Assalamu'alaikum wbth.
Kita baru sahaja menyambut maulidurRasul SAW sebagai usaha menambah cinta kepada insan yang mulia, insan SAW yang wajib dicintai selepas kecintaan kepada Pencipta.
Perjalanan balik ke Johor menemukan saya dengan ramai perawat Akrine.
Ust. Khairuddin di Batu Pahat memaklumkan kepada saya kemungkinan bertanding calon parlimen pada PRU13 ini. Beliau aktif merawat bersama ust. Rosdi di Batu Pahat. Berita juga menyebut yang ust. Rosdi juga akan bertanding di salah satu DUN di Johor nanti... sirru 'ala barakatiLLAH.
Saya juga dikunjungi oleh cikgu Mas bersama suaminya yang telah bersara. Mereka sibuk merawat sambil menyediakan ubat-ubat herba.
Saya juga berjumpa ust. Herman Merlimau yang baru balik dari menziarahi ayahndanya yang sakit di Indonesia. Beliau merawat secara kumpulan dengan Ust. Tuan Ariff dan sdra. Joko.
Dalam perjalanan saya ke walimatul urus Tn. Hj. Rosni di sg. Udang Melaka, ust. Herman menelefon saya kerana pesakit yang dirawat tak dapat ditidurkan dan juga tak mati bila disembelih. Saya minta mereka bertenang dan berhenti merawat seketika. Saya meneruskan perjalanan "kenduri" saya ke rumah tn. Hj. Rosni di Sg. Udang Melaka.
Tn. Hj. Rosni menceritakan pengalamanya merawat di mana jin-jin tak henti-henti datang masuk merasuk pesakit. Beliau menukar rawatan kepada membelasah tuan punya jin. Rupanya tuan jin berada di luar rumah dan segera dia memanggil balik anak buahnya.
Selesai kenduri di rumah Tn. Hj. Rosni saya bertemu dengan Ust. Herman, Ust. Tg. Ariff dan sdra. Joko. Mereka nak sangat bertemu dengan saya dan pertemuan diatur di Petronas Masjid Tanah. Mereka menceritakan kesudahan rawatan di mana pesakit telah dapat disedarkan setelah di sembelih secara bergilir-gilir oleh mereka bertiga. Saya kagum dengan kegigihan mereka untuk berkumpul merawat walaupun jarak rumah mereka adalah lebih kurang 2 jam perjalanan.
Hari ini saya meneruskan kembara "kenduri" saya ke Ijok pula bertemua dengan Ust. Tooha dan ust. Arzimy. Ust. Tooha mengahwinkan anak bongsunya. Sedang saya makan saya di sapa oleh bekas pesakit saya dari Kg. Bukit Badong.... alangkah kecilnya dunia ini.
Saya terfikir untuk turun ke negeri-negeri menziarahi rakan-rakan perawat... bilakah agaknya saya dapat bertemu sahabat-sahabat semua.... rindu pula rasanya [saya teringat kepada Al-Marhum Ust. Dato' Fadzil Noor, presiden PAS yang saya kasihi. Setiap muktamar apabila menggulung perbahasan beliau akan mengatakan rindunya untuk bertemu lagi.... dan saya tidak menjangka ucapannya merupakan ucapan perpisahan. Mudah-mudahan ALLAH menempatkan beliau bersama Baginda SAW].
Kebelakangan ini saya tak banyak menulis... mungkin kerana aktiviti merawat sudah menjadi rutin dan tidak mengundang cerita-cerita baru. Bagi sesiapa yang mahu membaca tulisan saya, jemputlah menelaah majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu sdn bhd. tempahan boleh dibuat melalui
http://www.iqramall.com .
No comments:
Post a Comment