Sebelum ini saya telah kemukakan pendapat Ibnu Taimiyah berkenaan hubungan manusia dengan jin. Ia disimpulkan kepada keharusan dalam perkara-perkara yang memberi kebaikan dan larangan keras bagi tujuan-tujuan syirik, fasad dan mungkar.
Mengulas pendapat Ibnu Taimiyah ini Abi Al-Mundzir Khaliil menjurus kepada penggunaan jin untuk perubatan, beliau berkata:
Sebahagian perukyat telah salah faham mengenai kenyataan Ibnu Taimiyah dengan memasukan "diharuskan" syara' dalam mempergunakan jin; sedangkan Ibnu Taimiyah tidaklah mengharuskan mereka untuk berbuat demikian;
Sebab sudah terbukti bahawa jin termasuk "alam ghaib" mereka melihat kita tetapi kita tidak melihat mereka (kita mudah ditipunya), keseluruhannya mereka berdusta, melampau, zalim dan menganiaya, tidak diketahui kelemahannya sebab kita tidak mengetahuinya,
maka apakah yang menjadi ukuran yang dapat kita hukumkan bahawa jin ini adalah jin Islam, jin ini munafiq atau kafir, soleh atau toleh?
Oleh itu urusan meminta pertolongan jin dari segi perubatan atau berubat adalah "TIDAK HARUS". Ini disebabkan perkara-perkara berikut:
1. RasuluLLAH SAW meruqyah dan diruqyahkan. Beliau SAW menyuruh para sahabat meruqyah dengan kata lain meruqyah adalah sunnah. Seandainya meminta pertolongan jin Islam itu baik, tentulah Allah membenarkan RasuluLLAH dan para sahabat berubat secara ini, maka tiadalah kami dapati dalam kitab-kitab sunnah tentang adanya sahabat meminta pertolongan jin.
2. Meminta pertolongan jin Islam menyebabkan hati perawat bergantung kepada jin ini, dan merupakan suatu pintu kepada perbuatan berkhadam kepada jin Islam dan jin kafir. Di sana terjadi suatu wasilah yang mensyirikan terhadap ALLAH, maka lubang syirik ini mestilah ditutup terus.
3. Perawat mestilah tidak menyamai situkang sihir, jelaskanlah yang anda adalah penjampi dengan Al-Quran sedangkan penyihir meminta pertolongan jin. Jika peruqyah juga meminta pertolongan jin maka berlakulah kesamaran. Akhirnya kerja-kerja penyihiran akan berkembang dan pesakit tidak dapat membezakan antara perawat Islam dengan tukang sihir.
4. Unsur kejadian jin adalah api, tabiat jin adalah tabiat api iaitu membuat zalim, bermusuh dan mudah berubah sikap (mula-mula jadi kawan dan kemudian menjadi lawan)
Maka bagi sesiapa yang ingin selamat dalam kerja-kerja merawat, ikutlah Nabi SAW dan para sahabat beliau. Ibnu Taimiyah sendiri tidak menggunakan jin dalam rawatannya. Hentikanlah pergantungan kepada selain ALLAH... jika ada jin yang nak melakukan amal soleh biarlah jin berkenaan bekerja sendirian, kita cara kita mereka cara mereka... siapa yang ikhlas akan mendapat ganjaran yang baik dari ALLAH. Yang utama jangan tertipu dengan JIN dan MANUSIA.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment