Assalamu'alaikum wbt.
Selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua pengunjung blog ini.
Puasa di Malaysia amat berbeza dengan suasana di Tanah Haram khususnya di Madinah. Terutama sekali di Masjid Nabawi kerana kedatangan ke Masjid ini benar-benar mahu bertaqarrub dan mengejar ganjaran amalan yang berlipat kali ganda berbanding di tempat lain. Tiada bazar Ramadzan, yang ada adalah di setiap pelusuk masjid masing-masing khusyuk meneliti lembaran ayat-ayat suci al-Quran. Berbuka secara jamaie dengan makanan yang dihadiahkan oleh para dermawan yang lebih dari mencukupi.
Catatan 1: Bilik Penginapan Terbuka
Sekembali dari mengerjakan umrah kami mendapati bilik hotel kami seakan-akan cuba diceroboh. Saya amat yakin telah menutup rapat dan mengunci bilik berkenaan. Tetapi tiada barang yang hilang, alhamduliLLAH. Pendapat saya ada orang yang cuba ceroboh tetapi terhalang oleh sebab-sebab yang tertentu.
Catatan 2 : Kehilangan Kunci Bilik
Bilik hotel dikunci menggunakan kad seperti kad ATM. Kerana kami tinggal berdua dalam satu bilik pihak pengurusan hotel menyediakan 2 kad untuk kemudahan kami. Malangnya kad saya telah hilang tanpa di ketahui di mana. Puas saya mencari di bilik berkenaan tetapi gagal menemuinya. Setelah agak letih saya duduk berdekatan dengan kaki meja, apabila saya menoleh ke kiri kad berkenaan ada di carpet yang tak mungkin saya tak nampak sebelum ini. Siapa yang mengambil atau yang tolong cari? wALLAHu'alam.
Catatan 3: Jin Malaysia nak ikut balik
Isteri saya menyedari bila dia berzikir lailaha iLLAH wahdahu..... badannya terangguk-angguk ke depan tanpa henti. Ini mengingatkan kami kepada seorang pesakit yang bila berzikir dengan zikir ini badannya akan terangguk-angguk.
Pulang ke hotel saya rukyah dan membaca zikir ini dan akhirnya berdialog dengan jin berkenaan. Ternyata dia adalah jin yang kami hantar ke Masjid Jin semasa rawatan kepada pesakit di Malaysia. Dia kata nak balik Malaysia. Setelah dipujuk tentang kelebihan tanah suci Mekah akhirnya dia bersetuju untuk terus tinggal di Masjid Jin. Peristiwa ini amatlah istimewa bagi saya..... ternyata kami diperhati.....
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
2 comments:
Selamat berpuasa dan mengerjakan umrah. Semoga ustaz dianugerahkan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan semasa berada di tanah suci Mekah.
Doa saya semoga selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.Insya allah.
Selamat berpusa dan selamat mengerjakan umrah. Semoga ustaz dianugerahkan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan semasa berada di tanah suci Mekah.
Doa saya semoga selamat kembali ke tanah air kelak. Insyaallah.
Post a Comment