Ada dikalangan golongan perawat dan individu tertentu menggunakan khidmat jin dalam kerja-kerja merawat dan lain-lain keperluan. Ada yang berpendapat kita sekali-kali tidak boleh mengambil jin sebagai pembantu dengan alasan kita tak pasti apakah jin yang membantu kita benar-benar Islam mukmin atau jin itu hanya memperdaya kita.
Saya nukilkan di bawah ini kata-kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah yang jelas akan maksudnya:
"Barangsiapa dari manusia memerintah kepada jin agar menjalankan ibadah sesuai dengan perintah ALLAH dan RasulNya maka sesungguhnya dia adalah wali ALLAH yang mulia, pengganti Rasul SAW.
Barangsiapa yang menggunakan jin untuk hal-hal yang diperbolehkan baginya, maka dia seumpama menggunakan manusia untuk sesuatu yang diperbolehkan baginya. Orang ini seperti Sulaiman dan Yusuf Alaihis-salam, atau bersama Ibrahim dan Musa, Isa dan Muhammad SAW.
Kemudian barangsiapa menggunakan jin untuk sesuatu yang dilarang oleh ALLAH dan RasulNya, jika menolong kekufuran maka ia menjadi kafir dan jika menolong kemaksiatan maka ia juga menjadi maksiat, fasik atau berdosa.
Jika dia seorang yang tidak berilmu, kemudian meminta tolong kepada jin untuk melakukan sesuatu yang dikira keramat, seperti membawanya mengerjakan haji, maka sesungguhnya ia telah tertipu oleh sikap mereka"
Penjelasan Ibnu Taimiyah ini menyatakan keharusan menggunakan pembantu dari kalangan jin bagi makksud berdakwah dan perkara-perkara yang dibolehkan. Asyaikhul Islam juga mengharamkan penggunaan jin dalam kerja-kerja maksiat seperti sihir, guna-guna dan seumpamanya.
Bilakah kita perlu menggunakan khidmat jin, apakah tidak cukup dengan bantuan ALLAH? Apapun biarlah bantuan itu sepertimana kita meminta pakar selam untuk menyelam kerana kita tak tahu menyelam, kita meminta seseorang menunjukan jalan kerana kita tak nampak jalan (buta) atau tak biasa di tempat berkenaan.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment