Hari ini dan kelmarin kecoh berkenaan seorang ibu yang hospitalized akibat kena sebat oleh seorang bomoh di Sg. Buloh.
Wanita ini tak tahan disebat sehingga lebih 200 kali oleh bomoh berkenaan. Bomoh ini meminta wanita malang ini datang lagi bersama ibu-bapanya kerana masalah jin saka padanya adalah kesenimbungan dari orang tua mereka. Maknanya orang tua wanita ini bakal disebat pula.
Akhbar berkenaan lebih mengganas dengan menyiarkan kenyataan seorang perawat yang mewakili sebuah pusat rawatan terkemuka dengan mengatakan tidak ada rawatan secara sebatan rotan. Perawat berkenaan lebih berani mengatakan bahawa rawatan secara ini adalah syirik!
Persoalan saya yang aula kenapa akhbar berkenaan tidak pergi berjumpa bomoh berkenaan dan mendapatkan kepastian? Saya melihat ada unsur tidak jujur pada wartawan berkenaan.
Betulkah tiada rawatan secara sebatan rotan?
Sebatan termasuk dalam kaedah pukulan, tidak kira menggunakan daun nangka (dalam kes santau), kayu nona (Al-Manarah), tongkat (Ibnu Taimiyah), serban (RasuluLLAH SAW), tepuk dengan tapak tangan (Nabi SAW, Al-Bali) dll yang motifnya sama iaitu untuk menggasak jin2 supaya keluar dari badan pesakit.
Secara umum teknik pukulan bukanlah perkara baru dan saya tak jumpa adanya unsur syirik pada kaedah ini.
Ibnu Taimiyah pernah memukul seorang pesakit di bahagian lehernya sehingga orang-orang memerhati gelisah kerana kuatnya pukulan berkenaan. Pesakit ini setelah sedar menafikan yang dia telah dirotan oleh Ibnu Taimiyah kerana baginya takkan tergamak Tuan Guru yang mulia membelasahnya dan dia sendiri dalam keadaan tidak sedar.
Ada juga kes perawat muda yang memukul wanita sampai akhirnya wanita berkenaan yang dikatakan kerasukan meninggal dunia. Perawat ini menjangkakan wanita ini kerasukan dan mungkin ingin meniru gaya Ibnu Taimiyah?
Sheikh AbduSSalam ada menyarankan memukul bahagian tertentu sebanyak lebih 300 kali dengan bacaan tertentu.
Jelas tindakan merotan bukanlah boleh dikategorikan sebagai syirik.
Isunya bila kita perlu merotan? Perlukah kaedah merotan ini diijazahkan terlebih dahulu?
Saya pernah berdialog dengan jin yang berkunjung ke tempat saya. Saya tanya bagaimana dengan kaedah sebatan yang dilakukan oleh sebahagian perawat. Katanya dia dapati jin keluar sebelum pesakit dirotan, bila dia balik, jin masuk semula.
Kata-kata jin ini tidak boleh dipercayai 100% tetapi ada logiknya, hanya jin sihir sahaja yang mahu dirotan kerana kesetiaannya tetapi tidak bagi jin saka atau jin asyik.
Saya mencadangkan agar perawat mempastikan benar-benar batang tubuh pesakit ada didiami oleh jin. Rukyahlah dahulu sehingga anda benar-benar pasti ada makhluk berkenaan.
Aktiviti memukul hanyalah untuk mengeluarkan bukannya rawatan keseluruhan.
Walau apapun akhbar berkenaan mungkin berniat jahat... tujuannya lebih dipengaruhi bisikan jin/syaitan supaya perawat berkenaan menutup pusat perubatannya. Ini memberi kemenangan kepada musuh-musuh perubatan Islam, lebih-lebih lagi bila ada perawat pula yang mengatakan amalan ini adalah syirik. Saya berharap kenyataan berkenaan adalah kenyataan individu yang bukan dari pertubuhan berkenaan. Ini kerana pertubuhan berkenaan juga merawat menggunakan tepuk daun nangka yang tidak ada nas atau hadisnya.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment