MIPA kali ini mengfokuskan kepada pengukuhan teknik2 rawatan disamping penubuhan persatuan perawat Akrine yang dinamakan Angkatan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia atau ringkasnya AKRINE
Baca, jangan tak baca.... mu'alij mesti menambah ilmu
Sudah sekian lama kita bersabar terhadap serangan "mereka"... hari ini saya isytiharkan cukuplah. Perawat... tiada seorangpun anda yang kebal! beza kita dengan orang awam ialah kita tahu bagaimana nak buat mentainance terhadap diri kita... jika gagal, jangan malu jumpa rakan mu'alij anda
Bagi saya teknik RENTAP agak slow tetapi lebih biah solehah dan perawat dalam keadaan amat relaks. Oleh itu perlu keyakinan, pergantungan dan kesabaran dalam melakukan rawatan
Masa makan, adalah masa pengukuhan ukhuwah... bertukar pandangan, pengalaman dan berkongsi masalah. Do'akanlah antara kita agar dipermudahkan oleh ALLAH dalam urusan harian sesama perawat.
Perlembagaan AKRINE sedang diteliti.
Saya cadangkan .... entalah jadi Presiden....
Dikesempatan ini saya ingin kongsikan teknik Transformer.
Teknik Imaging ialah suatu kaedah berdepan dengan jin yang mengganggu pesakit. Adakalanya anda berdepan dengan keadaan cemas apabila melihat pesakit kerasukan dan mula bertindak ganas seperti berkelakuan seperti seorang pendekar yang mula bersilat, harimau yang mengeluarkan kukunya dsb lalu mahu menerkam anda... di saat ini apa yang anda lakukan?
Niat dan berdoalah agar anda pada pandangan jin berkenaan sebagai lebih hebat dari jelmaan berkenaan. Baca selawat tafrijiah dan hembus kepada badan anda. Yakinlah anda pada pandangan jin adalah apa yang anda pohon dengan ALLAH.... selepas itu anda akan dapati jin itu mula menikus..
Saya selalu letakan tongkat besar saya di belakang saya ketika merawat. Saya berdoa kepada ALLAH agar pada pandangan jin tongkat itu adalah seperti ular besar yang teramat besar. Tongkat ini saya bawa ke KB semasa KIRI di sana. Seorang yang boleh nampak menegur saya... bahawa dia nampak ular yang besar pada tongkat berkenaan. SubhanALLAH
1 comment:
Buku Tahsin dan Rawatan Akrine (1 Jan 2011) boleh download di
http://www.ziddu.com/download/13232045/TahsinAkrine.pdf atau boleh pre-view di scribd.
Lihat di http://www.scribd.com/doc/46163811/Tahsin-Akrine
Post a Comment