Hari ini seorang sahabat usrah saya Sani B. Ahmad, 50 tahun kembali ke rahmatuLLAH. Beliau tidak sedarkan diri di pejabat dan koma selama 4 hari. Doktor mendapati ada darah beku di kepalanya.
Kali terakhir saya bersamanya adalah semasa usrah di rumah Tn. Hj. Saad. Kami membincangkan buku Wabak Disepanjang Perjuangan, karangan Dewan Ulamak Pas Kedah yang dihadiahkan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Ust. Mat Zain semasa saya menjadi AJK Badan Perhubungan PAS Selangor.
Kami bercakap berkenaan "al-Futhur", sifat melengah dan lemah dalam perjuangan.
Saya masih ingat bagaimana beliau begitu bersemangat memberikan pandangan dan menceriakan usrah kami.
Hari ini saya kehilangan ahli usrah, bagi sesiapa yang terdidik dengan usrah akan dapat merasai bagimana ikatan usrah yang dibina atas kesatuan aqidah, fikrah dan cita-cita merasai kehilangan sahabat yang tercinta.
Walaupun hari ini hari kerja, tidak kurang dari 100 orang sahabat seperjuangan menyempurnakan solat jenazah untuknya. Saya beritahu tn. Hj. Saad yang membacakan talkin... sahabat kita pulang menemui ALLAH dalam perjuangan, mudah2an kita juga akan mendapat peluang yang sama, Amin.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment