ISLAM mengakui kewujudan sihir, jin dan syaitan.Tiada sesiapa boleh menafikan kewujudannya kerana ia adalah sebahagian dari kepercayaan , aqidah dan tauhid bagi seorang muslim.
Perlu diketahui , dalam al-Qur'an disebutkan:
1. Perkataan "aljin" sebanyak 22 kali,
2. Perkataan "aljan" sebanyak 7 kali,
3. Perkataan "Assyaithan" sebanyak 68 kali,
4. Perkataan "assyayathin" sebanyak 17 kali.
Al-Qur'an juga banyak menceritakan tentang kewujudan sihir iatu dalam surah-surah berikut:Al-Baqarah: (102), Al-Ma'idah: (110), Al-An'aam: (7), Al-A'raf: (109, 112, 113, 116, 120 dan 132), Yunus: (2, 76, 77, 79, 80 dan 81), Hud: (7), Al-Hijr: (15), Al-Isra': (47 dan 101), Taha: (57,58,63, 66, 70, 71 dan 73), Al-Anbiya: (3), Al-Mukminun: (89), Al-Furqan: (8), Asy-Syu'ara: (34, 35, 37, 38, 40, 41, 46, 49, 153 dan 186), An-Naml: (13), Al-Qasas: (36 dan 48), Saba' : (43), As-Saffat: (15), As-Sad: (4), Ghafir: (24), Az-Zukhruf: (30 dan 49), Al-Ahqaf: (7), Az-Zariyat: (39 dan 52), At-Thur: (15), Al-Qamar: (2). As-Saf: (6) dan Al-Muddathir: (23).
Berikut dibentangkan beberapa kisah dari hadith-hadith nabi, riwayat-riwayat para sahabat dan orang-orang yang soleh mengenai pengalaman mereka berhadapan dengan sihir atau syaitan.
Daripada Aisyah r.a katanya, seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang bernama 'Lubaid bin Al-A'sam telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga baginda Rasulullah khayal seakan-akan baginda sedang berbuat sesuatu yang baginda sebenarnya baginda tidak melakukannya. Sehinggalah pada suatu hari atau pada suatu malam dan baginda bersamaku tetapi baginda (asyik) berdoa dan terus berdoa, kemudian baginda bersabda,"Wahai Aisyah, adakah anda tahu bahawasanya Allah telah memberitahuku tentang perkara yang telah aku pohon keterangan daripadaNya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki, seorang duduk di sisi kepala dan seorang lagi di sisi kakiku. Seorang bertanya kepada rakannya, " Apakah penyakit lelaki ini?. Jawabnya "la disihir." Tanyanya lagi, "Siapa yang telah menyihirnya.? "Jawabnya." Lubaid bin Al A'sam." Tanya,"Pada benda apa,? "Pada rambut dan janggut yang gugur ketika disikat dan selaput mayang kurma jantan. "Ditanya lagi di mana ia? "Jawabnya di perigi Zirwan."
Maka Rasulullah bersama-sama dengan sekelompok para sahabat baginda pergi ke perigi tersebut.kemudian baginda pulang lalu bersabda." Wahai Aisyah, airnya seolah-olah serperti air inai, kepala-kepala kurmanya seperti kepala-kepala syaitan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Aisyah r.a, bahawasanya nabi sedang bersembahyang lalu datang syaitan kepada baginda, baginda pun menangkap syaitan itu, melawan dan mencekiknya. kemudian lidahnya pada tanganku." (Riwayat Nasa'i dengan isnadnya atas syarat Bukhari)
Daripada Jabir bin Abdullah katanya, kami telah keluar bersama Rasulullah dalam peperangan Ar-Riqa' sehingga apabila kami berada di Harrah Waqim, datang seorang wanita badawi dengan anak lelakinya kepada Rasulullah ia berkata "Wahai Rasulullah, ini anak lelakiku, sesungguhnya syaitan telah menewaskanku dalam urusannya." Sabda baginda, "Bawa ia kepadaku." Lalu wanita itu mendekatkannya kepada baginda .Perintah baginda lagi, "Bukakan mulutnya." Mulutnya dibuka lalu Rasulullah meludah dalam mulutnya. kemudian baginda bersabda."Keluarlah dengan hina wahai musuh Allah , aku ini rasul Allah" Baginda bersabda sedemikian sebanyak 3 kali. Setelah itu baginda bersabda lagi, "Sekarang ialah urusanmu dengan anakmu, dia tidak apa-apa lagi dan perkara yang menimpanya tidak akan berulang lagi."(Kata Ibnu HajarAl Haithami dalam Majma Az Zawaid. " la diriwayatkan oleh At Tabrani dalam kitab Al Awasat dan oleh Al Bazzar secara ringkas. )
Daripada Abu Darda', r.a katanya, Rasulullah mendirikan solat lalu kami mendengar baginda bersabda "Aku berlindung dengan Allah daripada engkau "Kemudian baginda bersabda pula,"Aku melaknat kau dengan laknat Allah" dan baginda menghulurkan tangan baginda sebanyak tiga kali seolah -olah mahu mengambil sesuatu. setelah selesai solat kami bertanya," Wahai Rasulullah! Kami mendengarmu mengucapkan sesuatu di dalam solat yang sebelum ini kami belum pernah mendengarnya dan kami melihatmu menghulurkan tanganmu." Jawab baginda, "Musuh Allah iaitu Iblis datang dengan seobor api untuk dicampakkan pada mukaku lalu aku pun berkata , "Aku berlindung dengan Allah" sebanyak tiga kali, kemudiaan aku berkata lagi "Aku melaknatmu dengan laknat Allah yang maha sempurna" sebanyak tiga kali tetapi ia masih tidak berundur, aku ingin menangkapnya tetapi demi Allah, kalaulah tidak kerana doa saudara kita, Nabi Sulaiman nescaya ia akan diikat (olehku) untuk dijadikan mainan anak-anak penduduk Madinah ini."(Riway at Muslim).
Yang dimaksudkan dengan doa nabi Sulaiman di atas ialah, "Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku kerajaan yang sayugianya tidak dimiliki oleh sesiapa pun selepasku (sepertinya)."
Daripada Ata' bin Abi Rabah katanya, Ibnu Abas bertanya (kepadaku), "Mahukah dikau jika aku tunjukkan kepadamu seorang perempuan dari ahli syuarga?" Jawabku tentu sekali!" Katanya,"Perempuan hitam ini telah datang kepada nabi dan ia berkata,"Sesungguhnya aku terkena sawan dan aku tersingkap, berdoalah kepada Allah untuk aku." Jawab baginda, "Kalau kamu mahu, kamu bersabarlah dan untuk kamu syurga atau jika kamu mahu, aku berdoa kepada Allah agar dia menyihatkan kamu." Jawabnya,"Aku mahu bersabar." Kemudian katanya lagi, "Tapi kainku tersingkap, berdoalah kepada Allah untuk aku agar aku tidak tersingkap lagi." Baginda pun mendoakannya (agar ia tidak tersingkap lagi (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut ulama, yang dimaksudkan dengan tersingkap disini ialah auratnya terbuka ketika diserang sawan.
Daripada Usman bin Abi Ash katanya “Rasulullah telah menugaskanku di Taif. Kemudian sesuatu terjadi ke atas diriku dimana ada sesuatu yang datang menggangu ketika aku sedang bersolat sehingga aku tidak mengetahui apa yang ku lakukan dalam solatku. Melihatkan keadaan begini, aku pergi berjumpa Rasulullah. Baginda bertanya, "Ini Ibnu Al-Ashkah? "Jawabku, "Ya, wahai Rasulullah!" Tanya baginda lagi, "Apa yang menyebabkan engkau datang ke mari? "Jawabku,"Wahai Rasulullah! ada sesuatu yang datang menggangguku dalam solat-solatku sehingga aku tidak tahu apa yang ku lakukan di dalam solat". Sabda baginda, "Itu syaitan. hampirilah kepadaku! "Lalu aku pun mendekati baginda dan duduk di atas kakiku. Baginda memukul dadaku dengan tangan baginda dan meludah ke dalam mulutku.Kata baginda "Keluarlah wahai musuh Allah” Baginda berbuat sedemikian sebanyak tiga kali. Kemudian baginda bersabda "Sekarang apa yang patut kamu buat ialah menjalankan urusanmu". Kata Usman pula "Demi sesungguhnya, aku merasakan yang dia tidak menggangguku lagi selepas hari itu”.
Daripada Matar bin Abdul Rahman Al A'naq katanya telah bercerita kepadaku Ummu Abban binti Al Wazi bin Az Zari ' Amir Al'Abdi daripada bapanya , bahawa datuknya Az Zari telah pergi kepada Rasulullah dengan anak lelakinya atau anak saudara perempuannya yang telah gila. kata datuknya, ketika kami datang kepada baginda di Madinah, aku bertanya "Wahai Rasulullah! sesungguhnya bersamaku ini ialah anak lelakiku atau anak lelaki saudara perempuanku yang telah gila. Aku datang membawanya kepada tuan, agar tuan berdoa kepada Allah Azza Wa Jallah untuknya." Sabda Rasulullah, "Bawa dia kepadaku!" Aku pun pergi mengambilnya yang ketika itu sedang bersama-sama dengan para penunggang yang lain. Aku bebaskannya dan aku menanggalkan baju permusafirannya. Kemudian aku menyarung padanya dua helai pakaian yang cantik. aku pegang tangannya dan membawanya kepada Rasulullah. Rasulullah bersabda, " Dekatkan dia kepadaku dan jadikan belakangnya setentang denganku". Baginda memegang hujung sebelah atas dan bawah baju baginda lalu memukul belakangnya sehingga terlihat olehku akan keputihan kedua-dua belah ketiak baginda. Baginda bersabda "keluarlah Wahai Musuh Allah! Keluarlah wahai Musuh Allah !" lalu anaknya memandang sepertimana orang sihat memandang dan bukannya seperti pandangannya yang terdahulu. Rasulullah mendudukannya di hadapan baginda lalu baginda mendoakan untuknya dan baginda menyapu wajah si anak itu. Semenjak dari doa Rasulullah itu, tiada seorang pun dari kalangan ahli rombongan tersebut yang datang menandingi kelebihannya.
Ibnu Abi Ad-Dunya mengeluarkan dari Abdul Rahman bin Abu Laila bahawasnya seorang lelaki keluar mengerjakan solat Isyak kemudian ia hilang. Isterinya pun pergi berjumpa Umar bin Al Khatab menceritakan hal tersebut. Umar menyuruhnya menunggu sehingga 4 tahun. Dia menunggu (sehingga genap 4 tahun. Setelah itu Umar memerintahkannya supaya berkahwin lagi. Kemudian suaminya yang pertama muncul semula. Mereka pun mengadu kepada Umar. Kata beliau, "Seorang diantara kamu boleh hilang tanpa diketahui oleh ahli keluarganya yang masih hidup." Jawabnya, "Aku ada alasan." Tanya beliau lagi, "Apa alasanmu?" Jawabnya, "Semasa aku keluar untuk solat Isyak aku telah diculik oleh jin. Aku tinggal bersama dengan mereka dam tempoh yang lama. Pada suatu hari jin-jin mukmin memerangi mereka dan jin-jin mukmin ini menang, Mereka mendapati ramai tawanan dan aku adalah salah seorang di antara mereka. Mereka (jin-jin mukmin] bertanya kepadaku "Apakah agamamu? aku menjawab, "Muslim!” Mereka berkata," Kamu seagama dengan kami, oleh itu tidak halal bagi kami untuk menawanmu". Mereka memberi pilihan kepada aku sama ada mahu terus tinggal bersama mereka ataupun mahu pulang. Aku memilih untuk pulang. Mereka pun mempertemukan aku dengan sekumpulan manusia yang sedang berborak-borak dan aku melihat api (jin-jin) itu diikuti oleh angin yang kencang. Umar bertanya "Apakah makanan kamu ?" Jawabnya, "Setiap yang tidak disebutkan nama Allah padanya" Tanya Umar lagi," Apakah minuman kamu?" Jawabnya, "Setiap minuman yang tidak ditutup". Kemudian Umar memberinya dua pilihan iatu isterinya atau talak. (Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Sunan).
Kata Al Qadi Abu Al Hussen bin Al Qadi Abu Y’la bin Al Farra’ Al Hambali dalam kitab Tabaqat Ashab Al Imam Ahmad, "Aku telah mendengar Ahmad bin Ubaidullah berkata, aku mendengar Abu Al Husein Ai bin Ahmad bin Ali Al’ Akbari yang datang kepada kami dari 'Akbari pada bulan Zulkaedah tahun 352H berkata, telah bercerita kepadaku oleh ayahku daripada datuk Katanya, "Aku berada dalam masjid Abu Abdillah Ahmad bin Hambal, Al Mutkamukil mengutuskan berita kepada Ahmad melalui sahabatnya untuk memberitahu bahawa seorang budak perempuan (Al Mutkamukil) telah terkena sawan dan ia meminta Ahmad agar memohon kesembuhan daripada Allah untuknya, Ahmad pun mengeluarkan sepasang terompah kayu wuduk yang mana talinya diperbuat daripada sabut dan diberikan pada sahabatnya itu. Kata Ahmad kepadanya, "Kamu pergi ke rumah Amirul Mukminin ( Mutkamukil) dan kamu duduklah di sisi kepala perempuan itu. Katakan padanya yakni jin, “ Ahmad bertanya kepada kau, mana satukah yang kau lebih suka, keluar dari budak perempuan ini atau dipukul dengan terompah ini sebanyak 70 kali ! "
Kemudian ia pun pergi dan berbuat sepertimana yang telah dipesan oleh Imam Ahmad. Lalu kata jin itu melalui lidah perempuan ini, "Aku dengar dan aku taat. Kalaulah Ahmad memerintah kami supaya kami pindah dari Iraq nescaya kami tidak tinggal di dalamnya. Dia taatkan Allah dan sesiapa yang mentaati Allah nescaya ia akan ditaati oleh segala sesuatu" Kemudian jin itu pun keluar dari budak perempuan tersebut. Perempuan itu pun pulih semula dan kurniakan dengan beberapa orang anak selepas itu. Setelah Imam Ahmad wafat, jin itu datang semula merasuk perempuan tersebut. Al Mutkamukil pun mengutuskan berita kepada sahabat Ahmad iaitu Abu Bakar Al Marwazi untuk memberitahu hal tersebut. Al Marwazi mengambil terompah tersebut dan pergi kepada wanita tersebut. Berkata Ifrit itu melalui lidah wanita ini, "Aku tidak akan keluar daripada wanita ini, aku tidak mahu mentaati engkau dan tidak akan menerima sebarang arahan daripada engkau. Ahmad bin Hambal seorang yang mentaati Allah, jadi kami mentaainya."
Kata Ibnu Qayyim anak murid kepada syeikul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Al-Tibb An-Nabawi. "Aku telah menyaksikan syeikh kami mengutuskan orang kepada pesakit sawan untuk berbicara dengan jin yang ada padanya. Utusan itu berkata kepada jin, "Syeikh berkata pada kau, keluar! kerana ini tidak halal untuk kau." Lalu pesakit sawan itu pun sedar kembali. Seringkali juga beliau bercakap sendiri dengan jin. Kadang-kadang jin itu degil. Lantas dikeluarkan oleh beliau dengan pukulan-pukulan. Apabila pesakit tersedar semula tidak pula dia berasa sakit. Sesungguhnya kami dengan orang-orang lain, acapkali menyaksikan beliau membaca ayat al-Qur'an pada telinga orang yang terkena sawan.
Beliau telah bercerita kepadaku bahawa beliau telah membaca ayat ini (Al-mukminun-115) pada telinga seorang pesakit sawan lalu si jin itu berkata " Ya!" sambil memanjangkan suaranya. Kata beliau lagi " Aku pun mengambil tongkat dan memukul urat-urat lehernya sehingga lenguh tanganku memukulnya. Orang-orang yang hadir yakin yang dia akan mati akibat pukulan tersebut. semasa aku memukul, jin itu berkata “Aku mencintainya ." Aku katakan padanya," Dia tidak sukakan engkau." Kata jin, "Aku mahu pergi mengerjakan haji bersamanya ." Kataku pula "Dia tidak mahu pergi menunaikan haji bersama engkau." Kata jin itu lagi “Aku akan tinggalkan dia kerana kemuliaan kau." Aku menjawab, "Tidak! Tetapi lantaran taatkan Allah dan RasulNya. Kata jin itu "Aku akan keluar daripadanya." kata beliau lagi, pesakit sawan itu pun duduk sambil memandang ke kanan dan ke kiri. Dia bertanya, "Kenapa aku dibawa kepada syeikh?" Mereka para hadirin bertanyakan kepadanya "Bagaimana dengan pukulan-pukulan itu?" la menjawab," Kenapa pula aku dipukul oleh syeikh sedangkan aku tidak bersalah? "la tidak menyedari sama sekali yang sebenarnya ia tidak dipukul.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment