Saya berharap blog saya akan dibaca oleh generasi mendatang termasuk cucu-cicit saya sendiri. Mudah2an mereka mendapat manafaat melalui perjalanan saya sebagai penuntut/perawat Islam secara syifa dan ruqyah.
Selain kes Zaiton saya juga merawat kes2 lain antaranya;
Kes seorang anak tunggal yang nakal dari Putrajaya. Saya amat perihatin kerana saya juga seorang ayah. Ibunya telah melakukan pelbagai ikhtiar, tetapi anaknya tidak juga berubah. Bila berjumpa saya, saya scan dan mendapati gelombang yang banyak pada bahagian kaki. Selepas rawatan pertama dia berubah tetapi tidak lama...Saya rawat lagi, dia berubah tetapi tidak lama cuma bertahan 2 minggu sahaja...then ibu-bapanya sekali lagi berjumpa saya...saya consult anaknya dan ternyata ada dua faktor yang menyebabkan dia sukar berubah. Pertama kerana pengaruh kawan dan kedua kerana ibunya selalu membebel... baginya apa saja yang dikatakan oleh ibunya lebih merupakan kata2 berulang yang sudah basi. Saya minta ibunya ubah approach... Memang diperingkat awal anak ini ada gangguan, tetapi anak manja ini tidak pernah merasa susah dan tak mengerti erti kepayahan... inilah yang berlaku kepada generasi sekarang.
Kes kedua seorang isteri yang tidak dapat bersama suaminya selama 4 tahun... berubat ke sana kemari tetapi belum diberi kesembuhan. Saya dapat rasakan penderitaan dan kesabaran mereka. Bila datang untuk rawatan dia datang dengan kawannya Puan Sri, katanya suaminya mengizinkan dan tak ikut serta kerana sudah biasa di rawat begini... saya rasa suaminya seorang yang sabar tetapi tidak menaruh harapan kepada rawatan saya. Saya ruqyah tetapi tidak ada apa2 petunjuk gangguan. Saya suruh dia berzikir dan lakukan mandian dengan minyak pati bunga saya selama 7 hari. Kemudian dia datang lagi, kali ini bersama suaminya dan apabila diruqyah dia merasa amat sakit terutamanya di bahagian pinggang. Saya baca pada tapak tangan saya ayat petunjuk dan suruh dia lihat tapak tangan saya. Dia nampak dengan jelas wajah seseorang pada tapak tangan saya. Saya kata jangan beritahu orang lain siapa yang dia nampak tetapi berhati2 bila berjumpa orang berkenaan. Saya suruh dia meneruskan zikir dan mandian. 3 hari kemudian dia telefon saya mengatakan dia sudah sembuh dan sudah boleh bersama suaminya...saya kata puan tak perlu berjumpa saya tetapi dekatkanlah dengan ALLAH SWT.
Kes ketiga melibat seorang wanita bermadu. Suaminya sudah berbulan tidak balik ke rumah. Apabila suaminya balik dia rimas, panas dan tidak mahu disentuh...dia juga datang bersama Puan Sri suami-isteri. Saya ruqyah dan dia amat sakit di bahu dan pinggang. Saya minta dia mengamalkan zikir dan mandian minyak saya. Selepas beberapa hari dia telefon saya mengatakan dia amat sakit bila melakukan mandian, hari berikutnya dia sakit, rebah selepas mandi. Saya minta supaya memberhentikan mandian dan datang berjumpa saya semula. Kali ini saya fokus membaca ayat 102 surah Al-Baqarah sebanyak 7kali. Selesai membaca saya dapati dia menggenggam erat kedua tangannya... lama baru saya tahu rupanya dia sudah dirasuk dan tak sedar diri. Saya baca ayat sembelih kerana dia tak mahu bercakap walau sepatahpun. Dia tumbang tetapi genggaman tidak terlepas, saya tahu jin itu tidak mati... saya sedarkan dia. Dia sedar tetapi hanya untuk beberapa minit, then dirasuk semula...saya sembelih lagi dengan kaedah sembelih ramai2... dia tetap tak sedar. Saya ambil lada hitam dan garam dan kenakan pada badannya... dia melarikan diri dari saya, saya ikat dengan ayat kursi tangan dan kakinya dia meronta minta dilepaskan. Saya ambil serban dan tarik jin2 itu keluar...kini barulah dia menangis dan sedar. Saya suruh bawa balik secepat mungkin kerana potensi tak sedar masih ada. Malam itu dia tidur di rumah puan Sri dan suaminya telah menelefon dan mengizinkan dia tidur di sana. saya diberitahu dia pengsan selama satu hari. Hari berikutnya dia datang bersama suaminya. Bila diruqyah perkara yang sama berlaku, dia tak mahu bercakap. Apabila saya tarik dengan kain serban dia menangis dan memberitahu dia sedang dibelasah seluruh badan. Saya pukul dengan serban berkenaan dan minta dia pegang buah limau purut. Suaminya cuba menyentuhnya, dia menolak dan mengatakan sakit bila disentuh. saya ruqyah suaminya dan tepuk tangannya. kali ini suaminya sudah boleh menyentuhnya. Dia beritahu saya semasa pengsan di rumah Puan Sri dia bermimpi sesat di suatu tempat, di kelilingi ramai makhluk halus dan kakinya terbenam di lumpur. Saya datang dalam mimpinya dan cuba membantu kemudian saya hilang... ini satu lagi kes saya datang dalam mimpi... waduh. Rawatan masih diteruskan...doakan kesembuhan wanita ini.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment