Assalamu'alaikum wbt.
1. Kad Keahlian Persatuan Perawat Akrine
Pihak kami telah menghantar semua kad-kad keahlian Persatuan Perawat Akrine untuk fasa yang ketiga pada minggu ini. Para perawat yang belum menerima kad dijangka akan menerimanya pada minggu depan. Sekiranya tuan/puan masih belum menerima kad dan telah memohon menjadi ahli sila sms ke 017-3646461 dengan kadar yang segera untuk semakan dan sebagainya. Untuk makluman juga tidak semua permohonan menjadi ahli diterima keahliannya oleh persatuan oleh sebab-sebab yang diputuskan oleh persatuan.
2. Program Ibadah Korban
Saya selaku pengasas Akrine mencadangkan agar ahli-ahli Akrine menjayakan program ibadah korban bersama sebagai ganti gathering raya puasa. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini berikut adalah tentatif program:
Tarikh : 12 Zulhijjah / 27hb. Okt. 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Akrine Kuang.
Antara pengisian : Penyembelihan, potong daging, masak nasi dan sup tulang, jamuan, solat zohor, tazkirah Korban, soal-jawab rawatan dan agihan daging korban.
Sesiapa yang ingin menyertai korban sebagai peserta satu bahagian adalah RM390.00. Sila sms 017-3646461 dengan kadar yang segera.
3. Umrah 2013
Saya bercadang untuk mengerjakan umrah pada bulan Jun tahun depan. Sesiapa yang nak turut serta silalah mula menabung sekarang dengan kadar RM5,000.00 seorang (tidak termasuk urusan passport)
4. Kongres Perubatan Islam (KOPI)
Gabungan Perawat Islam Malaysia (Gapima) akan menganjurkan kongres di atas pada bulan Disember ini. Mana-mana ahli berminat sila layari facebook akrine dan memberikan nama kepada sdra Hairuzi untuk penyelarasan.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment