Jin bernama Hana sambil tersipu-sipu memberitahu bahawa dia masuk ke tubuh pesakit saya seorang wanita kerana pada tubuh pesakit ini ada jin yang kacak sekacak Nabi Yusuf.
Saya tanya awak pernahkah melihat Nabi Yusuf? Tidak, tetapi jin bernama S memang cantik dan ramai jin2 yang tergila dengannya.
Tidak hairanlah semasa saya merawat wanita ini sebelum ini beberapa tentera Islampun masuk dan tak mahu keluar, bila saya kata nanti saya sembelih, tentera Islam menjawab "syahid!..."
Saya tanya Hana lagi apa yang istemewanya S.
Katanya S adalah jin saka pesakit, dia berasal dari Mekah, dari keturunan waliuLLAH, suaranya sedap dan jin2 suka mendengar dia mengaji. Dia berada dihati wanita berkenaan. Saya minta Hana ke SM dan jika S berminat meminangnya saya akan tanya S tetapi saya tidak berjanji.
Kemudian muncul pula jin bernama Jamilah... juga tergi-gilakan S.
Kemudian saya fokus ke hati pesakit dan muncullah S.
S memang jin yang tenang, dia sudah berkeluarga. Saya beritahu S bahawa kehadirannya sebagai jin saka tidak diperlukan lagi oleh wanita ini. S faham dan ingin kembali ke Mekah. Sayapun menghantarnya biizniLLAH.
Wanita ini menceritakan bahawa dia dari kecil lagi memang menjaga agamanya. Bila dia terlewat atau terlalai melakukan solat umpamanya dia akan terasa amat menyesal. Dia suka mengaji dan amat tidak selesa jika berada dalam keadaan suasana yang non-Islamic.
Jelasnya kehadiran jin baik akan mendorong seseorang menjaga agama tetapi dalam pada yang sama akan berdepan dengan serangan jin2 yang mahu mendampingi jin berkenaan. Biarlah kita dengan hati kita dan memohon hidayah daripadaNYA.
Selamat Hari Raya Korban.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
2 comments:
Assalamualaikum wbt>>
Kalau wali buat apa masuk ke tubuh manusia? tak logik..
Mgkn betul pendapat beberapa para mualij yang agak mutawatir, walau apa alasan jin mereka tetap bersalah jika masuk ke tubuh manusia.
Rujuk surah al isra ayat 70.. Allah memuliakan anak adam..
Wallahualam
Salam din,
S adalah jin saka... maknanya ada kontrek dan dia hanya boleh bebas kontrek bila empunya diri declare tak mahu dgnnya.
alam manusiapun sama, ada manusia yang baik terikat dgn pengabdian sehinggalah ia dibebaskan oleh tuannya.
Post a Comment