jika diizinkanNYA buku ini akan berada dipasaran pertengahan bulan Disember ini. Saya berhasrat untuk mengadakan majlis pelancaran semasa kursus intensif nanti.

JazakALLAH kepada kumpulan nasyid Hijaz yang sudi menerbitkan buku ini.

Doakanlah kelahiran buku ini.

Wednesday, November 26, 2008

Tetamu dari Serambi Madinah

Malam tadi setelah merawat seorang pesakit saya minta kebenaran untuk menggunakannya untuk menerima tetamu dari Serambi Madinah.

Saya ada beberapa kemusykilan yang ingin saya ketahui khususnya perkembangan mutakhir Serambi Madinah (SM).

Maka muncullah jin yang memperkenalkan dirinya sebagai H dengan keadaan kakinya terikat dengan rantai.

H memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang sedang dihukum di SM. Saya tanya siapa yang menghantarnya ke SM dan apa kesalahannya.

Dia menceritakan bahawa dia berasal dari Kedah (Tempat Penyihir) dan diarahkan memporak-peranda sebuah keluarga di Shah Alam. Dia telah berjaya membunuh suami dan anak mangsa. Dia akhirnya ditangkap oleh seoarang perawat anak murid Ust.**** dan dihantar ke SM.

Anak murid Ust. *** hantar ke SM? Saya agak upset. Lalu saya tanya teknik bagaimana dia ditangkap. Katanya dia dimasukan ke dalam botol lalu dihantar ke SM. Ini teknik saya!... akhirnya saya berfikir mungkin ia dilakukan oleh perawat **** yang juga telah menghadiri kursus saya mungkin juga perawat membaca blog saya... kerana ilmu bukan milik saya tetapi milik ALLAH.

Saya tanya apa hukuman yang dia terima.

Katanya dia dirantai, berada di atas bara api dan dirotan 5kali setiap hari. Hukuman ini adalah selama 20 tahun. Ganasnya hukuman ini kata saya. Katanya ada yang dikerat leher sehingga 10 meter kerana menipu... bab yang ni saya tak masuk campur pihak mereka lebih arif dari manusia.

Saya tanya siapa memimpin SM sekarang.

Katanya SM dipimpin oleh M dimana Skheih Ali telah dipindahkan ke tempat yang tinggi maqamnya yaitu di Al-hauz. Saya tanya lagi kenapa M tidak datang? katanya mereka sedang menguruskan mayat 3 jin yang baru dipancung!

Soalan utama yang saya nak tanya adalah berita berkenaan berleluasanya rasuah di kalangan jin di SM dan beberapa jin yang ditangkap telah berjaya memboloskan diri.

H mengakui, dia sendiri pernah cuba merasuah tetapi gagal merasuah. Kerana itulah hukumannya ditambah. Kebanyakan perasuah adalah syaitan-syaitan yang menyamar lalu menipu jin.

Akhirnya saya bertanya berkenaan anak bongsu saya yang mengidap autisma. Dialog saya dengan jin2 sebelum ini menggambarkan anak saya diganggu oleh sipenyihir dengan jin beruk dan anak saya berada di dalam belon (Pembaca blog boleh perhatikan bahawa anak2 autisma ada ciri2 monyet ataupun beruk dan mereka seolah2 berada di alam sendiri). H mengesahkan kebenarannya. Saya pernah bertanya tentang ayat2 yang digunakan bagi memecahkan belon berkenaan, H memberitahu saya ayat2 berkenaan. Saya ambil Al-Quran menyemak ayat2 berkenaan. sedang saya membaca H minta saya berhenti. Ayat pertama bila saya mula membaca rantai yang mengikat kakinya terbuka, lalu saya ikat semula. Ayat kedua bila saya mula membaca dan diminta berhenti oleh H kerana katanya dia terasa terangkat.

Saya akhiri dengan teknik ujian kata benar atau tipu dan ternyata dia bercakap benar. Saya berkirim salam kepada pimpinan SM.

Pagi ini saya lakukan ke atas anak saya... anak saya buang air besar selepas saya menggunakan teknik yang diajar. Apakah anak saya akan sembuh...? Saya yakin setiap penyakit ada ubatnya dan kesembuhan itu milik mutlak dari ALLAH.

Saya hanya akan menghebahkan ayat2 ini selepas ada bukti2 kejayaan dan akan di R&Dkan oleh peserta kursus intensif bulan Disember nanti. InsyaALLAH

Tuesday, November 25, 2008

Penyertaan Kursus Intensif Ditutup

Assalamua'alikum,

Bagi pihak Akrine saya ingin memaklomkan bahawa permohonan bagi menyertai kursus pada 27-28hb Disember 2008 telah ditutup.

Peserta akan dimaklumkan melalui SMS dalam tempoh terdekat.

Peserta yang terpilih dikehendaki membawa bersama:

1. Al-Quran & terjemahannya
2. Kain serban @ kain pelikat
3. Spray
4. Bantal, alas tidur dan selimut
5. Seluar senaman dan kasut sukan
6. Botol Nescafe

Pembayaran hendaklah dibuat ke akaun Maybank no. 162740001036
bermula dari tarikh anda menerima SMS sehinggalah seminggu sebelum kursus diadakan.

Tuesday, November 18, 2008

Peralatan Rawatan

Dialog saya dengan beberapa jin hari ini menjuruskan kepada peralatan rawatan.

Ia bermula apabila usaha menyembelih jin kafir pada seorang wanita tidak berhasil. Walaupun saya amat yakin akan maksud keizinan ALLAH tetapi mesti ada teknik yang belum saya ketahui menghalang dari membunuh jin ini.

Jin kafir ini saya Islamkan. Dia menceritakan bahawa jin yang memakai kulit babi tidak akan mati jika saya sembelih.

Dia memberitahu saya beberapa peralatan yang ALLAH beri kelebihan bagi membunuh jin2 yang kebal.

Oleh kerana ilmu ini masih baru dan saya belum melakukan R&D maka saya tidak bermaksud untuk menceritakan lebih lanjut di sini.

Saya juga bertanya tentang duri landak. Katanya duri landak memang boleh membunuh jin, tetapi ia juga membunuh manusia yang didiami jin.

Jika anda adalah perawat, dialoglah dengan penuh hikmah jin2 yang mengganggu dan dapatkan peralatan2 berkenaan dan silalah hantar komen anda.

Monday, November 17, 2008

Teknik simcard atau diskette

Hari ini rawatan saya yang paling sukar walaupun pernah berdepan masalah yang sama sebelum ini.

Seorang wanita dari Segamat saya rawat untuk kali yang ke4. Rawatan ke3 adalah kelmarin dimana saya berada di luar negeri Selangor... balik kampong di Johor.

Semasa rawatan ke3 jin pada puan R sudah mula mahu berdialog. Saya Islamkan 2 daripadanya. Kemudian muncul jin saka urut mili puan R (Puan R memang boleh mengurut yang merupakan warisan dari ibunya). Jin ini kelihatan alim dan abid. Boleh mengaji, mengamalkan sunnah dan bila saya nak menidurkannya dia terlupa doa tidur dan saya mengajarnya dan kemudian dia mengulang-ulang bacaan doa berkenaan.

Akhirnya saya mendapati dia ambil kesempatan tinggal pada pada R dan bukahlah abid waimma alim spt yang saya jangkakan sebelum ini. Dia mengaku seronok tinggal di badan R kerana sejok apabila puan R solat malam, mengaji dsb. Saya minta dia keluar dan dia bersetuju... saya guna teknik tarik melalui mulut, ternyata dia masih ada.

saya guna teknik tarik guna serban, dia masih ada. Akhirnya saya sembelih kerana dia cuba mempermainkan saya dan puan R dapat disedarkan.

Kemudian apabila puan R pulang ke rumahnya di Segamat ia kerasukan semula. Ia mengurung dirinya di dalam bilik. Suaminya serta ank-anak tidak dibenarkan masuk.

Dia merawat dirinya sendiri, katanya saya ada datang merawat, isteri saya, Ustaz Wan asrul dan beberapa perawat lagi kononnya datang membantu.

Untuk rawatan kali ke4 saya rawat di surau berdekatan rumah mak mertua saya. Puan R sudah kerasukan dari kelmarin lagi. Saya terus sahaja berdialog.

saya dapati dialognya adalah streotype lantas saya minta dia keluar dan kerana hal yang sama seperti rawatan ke3 saya melakukan penyembelihan.

Malangnya dia tidak mati, saya guna teknik sembelih yang lebih kemas dengan azan, pun tak mati.... saya benar2 buntu...

Saya simpulkan bahawa tidak ada jin pada badan puan R, yang ada hanyalah rakaman yang menggunakan simcard atau diskette yang ditanam pada kepala puan R. Ini pernah terjadi pada pesakit awalan saya sehingga saya meminta bantuan Pak Ali UNITEN perawat senior Dsyifa.

teknik ini adalah kaedah yang digunakan oleh jin neuorologist dari Kelang. Saya berharap En. R suami puan R bersabar dan insyALLAH kita akan berjaya merosakkan simcard berkenaan.

Jin Peramah

Pagi ini Cik A datang dengan rakan sekolahnya puan S setelah beberapa temujanji tidak dapat dipenuhi sebelum ini.

Cik A berjalan senget, terasa berat pada kaki kanannya.

Saya memulakan rawatan dengan menyucuk mengggunakan besi rawatan pada bahagian tapak kaki sambil merukyah, dakwah dan tanzir.

Jin pertama muncul, jin wanita yang sudah agak berusia. Apabila ditanya dari mana, bila masuk, kenapa ganggu pesakit dan lain-lain soalan semuanya dia tak ingat. Dia tidak ganas, mesra dan tak henti-henti nak bercakap. Loghat percakapan macam orang Perak, kami pun ikut dialeknya sambil menyebut beberapa tempat seperti Kuala Kangsar, Sg. Siput, Parit dsb ternyata memang dia tak tahu asal –usulnya.

Oleh kerana tiada maklumat yang dapat diperolehi, saya keluarkan dan dihantar ke Mekah (kasihan belas saya kepada jin mak cik ini maka saya hantar ke Mekah, mudah2an ingatannya dipulihkan biizniLLAH)

Cik A yang sebelum ini apabila dirawat hanya berdialog secara menulis terperanjat bila jin dibadannya mula nak bercakap.

Saya masuk ke sesi kedua dengan memulakan teknik tikam jin.

Kali ini jin betina juga. Dia marah pada jin pertama tadi, katanya mereka semua sebenarnya anti sosial tetapi semenjak mak cik tu masuk mereka semua asyik nak bercakap macam mak cik juga. Katanya mak cik itu dari kumpulan lain.

Jin ini menggelarkan dirinya sebagai “spoke person” kepada kumpulannya apabila saya katakan yang saya hendak bercakap dengan ketuanya. Saya meminta mereka keluar dan yang degil atau engkar akan disembelih. Dia kata dia sudah beritahu kepada kumpulannya, ada yang mahu keluar dan ada yang degil tak mahu keluar. Saya minta cik A baring lalu saya tarik dengan serban diikuti dengan penyembelihan.

Saya rehatkan cik A dan merawat puan S pula. Puan S ada masalah dengan suaminya dengan kehadiran orang ketiga.

Bila dirawat dia menggerakan jarinya dan dialog secara jaripun dilakukan. Saya pun arahkan keluar, mengeluarkan secara tarik serban dan penyembelihan. Puan S memberitahu saya bahawa dia merasa sejuk apabila dibacakan ayat2 syurga dan berada di suatu tempat yang teramat indah. Dia juga melihat “orang ketiga” berkenaan semasa dirawat. Keadaan sebegini adalah petunjuk bahawa puan S juga ada bersaka…

Cik A yang berada disebelanyah kerasukan semasa saya merawat puan S. Dia bercakap tentang teknologi jin yang katanya lebih advance dari manusia, tentang teknik rawatan serta kepergantungan kepada ALLAH dan sebagainya. Isteri saya menunjukan gambar beberapa pesakit kami sebelum ini dan dia memberikan pendapatnya. Akhirnya saya suruh dia diam kerana saya sedang merawat puan S. Dia pun diam

Sesi kedua dengan puan S menyaksikan aksi seperti penari mak yong, firasat saya tentulah jin dari siam. Jin pada cik A mencelah kononnya jin pada puan S nak menggoda saya. Sekali lagi isyarat diam diberikan dan dia patuh. Puan S tak bercakap hanya mengangguk dan menggeleng. Proses seterusnya dijalankan seperti biasa.

Saya merawat cik A semula. Saya mencadangkan agar dia pergi ke Mekah. Dia bersetuju dan diapun dia hantar biizniLLAH.

Muncul lagi jin yang tak henti2 bercakap. Saya berhasrat untuk menamatkan rawatan kerana tempoh rawatan sudah agak panjang. Teknik menidurkan dilakukan. Cik A menguap berkali-kali dan akhirnya tumbang ke bantal di sisinya.

Cerapan:


Jin dari Perak adalah teknik terbaru tukang sihir untuk menutup pembongkaran kerja2 mereka. Penyihir menggunakan teknik pelupa dengan mengenakan tekanan mental pada jin2 upahan.

Jin2 juga ada pengaruh kepada jin2 yang lain. Kesan jin mak cik Perak telah mengubah jin2 yang anti sosial kepada jin yang peramah. Jin2 ini mengatakan mereka di”ceramah” oleh situkang sihir bahawa kerja mereka mulia, mereka tak akan sakit bila dirukyah dan mangsa mereka adalah insan yang jahat! Apabila sekian lama berada dibadan pesakit serta doa diplomasi pesakit mereka sedar akan kesilapan mereka dan mahu kembali kepada kebenaran.

Pengalaman merawat - Serambi AlQuds

asalamualikum ust.

Kami sering menghadapi masalah pelajar kami di ganggu di sekolah sehingga hari akhir persekolahan. Alhamdulillah sedikit sebanyak kami dapat juga merungkaikan kebuntuan para pelajar dengan rawatan-rawatan. Sebenarnya kami cuma mahu (sedikit sebanyak) membantu pihak sekolah menangani masalah gangguan di sekolah. Tapi sejak akhir ini kami ada juga menerima "panggilan kecemasan " daripada orang awam. Nak tak nak kami layan juga lah satu dua. lagipun kawan-kawan juga. Seorang sahabat tu ada gangguan di rumah. Kami datang buat rawatan dan masalahnya tak kritikal sangat. Jin berjaya di keluarkan dengan kaedah tarik. selepas rawatan kami scan,tiada kesan. Alhamdulillah. oklah tu.

Masalah ke dua beliau, Gangguan dalam rumah. sehingga dia bercakap dengan handphone pun di ganggu. Apabila tuan rumah ni bercakap dengan kami taliannya diganggu dengan bunyi bising. Bila handphone itu diberi kepada orang lain dan bercakap, tiada masalah. pelik juga. Beliau juga sering mendengar ketukan diatas siling di mana sahaja dia berada dalam rumah.

Akhirnya rawatan pada malam itu kami akhiri dengan memagar rumahnya. selepas itu bila kami call pesakit tiada lagi gangguan bunyi bising dalam taliannya. Sebelum ini pesakit pernah membaca ruqyah sambil merakam dalam HP beliau. Tapi selepas memulakan bacaan awal al baqarah beliau di ganggu. Bila di mainkan semula rakaman tersebut terdengar suara seperti seekor lembu.

Kami juga telah memohon daripada Alllah SWT untuk membuka sebuah lagi "pusat pemulihan" yang kami namakan serambi Al Quds. Banyak juga jin telah kami hantar untuk mendapat rawatan kerohanian di sana. TQ atas tunjuk ajar ustaz.

Friday, November 14, 2008

Pengalaman Merawat 5

Rawatan dilakukan ke atas seorang wanita yg menderita akibat disihir sejak sekian lamanya.

Beliau mengadu ttg kesihatannya yg semakin terjejas sejak akhir2 ini. Perutnya agak meninggi, kurang selesa dan sering sendawa. Hidungnya yg pernah mengalami pendarahan teruk suatu masa dulu mulai dirasai kesakitannya. Hubungan dgn suaminya juga agak terjejas.

Melihatkan keadaannya, sy memulakan rawatan dgn menyuruh wanita ini duduk meluruskan kakinya sambil menyandar pada sofa. Sy juga minta dia menanggalkan rantai yg ada loket kayu Kokka, yg dibeli suatu ketika dulu dari seorang muallij terkenal. Sblm memulakan rawatan, suami yg menemaninya risau kot2 isterinya akan meraung/mengamuk krn anak2 lelaki mereka penakut dan mendiamkan diri dlm bilik masing2. Katanya mmg dulu2 kalau dirawat, isterinya akan beraksi sangat agresif. Sy diam/senyum aje.

Pesakit diberi minum 'Air Penawar Nur Ehsan' setengah cawan. Pesakit mula menunjukkan sedikit reaksi. Sy meletakkan tapak tgn di atas ubun2 kepalanya sambil membacakan beberapa patah ayat Al-Quran. Pesakit mula muntah2 sambil sy menepuk2 belakangnya. Bila dia dah reda, sy suruh dia pejam mata, barulah muncul jin wanita yg sedikit sombong. Dialog dgnnya tidak lama krn dia kurang beri kerjasama.

Jin kafir yg bernama Umie yg menjadi ketua kpd 10 jin wanita yg lain dipanggil dan muncul dlm keadaan yg sgt daif dan tidak sihat. Bila ditanya siapa yg beri sakit dan yg beri kesembuhan, katanya Allah. Sy kata, saya hairan kenapa dia tidak beriman padahal dia tahu yg berkuasa atas segala sesuatu adalah Allah. Bila didakwah ttg Islam beliau bersetuju masuk Islam dan mengajak pengikut2nya masuk Islam. Mereka mengucap Syahadah secara beramai2. Sy sempat mendoakan kesembuhannya sambil di'amin'kan oleh beliau dan suami pesakit. Alhamdulillah dia sembuh tapi tidak sepenuhnya. Sy kata mungkin Allah akan beri kesembuhan sepenuhnya bila dia menunaikan janjinya utk keluar dr badan pesakit.

Umie kemudian menamakan dirinya Umie Aisyah dan sy pesan supaya dia sendiri menamakan anak2 buahnya dgn nama2 Islam. Mereka keluar melalui ibujari kaki kiri sambil berpegangan tgn antara satu sama lain. Proses tarik keluar secara borong dilakukan. Umie Aisyah memastikan anak2 buahnya mengikut arahannya dan beliau adalah yg terakhir keluar. Pesakit akhirnya pengsan.

Suaminya agak teruja dgn apa yg disaksikannya. Dia hairan melihatkan dialog yg begitu sentimental tanpa ada sebarang tindakan agresif spt yg dialami dgn perawat2 terdahulu.

Pesakit kemudiannya disedarkan dan dibekalkan dgn amalan zikir dan mandian. Pesakit dinasihatkan supaya tidak lagi memakai loket kayu Kokka tersebut, malahan dinasihatkan supaya memperbanyakkan amalan. Beliau juga dibekalkan dgn 'Air Penawar Nur Ehsan' dan AsySyifa Tok Guru.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Sejadah duduk tahiyat akhir

Peristiwa berlaku malam kelmarin di sebuah surau 5km dari rumah saya.

Ptg tadi bang Sham menelefon saya untuk menunjukan rakaman yang diambilnya. Mengikut cerita Edie, semasa solat maghrib dia berjemaah dengan seorang jemaah dimana dia menjadi makmum. Selesai solat dia mendapati sejadah disebelahnya penuh dengan semut lalu membalingnya ke belakang. Kemudian dia dan imam keluar ke serambi surau.

Apabila masuk isyak, Edie tanpa memperhatikan keadaan sejadah terus azan. Anak abang Sham yang duduk berdekatan sejadah merasakan formasi sejadah seperti sedang duduk tahiyyat akhir... lalu merakamkan video ini.

video

Saya solat isyak di surau berkenaan. Saya dapat merasai kehadiran sesuatu.

Apa pendapat anda?

Saya akan beritahu pendapat saya selepas pulang dari luar negeri nanti, insyaALLAH.

Pengalaman Menyembelih

Assalamualaikum,

Ust, di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya menggunakan teknik ‘sembelih jin’ bila merawat seorang pesakit yang agak rumit masaalahnya baru2 ini.
(Masalah : Jin Asyik , SAKA yang tak bertuan belum diputuskan perjanjian dan Sihir).

Keluarga ini sebenarnya tidak mengetahui adanya hubungan sangkut paut dengan SAKA dan Sihir. Hanya setelah saya berdepan dengan Ketua jin SAKA. Dan selalunya kalau kes SAKA, anaknya2 juga akan ada yang mempunyai masaalah.

Ini adalah pertama kali saya menyembelih jin. Suami telah cuba merawat isterinya sendiri dan berjumpa dengan perawat lain sebelum ini. Jin ini begitu degil dan telah lama berada di dalam badan pesakit. Di ajak berunding tapi masih bersikap kurang ajar (sehinggakan suaminya diludah) dan tidak mengambil indah dan tendang terajang.

Saya hampir2 di tumbuknya bila saya tiba dan baru saja nak masuk kerumahnya (tumbukkannya dapat ditepis, Alhamdulillah). 4 orang terpaksa memegang pesakit yang berbadan besar.

Saya sebenarnya telah menggunakan kaedah yang diajar tetapi terpaksa menggunakan tangan kerana keadaan tidak mengizinkan. (Pesakit mengganas setelah diberi amaran beberpa kali supaya keluar kerana saya akan terpakasa menyembelihnya kerana menganiya pesakit ini). Dan sebelum saya mulakan, saya beri sekali lagi amaran yang terakhir dan saya mengingatkannya apa yang terjadi kerana izin Allah Ta’ala, ketika itu jin masih lagi mengejek saya. Saya tidak menggunakan besi kerana sebab2 tertentu dan keselamatan (pesakit ini sebelumnya telah berjaya merampas besi tersebut dari saya). Gerakan tangan saya yang pertama, ternyata memberi kesan kerana Jin(pesakit) terdiam sejenak dan meronta. Gerakan kedua sama juga. Dan yang terakhir sekali air muka pesakit berubah secara mendadak melihat keatas seperti melihat sesuatu dan meraung hiba menangis tanpa henti dan terpaksa diajar mengucap selama 10 minit.

Alhamdulillah, Saya kira itulah kali terakhir bagi jin asyik tersebut, kerana selepas itu muncul pula jin2 sihir dan jin yang sesat jalan. Dan buat jin SAKA pula saya sedang menguruskannya, insyaallah, akhir minggu ini kerana masa tidak mengizinkan dan pesakit terlalu letih dan ada anak2 beliau pun harus dirawat.

Ust, doakan semoga dengan izin Allah, saya dapat membantu menyelesaikan masaalah(sihir) keluarga tersebut.

Wednesday, November 12, 2008

Catatan Rawatan

a. Jin nak ke Mekah

Seorang wanita yang dirawat atau dipagar secara duri landak kini meneruskan rawatan dengan saya.

AlhamduliLLAH penyembuhan ke arah positif, mudah2an lapisan jin semakin mengarah ke penhujungnya.

Ada juga jin yang mengambil kesempatan memasuki wanita ini kerana nak ke Mekah!

Bila saya selesai membersihkan beberapa lapisan jin yang mengganggu tiba-tiba wanita berkenaan memberi salam. Katanya nama dia Aminah dan dia jin baik. Untuk membuktikan dia baik dia meminta besi saya dan memegangnya. "Tengok ustaz saya tak panas pun, kalau jahat tak berani saya pegangni... Ustaz ujilah saya secara teknik angkat tangantu insyaALLAH saya lulus, ni ustaz saya mengucap" diapun mengucap dengan lancarnya.

Saya tanya dia dari mana dia tahu tentang teknik uji saya, katanya dia mendengar perbualan jin2 sihir di badan wanita ini. Dia tinggal di rumah kosong berdekatan dengan rumah wanita ini dan ambil kesempatan masuk ke badan wanita ini semasa dia berada diluar rumah.

"Saya nak ke Mekahlah Ustaz, tak lama lagikan musim haji..." katanya. "Awak pergilah sendiri!" sergah saya. "Tak mampu ustaz..." jawabnya. "Habis apa yang awak nak saya buat?" tanya saya. "Ustaz hantarlah saya..." rayunya

Akhirnya saya katakan saya akan usahakan jika diizinkan ALLAH. Sayapun tarik melalui mulut pesakit dengan niat menghantarnya ke Mekah. Diapun hilang dari kami...

Saya terfikir kalau ramai jin Islam tahu dan nak ke Mekah cara begini haru-biru saya...haru-biru pesakit!

Inilah kebenaran apabila ALLAH mengatakan bahawa DIA menciptakan manusia sebaik-baik kejadian, manusia boleh dengan izinNYA menghantar jin yang dia tak nampak ke mana sahaja setelahmana tahu tekniknya...

b. Dakwah & tanzir

Kebanyakan kita bila merawat akan membaca ayat2 yang mengancam dan membakar jin dalam ruqyahnya.

Terlintas dihati saya kenapa tidak kita perdengarkan ayat2 dakwah termasuklah ni'mat syurga dan balasan melakukan kebajikan.

Seorang wanita dari Melaka yang kena sihir telah saya bacakan ayat2 al-Quran berkenaan tujuan jin dan manusia dijadikan, cabaran ALLAH terhadap kemampuan jin dan manusia, seksa api neraka dengan buah zaqum-air hamim dan akhirnya saya ulangi berkali2 tentang gambaran syurga serta kenikmatannya.

Akhirnya wanita yang kerasukan menangis tersedu2 dan dia iaitu jin berkenaan mahu masuk Islam. AlhamduliLLAH

Setelah diIslamkan saya tanya kenapa awak menangis? dia menjawab dia telah melihat azab api neraka dan juga ni'mat syurga. Dia amat sayu melihat keindahan syurga dan tak sabar2 mahu memasukinya.

Itulah pula kelebihan yang ALLAH berikan kepada jin. Sefahaman saya tidak ada dikalangan jin yang ALLAH utuskan sebagai nabi. Sebagai gantinya jin2 amat tersentuh berkenaan ayat2 al-Quran berbanding dengan manusia. Jin juga mungkin macam kita orang melayu yang tak faham bahasa arab atau dalam bahasa mudahnya buta al-Quran.

Manusia menteranumkan bacaan, tetapi hanya dirasai kemerduan suara qari tetapi tidak sampai ke lubuk hati. Tidak menangis bila dibaca ayat neraka tidak tersenyum bila dibacakan ayat syurga... itulah aku dan bangsaku

Jin dan para malaikat melihat rumah yang penghuninya selalu membaca al-Quran sebagai bercahaya dan mengkerumuni serta berada dibumbung rumah berkenaan(seorang pengunjung blok saya bertanya "bagaimana ustaz caranya supaya kita pagar jin kafir sahaja tetapi jin Islam boleh masuk?" jawapan saya pemagaran hanyalah untuk yang jahat sahaja dan ALLAH tahu niat jin2 berkenaan). Manusia pula membisingkan rumah dengan lagu-lagu rock serta muzik kerana tak nampak cahaya pada rumah jirannya yang membaca Al-Quran.

c. Pakaian Jin bila masuk Islam

Apabila anda merawat dan mengIslamkan jin, pernahkah anda bertanya keadaannya setelah menganut agama yang mulia ini?

Pengalaman saya, jin2 yang diIslamkan akan dibersihkan dirinya dan pakaiannya bertukar menjadi putih ataupun hijau. Saya belum berjumpa dengan warna merah, kuning dan tentu sekali hitam ataupun biru.

Bagi anda yang merawat tolong tanya jin2 berkenaan. kalau ada pakaian warna lain sila komen tulisan ini... ini tidak bermakna saya fanatik PAS, saya hanya fanatik ISLAM...insyaALLAH

Sunday, November 9, 2008

Kursus Intensif Merawat Gangguan Makhluk Halus

InsyaALLAH kursus akan diadakan selama 2 hari dengan pengisian berikut:

Hari Pertama:

1. Pengetahuan asas mengenai makhluk halus
2. Jenis-jenis gangguan
3. Perlindungan diri dari gangguan
4. Persiapan diri perawat
5. Persiapan kemudahan merawat
6. Teknik merawat :
(a)Penyediaan air rawatan
(b)Mendinding diri sebelum semasa dan selepas merawat
(c) Menikam jin
(d) Scanning
(e) Ruqyah
(f) Dakwah & tanzir
(g) Tarik keluar pakai serban
(h) sembelih
(i) pukul
(j) Baling
(K) Mengikat
(l) Menyedarkan pesakit
(m) Menidurkan jin
(n) Bakar batu-bata
(o) Sedut/tarik/pindah jin
(p) Pagar jarak jauh
7. Simulasi rawatan

Hari Kedua :

Latihan & ujian Amali merawat

Masa : Hari Pertama : 8.30pagi - 4.00ptg Malam: Bengkel
Hari Kedua : 8.30pagi - 12.00tghari

Tarikh : 27 & 28 Disember 2008 (Sabtu & Ahad)

Terbuka kepada semua bekas pelatih atau baru

Terhad kepada 40 orang sahaja (Lelaki sahaja)

Tempat: Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan, Kuang, Selangor
Penginapan disediakan bagi yang memerlukan (Sila bawa bantal dan alas tidur)

Yuran : RM150.00 (bekas pelatih Akrine) RM200.00 (Baru)

Sila sms nama, negeri dan/atau bekas pelatih kursus kumpulan/tempat yang pernah diikuti ke 019-7584801 dengan kadar yang segera.

Pihak Akrine akan memaklomkan 7 hari sebelum tarikh kursus nama-nama peserta dan kaedah pembayaran. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan dimaklomkan/dihubungi.

Tambahan:

Ada permohonan untuk membukukan kursus rawatan. Untuk pengetahuan pengunjung, saya telah memberi kebenaran kepada sebuah syarikat penerbit untuk mengkompilasikan tulisan dalam blog ini untuk dibukukan. Ada kemungkinan kandungan kursus akan diterbitkan sekali atau secara berasingan. InsyaALLAH mungkin dilancarkan semasa kursus di atas. Mudah2an...Amin!

Tuesday, November 4, 2008

Memagar Di Depan Jin Saka

Pesakit yang dirawat oleh seorang bomoh menggunakan duri landak datang berjumpa saya untuk rawatan seterusnya...

Kali ini dia datang bersama bapa mertuanya... bapa mertuanyalah juga yang membantu suaminya membersihkan semula pagar yang dibuat oleh bomoh ini.

Masih ramai lagi jin yang sakit dan minta disembelih. Saya pujuk supaya keluar tetapi dik kebodohan jin2 berkenaan penyembelihan dilakukan secara beramai2 oleh suami pesakit, saya dan isteri saya. Hampir setengah jam kami membereskannya.

Sesudah keadaan normal pesakit pun sedar. Saya panggil jin saka pesakit berkenaan [Jin saka ini agak baik, dia telah saya maklomkan bahawa pesakit tidak mahu merawat melalui khidmatnya lagi... oleh yang demikian dia berada diluar badan pesakit, tetapi adakalanya masuk utk memaklomkan serangan dan bahaya yang mendatang dari kaum sejenisnya].

Saya tunjukan pelan rumah dan kawasan yang telah dipagar semula oleh suami pesakit. katanya masih ada 3 ekor pada 3 lokasi berlainan. Sayapun menggunakan teknik tarik melalui pelan berkenaan, jin saka tanya saya hantar ke mana. Saya kata ke Serambi Madinah, dia kata kenapa tak kurung saja... saya perjelaskan bahawa saya tidak berhasrat menganiya jin.. dia faham. saya tanya macam mana pagar yang saya buat melalui pelan berkenaan. Jin saka menjelaskan sekarang semua baik dan tidak ada lagi jin di rumah pesakit.

saya yakin pemagaran boleh dibuat melalui jarak jauh kerana tidak ada bezanya dengan pemagaran secara menabur air atau garam di tempat yang diperlukan. Adalah silap dan salah bagi yang menganggap bahawa dia telah memagar rumah dsb dengan menaburkan garam/air yang telah dibacakan. Perlakuan itu hanyalah teknik sedangkan pemagaran yang sebenar adalah dengan pertolongan ALLAH

Menjejaki kawasan sihir

Seorang wanita berjumpa saya mengadu masalah perniagaan kedai makannya yang semakin merosot...

Sewa bulanan kedai adalah RM7Ribu dan beliau menggaji 12 orang pekerja. Sudah berbulan berniaga tanpa masalah dan dia mendapati pengunjung merosot secara mendadak.

oleh kerana ingin tahu dia sendiri berjumpa beberapa bekas pelanggannya bertanyakan kenapa tidak datang ke restorannya lagi. Beliau tidak menukar tukang masak, tentunya kualiti masakan masih sama kenapa mereka tidak ke situ tetapi memilih kedai mamak berdekatan. Jawapan yang diberikan "saja", atau "tak terfikir nak ke sana"! ini tidak meyakinkan beliau.

Dia juga sakit ada sukar untuk tidur malam.

Pertemuan pertama menunjukan dia ada gangguan secara dialog dengan jari. Saya minta dia mengamalkan zikir dan setelah 2 minggu berjumpa dengan saya semula.

Pertemuan kedua dia menceritakan telah mengamalkan zikir ditambahnya dengan membaca al-fatihah sebanyak mungkin.

Bila saya mula merawat (waktu pagi sekitar jam 9.00) saya melihat cahaya disekitar saya semacam berombak-ombak. Berkali2 saya membetulkan kaca-mata saya kerana ingin memastkan apakah sebenarnya yang berlaku.

Saya minta dia lukiskan pelan kedainya.

Saya berdialog secara jari dengan makhluk berkenaan. Saya tanya OKS (orang kena syakki) secara menyebut huruf-huruf sambil memerhatikan anggukan jarinya. OKS dikenalpasti. Peniaga berkenaan mengenalinya dan ada kena-mengena dengan kedai makannya.

Dialog seterusnya saya minta jin berkenaan menandakan kawasan-kawasan yang OKS tanda bagi menghalang kehadiran pelanggan. Jin berkenaan menggariskan kawasan berkenaan sehingga tangan pesakit keluar pelan dan memusing hingga ke belakang badannya.

saya buatkan air penawar dan minta dia bersama suami spray semua lokasi berkenaan.
Pendikan cerita pesakit telah melakukannya.

3 hari kemudian suaminya menelefon saya meminta saya tolong pagarkan. saya tanya kenapa? katanya selepas dipagar kedainya penuh sesak selama 2 hari. Hari ke-3 seoarangpun tak datang! Saya faham... mungkin OKS memperbaharui pagarnya. saya minta dia pagar sendiri dengan meletakan keyakinan bulat kepada ALLAH, 3 hari berturut2.. ada cerita baru saya akan sambung di sini

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)