Jika anda diganggu oleh jin atau anda ditimpa oleh serangan-serangan sihir, anda janganlah sekali-kali pergi berjumpa kepada bomoh, dukun, pawang, dan sesiapa sahaja yang menggunakan amalan sihir dan amalan syirik untuk mengubati penyakit anda.
Sesungguhnya iman anda lebih berharga dari segala- segalanya. Syarak ada menyatakan pengharaman penggunaan perubatan seperti ini bagi menyembuhkan segala penyakit yang disebabkan oleh syaitan.
Berubatlah menurut garis panduan yang telah diajar oleh RasuluLLAH SAW dan anda berjumpalah dengan orang-orang yang saleh lagi bertakwa yang mahir di dalam bidang perubatan rohani ini. Islam melarang umatnya mendatangi ahli-ahli syirik untuk berubat.
Dalil - Dalilnya.
"Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal (kahin) dan membenarkan apa yang dikatakan olehnya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang di turunkan ( oleh Allah) kepada Muhammad" (hadith ini di riwayatkan oleh Abu daud)
Syeikh Abdul Rahman berkata, Al Kahin ialah orang yang mengkhabarkan perkara-perkara ghaib yang kononnya akan berlaku pada masa akan datang. Menurut pendapat lain, ia adalah orang yang dapat menceritakan isihati seseorang.
"Bukanlah daripada golongan kami orang yang menilik nasib atau ditilik nasib untuknya atau meramal atau diramalkan untuknya atau melakukan sihir atau dilakukan sihir untuk kepentingannya. Barangsiapa yang mendatangi kahin lalu membenarkan apa yang yang diperkatakan olehnya maka sesungguhnya ia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad" (Riwayat Al Bazzar dengan isnad yang baik).
" Sesiapa yang mendatangi Arraf atau tukang sihir atau kahin dan bertanya sesuatu kepadanya lalu membenarkan apa yang diperkatakan olehnya, maka sesungguhnya ia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad”. (Riwayat Al Bazzar).
Daripada Abu Musa Al-Asyaari r.a, bahawasanya RasuluLLAH SAW telah bersabda,
“Tidak masuk syurga orang yang ketagih arak, yang percaya kepada sihir dan yang memutuskan tali persahabatan.” (Riwayat Ibnu ).
"Barangsaipa yang datang kepada tukang tenung lalu bertanya sesuatu daripadanya, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari" ( Riwayat Muslim)
Menurut syeikh Abdil Rahman Hasan Ali As Syeikh dalam kitab Fatah Al Majid (Arraf) ialah orang yang mendakwa mengetahui sesuatu perkara seperti barang yang di curi, tempat barang yang hilang dan lain-lain dengan mengguna sesuatu sebagai mukadimahnya.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment