Setibanya di rumah dari Kuantan seorang lelaki sudah tercegat di depan rumah saya dan kelihatan amat resah. Hati saya berkata "alamak, ada kes lagi... aku letihni", Isteri saya kata orangni tak ada temujanji, nasib baik kita dah sampai ke rumah!
Lelaki berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai En. Abu dari S College yang terletak di Kota Damansara....penghuni asrama pelajar perempuan di serang hesteria dari tengahari tadi katanya, dah 10 pelajar yang tak dapat ditenteramkan. Saya minta mereka dibawa ke tempat saya kerana saya letih dan lebih mudah merawat kes hesteria jika mereka diasingkan dari asrama mereka. En. Abu menghubungi HEP kolej dan berjanji akan datang semula... saya ambil kesempatan untuk tidur kerana terasa amat letih.
Jam 6ptg mereka datang semula, saya minta mereka masuk ke bilik rawatan seorang demi seorang. Dalam banyak2 pelajar ada dua pelajar yang sukar saya pulihkan... dipancungpun tak mati...bila sedar saya scan semula ternyata dia masih berada di badan pelajar berkenaan. Pada pelajar ini ada jin bernama Syasa, mengikut kata warden asrama berkenaan. Mengikut warden berkenaan Syasya ketawa sahaja bila dibacakan ayat kursi semasa di asrama. Saya rawat, sedarkan dan minta dia masuk ke rumah saya.
Kemudian saya rawat pelajar yang diganggu oleh jin bernama Atika (mengikut warden perempuan). Warden ini juga memberitahu saya bahawa Atika bergaduh dengan Syasya...mereka tak boleh bertemu. Saya tanya Atika kenapa ganggu pelajar ini, dia kata dia cuma ajak kawan2 dia balik tapi kawan2nya degil...jadi diapun joint sekali. Saya suruh dia keluar, kalau tidak saya pancung. Dia degil maka sayapun pancung dia dengan izin ALLAH...
Selepas solat maghrib di surau saya dimaklomkan pelajar yang diganggu Syasya tidak menyelesaikan solat maghribnya... dia membuka telekungnya semula. Kali ini saya tikam perutnya kerana dia terlalu aggresif, akhirnya kami beri dia minum minyak serbaguna beberapa titik, barulah dia setuju untuk keluar...
Saya tanya dia beragama apa,dia kata dia dah murtad. Dari gerak-gerinya saya jangkakan jin ini sudah tua... dia mengelatar dan mulutnya senget. Saya minta dia mendengar ayat2 yang menceritakan perihal neraka dan syurga....bila dibaca ayat neraka dia berkerut dan menahan kesakitan. Bila dibaca ayat syurga dia tersenyum. Saya kata inilah sebenarnya kenapa ALLAH tak izinkan saya pancung dia, ALLAH mahu memberi hidayah kepadanya. Akhirnya dia memperbaharui syahadahnya semula...
Saya tanya Syasya kenapa ganggu pelajar kolej? Dia kata dia dan keluarganya telah lama tinggal di rumah berkenaan sebelum pelajar2 ini menghuni rumah berkenaan. Saya minta mereka pindah kerana rumah itu rumah manusia dan mereka tak berhak tinggal disitu. Dia bersetuju untuk pindah.
Saya dapati kebanyakan pelajar ini tidak menutup aurat dengan sempurna, mengikut etika rawatan mereka tidak boleh saya rawat, tetapi oleh kerana kes kecemasan saya lakukan juga. harapan saya mereka menjadi muslimah yang sejati serta mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment