Doa Nurun Nubuwwah
Pandangan pengamal Tareqat :
Assalamualaikum semua,
Saya noobie di forumer ini yang bernama Zenden
Saya mempunyai kemuskilan mengenai doa Nurun Nubuwwah.
Boleh saudara terangkan asal usulnya Doa ini dan petikan daripada Quran serta Hadis mengenai Doa ini dan cara penyampaianya ini kepada Rasulullah SAW.
Sekian Terima Kasih
:jawab_salam:
Hmmm... Soalan ini sudah beberapa kali ditanya dalam berbagai forum dan soalan-soalannya selalu hampir sama bentuknya. Saya lebih meletakkan soalan seperti ini adalan yang bersifat provokasi dan mencari kelemahan dalam sistem doa ini.
Tapi semaklum saya doa ini belum dijumpai nas-nasnya yang sohih tetapi telah diperturunkan oleh ulamak-ulamak zaman berzaman dalam bidang ilmu hikmah. Apa yang saya dapat katakan adalah, setiap amalan yang bersifat doa atau amalan-amalan yang bersifat caang-cabang amalan sunat dan merujuk kepada zikir-zikir, wirid-wirid, hizb-hizb adalah merupakan amalan-amalan yang banyak juga diterima secara laduni atau ilham hasil riadhah-riadhah khusus seorang zahid yang mencari jalan mendekatkan dirinya dengan Allah secara peribadi tanpa meninggalkan amalan-amalan sunnah dan syariat Islam yang diajarkan oleh Rasulullah saw.
Soalan-soaln masalah doa mempunyai nas yang sohih tidak diperlukan bagi amalan permohonan khusus individu kepada Allah kecuali amalan-amalan doa yang sudah tersedia diajar oleh Rasulullah saw sebagai pedoman berdoa dengan cara yang benar kepada Allah.
Jangan jadikan isu ini isu akidah kerana bisa membawa diri kita ke Neraka jahannam akibat provokasi kita sedangkan secara teknikalnya Allah menyuruh kita berdoa dengan apa cara sekalipun selagi tidak mempunyai unsur-unsur syirik dan tidak jahil sifat doanya kerana sebaik-baik doa adalah doa muktabar dan juga doa-doa yang lain yang difahami maksudnya serta benar jalannya.
YB Al-Fadhil Ustaz Harun Din sendiri pernah disoal mengenai kesohihan beberapa amalan seperti Nurun Nubuwwah ini juga seperti Selawat Syifak dan jawapan belaiu telah diberikan secara ilmiah dan merujuk kepada dalil-dalil mengenai sifat-sifat amalan tetapi masih ada yang menolaknya. Saya tidak hairan dengan perkara ini, kerana dakyah Yahudi pun macam tu jugak. Melaga-lagakan orang Islam dalam hal-hal sunat kerana nak lagakan dalam hal wajib semua orang dah tahu.
Islam itu sempurna lengkap kerana sistemnya yang luas dan pelbagai serta mempunyai berbagai-bagai alternatif yang merujuk kepada prinsip-prinsip dan konsep amalan yang telah ditetapkna oleh Allah swt dan diajarkan kepada kita oleh Rasulullah saw.
Gunalah apa bahasa sekalipun dalam berdoa dan gunakan gayamu yang lebih menyenangkan kamu 'merasa' apa yang kamu minta asalkan tidak diminta sesuatu yang buruk/keji dan tidak pula melakukan biadab kepada Allah swt.
"Ya Allah tolonglah saya. Saya sekarang tertanggung hutang yang banyak. Tolonglah saya Ya Allah. Berikanlah jalan keluar kepada saya Ya Allah"
Apakah kalimah itu tepat sebagaimana kalimah yang ada dalam hadis-hadis sohih? Tidak. tetapi kenapa ada yang dioa macam tu? Kerana tidak salah berdoa macam tu dan dia faham apa yang dia minta serta beradab.
Jadi apa masalah dengan Nurun Nubuwwah?
Sila baca maksudnya. Di dalamnya terdapat adab yang lengkap bermula dengan mengagungkan Allah swt., ayat-ayat hikmah dari al-quranul Karim, doa kebaikan dan hajat, menolak kejahatan dan selawat.
Ada pula yang mengatakan campur aduk ayat al-Quran dan perkataan lain mala ia tidak betul. Silap tu, Kalau ayat al-quran di buat doa maka bolehlah diambil saranannya sebagaimana yang Allah ajarkan kita buat. Kalau ambil sepenuhnya, jadilah ia ayat al-quran tetapi jika diambil singkatannya sebagai doa yang daianjurkan maka jadilah ia doa yang bersumber al-quran seperti contohnya,
Dalam al-quran Allah berfirman dengan mafhumnya,
" Katakanlah (Wahai Muhammad), Aku berlindung dengan Rabb/Penguasa manusia,............"
Maka jika dibaca Qul a'uuzu birabinnaas......" maka jadilah ia beramal dengan bacaan al-quran tetapi boleh juga ia membaca sebagai doa dalam bentuk yang dianjurkan oleh Allah swt sendiri iaitu
" A 'uuzubirabinnaas...." Jadilah maksudnya " Aku/Saya berlindung dengan Rabb semua manusia......"
Sebab itu ada yang berdoa " Allaahumma, Ihdinassiroothol mustaqiim" sedangkan Allaahumma itu tiada dalam al-quran bersama dalam ayat ke-6 surah al-Fatihah tetapi telah dimasukkan sebagai doa yang dipanjatkan kepada Allah swt agar diberikan petunjuk/hidayah jalan yang benar dan lurus.
Maaflah jika jawapan saya menyakitkan hati tetapi jika soalannya dari provokasi maka jawapan saya juga keras. Untuk kaitkan jawapan ini dengan jawapan-jawapan lain, bolehlah dirujuk dengan ramai lagi guru-guru pondok lama. Saya tak akan merujuk kepada mereka yang baru mengenal agama kerana selalu jawapannya bersifat provokasi juga.
Namun jangan pula menganggap saya memarahi anda yang bertanya tetapi lebih kepada semua yang bertanya tetapi masih suka menimbulkan provokasi dan bibit-bibit syak yang tidak wajar dalam Islam.
Ingatlah juga bahawa beramal dengan amalan sunnah itu besar manfaat dan pahalanya dan kedudukannya namun melakukan amalan lain yang juga berpedomankan amalan sunnah itu juga baik. Kalau tidak, tidak adalah hukum-hukum dari bahasan mujtahid dan qias yang berpedomankan kaedah, prinsip dan konsep sunnah. Di mana dalam isu doa ini bukan doa itu ada nasnya tetapi sifat-sifat doa yang baik itu ada nasnya.
Tapi bagi amalan-amalan doa yang menyeru jin-jin seperti katanya khadam Malaikat dan sebagainya, saya kurang yakin jika yang datang benar-benar Malaikat kerana Iblis boleh berupa dan mengaku dirinya Malaikta itu dan ini. Kerana sifatnya Malaikat yang datang bikan kerana namanya diseru dengan bilangan tertentu tetapi kerana keimanan orang yang yang beramal dengan amalan yang baik dan memdapat redho atau 'green light' dari Allah swt. Tapi jangan lah pulak kita terus fitnah orang tu sesat sebab katanya Malaikat datang berjumpa dengannya. Kerana Allah Maha Mengetahui siapa yang layak dan siapa yang tidak. Bukannya kita.
Kenapa pula saya jawab macam ni sedangkan soalnnya hanya pendek macam tu? Sebab kalau tak cakap macam ni tak akan faham-faham sampai bila-bila. Sedangkan Ilmu dalam Islam itu luas.
Melakukan sesuatu yang baik di sisi Islam walaupun tiada nasnya tetap bermanfaat kerana anjuran ringkasnya "Amar Makruf, Nahi Mungkar"
Namun saya juga tidak tahu kenapa ada yang mendakwa doa ini adalah daripada Rasulullah saw walapun setakat ini belum ada yang oleh membuktikannya denagn jelas. Sudah tentu ada sebabnya kerana pengamal doa ini dahulunya hanyalah golongan yang dipercayakan oleh guru-guru masing sebagai orang yang boleh membawanya dengan benar. Namun saya lebih suka bersangka baik dengan guru-guru kerana setiap amalan yang disertai redho guru itu menhasilkan berkat dan akan mendapat rahmat Allah swt.
:ins: Jika benar ia adalah daripada Rasulullah saw, semoga Allah membukakan jalan agar nasnya dapat dicari. Sementara itu, amalannya tetap baik kerana ia adalah doa yang baik.
"Ilaahi Anta Maqsuudii, Wa Ridhooka Mathluubii"
Firman Allah swt. yang bermaksud kira-kira " Bermohonlah kepadaKU, nescaya AKU memperkenankanya buatmu"
Wallaahu a'lam.
Dari al-Ahkam.net pula :
Review Doa Nurun Nubuwwah
Katanya ada orang forwardkan khasiat "doa nurun nubuwwah". Katanya doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad Sallahualahiwasallam.
Kemudian, saya baca satu persatu. Oleh kerana tiada sebarang perisian hadith dipejabat, maka saya mula menterjemahkan doa tersebut.
Walaupun begitu, setelah diteliti terdapat beberapa kekeliruan iaitu;
Allahumma zil Saltanil Azim =
Ya Allah yang mempunyai Kerajaan yang Maha Agung..
wa zil mannil qadim=
dan yang mempunyai kurniaan Maha Qadim? (nak samakan huruf belakang kot)
wa zil wajhil karim=
yang mempunyai wajah yang mulia
wa waliyyil kalimaatit taammaat wa daawatil mustajaabah=
dan penguasa yang mempunyai kalimat yang sempurna dan mempunyai doa yang mustajab
aqil alHasan wal husin min anfusil haq ainil kudrat = mempunyai kemampuan hasan dan husin daripada diri-dirinya yanghaq dan tuan segala kemampuan..
wannazirin wa ainil insi wal jin =
dan tuan segala manusia dan segala jin..
kemudian dipecahkan doa tersebut hasil campuran ayat-ayat quran yang telah saya keluarkan ayat dan surahnya..
1- Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila. Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.".- alQalam 51 & 52
wa mustajaabu luqmanul hakim=
dan berkat mustajabnya (doa) lukman alhakim
kemudian ayat quran lagi
3-Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; .. - AnNaml 16 ditambah ALWADUD.
4- Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya, - alBuruj 15
Kemudian, saya ketemu lagi teks arab;
towwil umri, wa sohhih ajsaadi, waqdi haajati, WA AKTHIR AMWAALI wa aulaadi, wa habbib linnasi ajmain = panjangkanlah umur ku, sihatkan tubuh badanku, kabulkan hajatku, DAN BANYAKKAN HARTA dan anakku,serta campakkan kasih sayang orang kepadaku, dan jauhkan diriku dai permusuhan dikalangan bani ada,
kemudian ayat alquran lagi
Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar. - Surah Yasin 70
4-Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".- alIsra 81
5-Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. - Surah alBaqarah 82
6-Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan! - asSaffat 180, 181 dan 182
Kesalahan :
1- Nabi tak pernah doa memohon memperbanyakkan harta, sedangkan Nabi biasa memohon termasuk golonga-golongan miskin (zumratul masakin).
2- makna yang bercampur aduk kerana telah dimasuk-masukkan menjadikan ia doa. Ada tambahan ALWADUD dan tiada didalam ayat 16 SUrah anNaml
Kesimpulan :
Sebenarnya hadith sahih lebih banyak lagi yang belum diamalkan akan tetapi orang kita lebih suka benda pelik dan baru-baru.
Jika dia katakan nabi lakukan maka sebutkan hadithnya. Jika tidak, memperkatakan sesuatu yang bukan dasarnya dari nabi memang masuk dalam ancaman berikut;
" Sesiapa yang mengatakan apa yang tidak aku katakan, maka tempahlah tempatnya dineraka" [Sahih..]
Wallahualam..
Akhirnya inilah ulasan JAKIM
Soalan
:
saya ingin bertanya tentang doa nurun nubuwwah, adakah ia boleh diamalkan. sebab banyak sangat fadhilat yang mencurigakan saya. Adakah doa ini diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Adakah doa ini Bida'ah..
Jawapan
:
Anda dinasihatkan untuk tidak mengamalkan doa tersebut kecuali setelah mendapat ilmu tersebut dari guru yang soleh dan boleh dipercayai keilmuannya, kerana ditakuti jika anda mengamalkan untuk tujuan menghadirkan khadam, ia boleh membawa syirik kepada Allah SWT...
Status
:
Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 231008
Tarikh Selesai
:
23/10/2008 02:59 PM
Sila rujuk :http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/22dc781702484442482574a600103f22?OpenDocument
Akrine : Sekadar penyampai
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
6 comments:
Lucu sungguh membaca terjemahan oleh Ahkam tu. Itulah sebabnya kita kena berhati2 dgn golongan wahabi ni. Nampak sgt basic arab pun out.
Jadi bagaimana nak dibincangkan kpd tafsir atau syarah kpd doa itu. Kalau dah basic arab pun out.
Saya tidak mengatakan doa itu bersumber dari Nabi saw. Sebab saya tidak jumpa nasnya lagi.
Tapi dari segi makna saya yakin tidak punya kesalahan dari syarak. Doa yg menggunakan uslub barakah org2 mulia eg dgn memasukkan nama2 org yg mulia di sisi Allah eg alHasan dan alHusin, lukman alHakim, dgn barakah menyebut ayat2alQuran dll itu semua harus di sisi syarak. Wahabi memang anti bab2 barakah ni. Sila lihat perbahasan yg panjang lebar tentang manfaat barakah, tawassul dan kelebihan menyebut/mengenang/mengingat nama2 org yg mulia di sisi Allah.
Wa waliyil kalimatittammat waddaawati mustajabah...Allah itu menguasai/mempunyai/memiliki 'kalimat2 yg sempurna'--perhatikan doa2 Nabi saw yg berlindung menggunakan 'kalimat2 sempurna'. 'Dan doa2 mustajabah'--dan setiap nabi mempunyai doa mustajabah--dan semua Nabi telah menggunakan doa mustajabah/sakti tu kecuali Nabi Muhammad saw yg menyimpan 'doa mustajabah' itu pada hari kiamat nanti-alhadis. Tujuan dari lafaz doa itu adalah memohon berkat kelebihan 'kalimat tammat' dab 'daawatul mustabah' itulah.
Aqilil hasan wal husin min anfusil haq..ainil qudrah wannaziriin..Allah memelihara aqal alhusin dan alhasan supaya tetap siuman tidak dirasuk oleh org2/jin yg mempunyai 'anfus alhaq' -kekuatan nafas/jiwa yg boleh membinasakan org lain, 'ainil qudrah'-mata yg mempunya kekuatan. Al-ainu haq--mata yg mempunyai kekuatan(utk membinasakan) itu benar--alHadis....Naziriin..mata2 yg memandang secara hasad..
Ehhhh panjang benar plak kalau hendak cuba dihuraikan satu persatu.
Saya bukan apa cuma lucu shj baca ulasan dari Pak Ahkam THTL tu.
lagi satu..Ahkam(Thtl) kata Nabi tak pernah mohon banyak harta..bukankah nabi saw mengajar doa ..aghnini bifadhlika amman siwaak..kayakanlah aku dgn limpah kurnia dari MU sehingga tidak memrlukan selain dari Mu. Limpah kurnia tu tentulah termasuk kurnia Allah zahir dan bathin. Zahir tentu termasuk kecukupan harta benda dll.
Setiap baris doa yg dinamakan Nur Nubuwah itu insyaAllah boleh kita berikan penjelasan syarahnya satu persatu..tapi apa yg diberi memadailah.
Dan saya tidak mengatakan doa itu sahih dari Nabi saw. Tapi lafaz kalimah2nya adalah baik dan masyhur dikalangan ahlinya. Cuma ada org yg beramal bagai burung kakak tua dan ada yg beramal dgn ilmu.
-AbgSyeikhul
Tambahan: Nabi saw pernah berdoa memohon "Ya Allah Berkahilah Anas dan banyakkanlah hartanya"-(AlBukhari)
-AbgSyeikhul
salam...suka hati entalah,enta sheikhul..jadi hebar lah kan gelar diri sendiri sheikh lagi lawak mcm usop sontorian..nanti cuba reka doa yg lago canggih yheh lepastu sebarkan,kalau ditanya ada hadith tak,katakan lah tak pasti ok..
Ini ada satu link komentar yg baik berkenaan doa 'Nur Nubuwwah' ni:-
http://antalhaq.blogspot.com/2010/06/doa-nurun-nubuwwah-2.html
http://antalhaq.blogspot.com/2010/06/doa-nurun-nubuwwah-3.html
-AbgSyeikhul
ilmu laduni? takpa, katalah betul itu ilmu laduni, tapi ada sanad tak? Ya walaupun bukan hadits kena ada sanad, supaya dapat dianggarkan keshahihannya. Kaki bid'ah betul...kita nantikan perbicaraan ini semua di hari akhirat.
hallo AbgSyeikhul ... apasal awak terjemah aghnini sebagai kayakanlah aku,...salah tu pandai, yg lebih tepat dalam doa dan konteks pemahaman yang benar (juga dari segi bahasa) ialah " cukupkanlah aku", jgn terjemah ikut hujjah awak je, jgn menyembunyi yg haq.
Post a Comment