"Ustaz, terima kasih kerana telah menolong kami sekeluarga" baris-baris ayat yang saya baca pada SMS di handphone saya. "Kenapa, ayah anda sudah pulih ke? Balas saya.
"Ayah baru sahaja meninggal dalam kereta dalam perjalanan pulang dari klinik ustaz!"
MasyaALLAH! Jarang sekali mendengar orang berterima kasih jika ada musibah yang berlaku. Selalunya kena maki seperti "kerana lambat ustaz merawat, pesakit sudah meninggal dunia... ustaz tanggunglah dosa ustaz" atau "kenapa ustaz bacakan Yaasiin kepada emak saya, kerana itulah emak dah pergi"....
Sebenarnya ini rawatan susulan. Rawatan pertama si ayah yang berusia lingkungan usia 80an datang dengan batang tubuhnya yang sasa cuma pendengarannya sahaja yang kurang baik. Anak-anak membawanya kerana merasakan ada yang tak kena dan si ayah pernah mengaku mengamalkan ayat-ayat tertentu untuk tujuan tertentu. Takut untuk mewarisi saka mendorong anak-anak untuk meminta si ayah untuk diperiksa dan dirawat.
Saya periksa seperti biasa dan meminta anak-anaknya melakuakan teknik rendaman garam selama 3 hari berturut-turut. Selepas mandian dan rendaman, waris pesakit memberitahu saya yang pesakit dimasukan ke hospital kerana kesihatannya terganggu. Oleh kerana pihak hospital gagal mengenalpasti punca penyakit, waris telah memohon kepada hospital untuk dirawat secara tradisional atau alternatif.
Dari hospital terus dibawa ke klinik saya. Saya agak terperanjat kerana susuk tubuh pesakit sudah kurus dan amat tidak bermaya. Saya rawat seperti biasa dan dalam perjalanan balik si ayah telah kembali ke rahmatuLLAH.
Kes yang terbaru melibatkan budak seusia 7 tahun. Scanning awal saya melalui TKR menunjukan budak ini bersaka buaya. Baru-baru ini ibunya bermimpi bahawa dia berjalan bersama anaknya di kawasan yang penuh dengan buaya putih. Bila terjaga si anak memberitahu dia pula bermimpi arwah moyangnya yang meninggal setahun yang lalu datang mahu menjemputnya.
Terganggu dengan mimpi-mimpi ini, si ibu juga menggunakan teknik rendaman garam sepertimana yang dilakukan terhadap neneknya yang juga meninggal selepas teknik ini dilakukan.
Selepas mandian dan rendaman anak ini semakin lemah. Dia akhirnya kembali ke rahmatuLLAH dengan mudah. Saya dimaklumkan kematiannya dan bergegas menziarahi dengan perjalanan mengambil masa 4 jam. Setelah dikebumikan saya ke KL semula dan tiba di rumah jam 4.00 pagi
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
3 comments:
maklumat yg cukup berguna. terima kasih ustaz (^_^)
tak de cara lain ke... sampai budak kecik pun mati.
bukan apa... kalau stakat nak membunuh, tak payah rendam2.
Salam ustaz..saya amat berminat untuk menjadi perawat. Saya tinggal di Bandar saujana putra (Selepas Putra Height) ada x ruang saya untuk belajar dan menjadi perawat yang sah dan benar disisi Islam.0192602976 - Amry
Post a Comment