Isu inilah yang selalu ditanya oleh pesakit. Bukankah jin kena rantai di bulan puasa?
Hadis yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda "Apabila tiba bulan puasa, pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu neraka akan ditutup dan syaitan akan dirantai" mafhum hadis.
Sebagai perawat, bulan Ramadhan kebanyakan kita berehat dari merawat. Ada juga yang meneruskan rawatan seperti biasa. Ada yang menukar jadual rawatan kepada waktu malam sahaja. Saya merawat di sebelah pagi sahaja, mengambilkira sebelah petang untuk urusan kerja dan keluarga sementara sebelah malam saya turun ke surau dan masjid di zon jagaan saya sebagai ahli majlis MPS.
Persoalannya kenapa masih ada gangguan?
Seorang guru saya mengatakan yang mengganggu adalah jin Islam. Mereka tidak terikat di bulan puasa. Tetapi ujian yang dilakukan ada juga jin kafir yang mengganggu. Pendapat baru pula mengatakan jin itu telah masuk sebelum bulan puasa, walaupun dirantai tetapi dia sudah berada di badan lalu tidak menghalangnya dari meruskan gangguan.
Oleh kerana hadis ini tidak ada hadis lain yang menyokong atau membicarakannya maka ulamak berselisih pendapat dalam mentafsirkannya. Ada yang secara majazi dan ada yang secara hakiki.
Secara majazi, hadis ini hanyalah menggambarkan keadaan pada bulan puasa ie peluang untuk masuk syurga terbentang luas di mana amalan2 digandakan pahalanya. Pintu neraka ditutup dengan maksud di bulan ini kegiatan maksiat amatlah berkurangan bagi mereka yang berpuasa.
Syaitan bukan hanya dari golongan jin. tetapi syaitan adalah jenama kepada pengahsut ke arah kejahatan dan maksiat yang terdiri dari jin dan manusia. Bila syaitan dirantai, maknanya dua kelompok syaitan ini berkeadaan amat sukar untuk menghasud manusia.... inilah pendapat majazi.
Secara hakiki, pintu syuga dibuka, pintu neraka ditutup dan jin di rantai. Anak murid kepada salah seoarang imam mazhab bertanya kepada imam ini kenapa berlaku hesteria dibulan puasa. Imam ini menegaskan "walau apapun belaku aku tetap berpegang bahawa syaitan dirantai (secara hakiki) di bulan puasa ini.
Jelasnya perkara ghaib tidak mungkin difahami secara tepat, dan berpeganglah kepada panduan al-Quran dan hadis, walaupun kita boleh berbeza pendapat.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
2 comments:
terima kasih Ustaz Majid, info yang berguna sekali.. (^_^)
ada plak pendpt lain kata, yg kena rantai tu presiden jin adan anak2 dia yg 10 ekor tu. manakala yg kecik2 dan prebet termasuk setan manusia, bebas lepas, betul ke ust?...hehe
Post a Comment