Dalam satu kes rawatan saya kepada seorang wanita, tiba-tiba wanita itu menggayakan perawakan tertentu yang membayangkan dia adalah seseorang yang dikenalpasti, katakanlah MAMA.
Saya tanya MAMA (jin) kenapa ganggu wanita berkenaan, diapun ceritalah kemarahan, kedengkian dll MAMA kepada wanita berkenaan.
Selang beberapa hari MAMA datang ke rumah saya dan minta dirawat kerana kesakitan seluruh badan. Selaku perawat saya merawat sesiapa seikhlas mungkin walaupun saya ada kes dengan MAMA berhubung dengan rawatan terhadap wanita di atas. Tidak ada dialog dgn jin pada MAMA saya hanya meruqyah dan menyediakan air syifak untuknya.
Beberapa hari kemudian wanita pertama di atas dirawat dan ternyata jin MAMA datang lagi. Jin demi jin yang saya temubual dari Klang, Sabak Bernam dan Hulu Langat. Ternyata MAMA telah berjumpa ramai perawat untuk meminta bantuan kesembuhan.
MAMA juga saya rasa mengesyakki bahawa sayalah penyihir beliau kerana semasa MAMA datang dirawat dia membawa air.
Biasanya air yang dibawa diberi kepada saya untuk saya bacakan ruqyah, tetapi MAMA suruh saya minum airnya yang "berakali" yang mana air ini diserahkan semasa dia nak balik. ALLAH melindungi saya sekeluarga kerana air ini tidak kami sentuhpun.
Dalam dialog saya dengan jin MAMA saya tanya apakah dia juga berhasrat menyerang saya. Dia kata ya dan air yang dibawa MAMA disediakan oleh seorang bomoh...
Saya juga berdialog dengan jin saka suami MAMA yang menyerang wanita ini kerana marah kerana MAMA diserang.
Apa yang saya ingin maklumkan di sini adalah saya rasa kemungkinan MAMA tak tahu yang dia telah menyerang (menyihir) wanita ini. Dia pergi jumpa bomoh, bomoh kata wanita inilah yang menyebabkannya sakit. Jin-jin bomoh pun serang wanita ini. Jin saka suaminya pun atas nama saka berkhidmat apa saja juga menyerang wanita ini.
Kalau wanita ini tanya MAMA, tentunya MAMA akan terpinga2... kini sakit MAMA makin teruk. Wanita berkenaan mungkin dituduh oleh MAMA sebagai pengupah. Saya pula tentulah dianggap sebagai bomoh sihir, 'auzubiLLAHi min zalik
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment