Malam tadi seorang pesakit saya datang ke rumah. Tujuan asal bukan untuk dirawat hanya sekadar nak beli tepung kek basah yang diusahakan oleh isteri saya. Tepung ini memang ada ramai peminatnya, sekali beli insyaALLAH nak lagi... bukan ada letak jin pelaris!okay.
Suaminya memberitahu saya bahawa N sudah mengamuk dalam kereta dan tak mahu keluar... anaknya C berlari mendapatkan isteri saya. Saya melihat suami N mengajak keluar sambil mengenakan spray yang saya hulurkan kepadanya. N meronta-ronta lantas membaling pewangi kereta melalui tingkap.
Saya ambil ekor pari dan menghampiri N sambil membaca Al-Baqarah-137, saya baca ayat pengikat ke arah tangannya. "Kalau kau berani lepaskan aku!" desaknya... nampak gaya ikatan saya menjadi, bisik hati saya... taklah saya risau sangat.
Saya berdialog dengannya penuh hikmah, dia menuduh saya dan suaminya yang mempengaruhi "anaknya" untuk menjaga solat dan banyak berzikir. Lama berdialog dimana N dalam kereta dan kami di luar akhirnya saya beri amaran supaya dia keluar, dia berdegil lalu saya sembelih biizniLLAH.
Kemudian N sedar dan kami bawa dia ke bilik rawatan. Mulanya N berbual biasa dan dia tak tahu langsung apa yang berlaku. Baginya dia hanya tertidur dalam kereta sekejap sahaja.
Tidak lama kemudian dia merasai ada benda di tengkuk belakangnya. Saya cuba blok dengan membaca Al-A'am 103 lalu meniup tengkuknya.
"Aku B, ayah sakit... kami nak awak balik". N menjawab mengatakan dia tak akan balik selagi ayah masih ada jin saka dikelilingnya. Kami hanya mendengarkan sahaja perbualan panjang mereka adik-beradik. Kemudian B keluar...
Nampaknya di akhir zaman ini selain menghantar telegram atau sms. jin juga digunakan untuk hantar pesanan panjang.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
4 comments:
emmmm, macam cerite yg sama sekarang....
Saka, saka...bila nak berakhir? mcm mana nak habiskan saka ni?
Semoga kita semua termasuk didalam golongan yang mendapat rahmat dan keredhaan Allah.
Aslm'kum. Betul ke, untuk buang saka abis2, kena bakar semua barang tinggalan arwah? kalau pinggan mangkuk, kena letak cuka & buangkannya? Harap Ustaz dpt bg jawapan... Tq. Firdaus 012-9347236.
Salam,
Kenapa guna ekor pari? Apa tujuan gunakan ekor pari tu?
Post a Comment