Assalamualaikum ustaz,
Semoga ustaz sekeluarga senantiasa dirahmati allah, terima kasih kerana perkongsian teknik TKR melalui pengajian jarak jauh, sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan mengenai ilmu perubatan islam.
Bagi pengetahuan ustaz, saya sekeluarga sering mendapatkan rawatan susulan dari salah seorang perawat akrine di ****. Isteri saya mengalami gangguan begitu juga anak lelaki saya.
Ini beberapa pengalaman isteri saya semasa melakukan TKR, kalau boleh saya kongsikan dengan ustaz...
1) Cuma isteri saya sahaja yang boleh melihat semasa TKR, saya pernah untuk melakukan TKR tetapi saya tidak dapat melihat, kelihatan semua gelap.
2) Kali pertama, isteri saya dapat melakukan kembara, dapat membersihkan rumah dan diri. Di rumah saya, banyak terdapat entiti semasa membuat pembersihan di dalam rumah..
Beberapa hari selepas melakukan kembara, kami sekeluarga tidak dapat tidur dari malam sampai ke pagi, anak - anak saya meragam sepanjang masa
3) kali kedua, isteri saya dapat melakukan kembara, dapat membersihkan rumah dan diri. Di rumah saya, banyak terdapat entiti semasa membuat pembersihan didalam rumah..
Kali pertama dan kedua - isteri saya terjumpa seperti nanah, benda berkarat, buluh, batu cincin, batang kayu berurat dan beberapa objek. Di rumah saya, banyak terdapat entiti yang berwarna semasa membuat pembersihan didalam rumah..
4) Kali ketiga, isteri saya dapat melakukan kembara, dapat membersihkan rumah dan diri. Di rumah saya, banyak terdapat entiti yang berwarna semasa membuat pembersihan didalam rumah..
Kali ketiga - dapat scan orang, seperti saya (tiada apa2), anak lelaki dan perempuan saya (ada gumpalan berlapis pada badan), isteri Ustaz **** ( terdapat entiti seperti orang, dibahagian belakang), terdapat beberapa entiti (berbentuk seperti manusia dan berbola api) diluar dan diatas kereta.
Di rumah saya, banyak terdapat entiti yang berwarna semasa membuat pembersihan didalam rumah...
5) Kali ke empat, isteri saya melakukan kembara dan scanning. Di rumah saya, banyak terdapat entiti yang berwarna purple dan hijau semasa membuat pembersihan didalam rumah..
Dalam kembara, isteri saya terjumpa bentuk berus yang berkarat dikepala, urat bersimpul, tulang yang reput. Isteri saya juga membuat scanning terdapat beberapa entiti diluar seperti diatas kereta, berbentuk daun lalang (melawan bila cuba dimusnahkan), ular (berwarna hitam dan berbintik2) yang melilit pada badan anak lelaki (saiz kecil pada bahagian dada) dan adik ipar saya (bersaiz besar - hampir keseluruhan badan).
Isteri saya cuba mengesan OKS, ada 3 wajah yang kelihatan (dikenali oleh kami sekeluarga) dan beberapa benda seperti imbasan.
Boleh saya dapatkan pandangan ustaz,
1) Dimana ada beberapa entiti yang menyerang balik isteri saya semasa kembara dan seperti ular yang mengejek dan menjelirkan lidah, beberapa kali isteri saya ingin membakar entiti tersebut tetapi tidak berjaya.
2) Setiap kali isteri saya melakukan kembara akan terjumpa dan melihat benda - benda baru setiap kali, walaupun pembersihan telah dilakukan.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
1 comment:
SalaamullaaHu 'alaikum.
Hmmm... Saya tidaklah belajar teknik TKR tetapi dari pembacaan di blog ini daptlah saya faham sedikit sebanyak mengenainya.
Mengenai enetiti, jelmaan, ulangan jelmaan, jelmaan baru dan sebagainya, tidak boleh dijadikan dasar yang tepat dalam memastikan apakah itu entiti luar yang menggangu samada dari gologan jin mahupun energi sihir yang di hantar. Ini adalah kerana, otak manusia juga boleh berfungsi sebagai pentafsir kepada emosi dan tarikan nafsu dalaman. Ada juga ketikanya otak dipaksa untuk mentafsrikan sesuatu sehingga emosi tertekan dan menghasilkan 'jelmaan'2 yang sebenarnya adalah gambaran sifat emosi dan nafsu.
jadi, bagaimanakah nak tahu yang benar dan yang palsu. Jin, sihir atau wakilan diri?
Di sinilah peri pentingnya menjaga apa yang selalu saya baca di sini, sebagaimana yang ditekankan oleh Ustaz Majid iaitu "Niat".
'Niat' itu hendaklah tidak dipengaruhi oleh emosi. Maka bebaskan niat daripada emosi dan kehendak nafsu. Bagaimana? Berzikirlah dengan tenang dan lahirkan tumpuan kepada AllaaH swt sahaja semasa berzikir.
Jadi, adakah selama ini yang dilihat semasa melakukan TKR itu bukan jin tetapi hanyalah bayangan nafsu dan emosi atau mungkinkah ianya khayalan sahaja? Tidak semestinya. Semuanya bergantung kepada 'niat' yang bersih dengan kepasrahan yang tinggi kepada AllaaH swt dan 'hati' yang telah dipenuhi nur di saat itu. Keranamelihat sesuatu yang kaat mata itu hendaklah dengan NUR basiroh.
Apakah sia2 apa yang saudara dan isteri saudara lakukan ini? Tidak juga. Kerana ia bisa dijadikan pedoman, apakah yang hasilnya begini begini, dengan lakuknya begini begini adalah betul atau tidak. Ingat! Tidak boleh tidak, harus 'murnikan' hati agar ada 'Nur' nya yang boleh menyingkap tabir ghaib. melihat dengan mata selain nur basiroh banyak muslihatnya dan perlukan tafsiran lain yang lebih sesuai.
Ingat pesan guru anda, Ustaz Majid, jaga 'niat'.
Bersihkan 'niat'. Jangan ada 'prasangka' dalam niat dan pembersihan dengan kaedah zikir yang betul samada secsra lisaan atau sirr. Samada secara kaedah ratib atau tahannuth.
Sekadar perkongsian.
WallaaHu a'lam.
Saiful.
http://blog.al-qudrah.org
Post a Comment