Melalui Shout Box kita menerima teguran dari seorang pengunjung blog yang menamakan dirinya "Zamri" berkenaan kekesalannya terhadap seorang perawat yang tersenarai dalam blog ini. Dia mengatakan perawat berkenaan tidak lagi mahu merawat temannya yang datang tidak berteman dan akan merawat secara jarak jauh sahaja.
Kita tertanya-tanya siapakah perawat Akrine berkenaan dan apakah kisah sebenar yang menyebabkan dia tidak mahu merawat pesakit itu lagi. Begitu juga apakah teknik rawatan jarak jauh yang dilakukannya.
Kepercayaan tehadap Akrine mula dirasakan dan apakah benar perawat2 Akrine tidak merawat secara teknik yang telah diajar?
Saya melakukan analisa berkenaan rawatan Akrine dan implikasi kepada perawat2 yang mempunyai teknik rawatan tambahan. Bancian juga dijalankan bagi melihat pandangan perawat tentang isu-isu yang berkaitan.
61% tidak bersetuju perawat Akrine dihadkan kepada teknik rawatan Akrine. Lebih 80% bersetuju bahawa teknik Akrine adalah gabungan dari kursus, teknik dan bahan. Begitu juga lebih 80% bersetuju mana-mana perawat yang menggunakan teknik tambahan perlulah dikeluarkan dari perawat Akrine.
Nampak aneh kerana data pertama pengundinya lebih dari undian untuk kedua dan ketiga, seolah-olah ada yang mengundi lebih dari sekali bagi isu pertama. Mungkinkah ada pengundi hantu yang telah mengundi lebih dari sekali? wALLAHu'alam.
Ternyata bancian ini tidak dapat memberi gambaran sebenar kata putus pengundi kerana percanggahan jawapan iaitu 61% tidak bersetuju perawat Akrine dihadkan kepada teknik Akrine dan 80% bersetuju mana-mana perawat Akrine yang menggunakan teknik tambahan dikeluarkan dari perawat Akrine. Macam kes Perak aje...
Saya renung kembali kenapa saya menubuhkan Akrine dan menganjurkan kursus Akrine.
Motto saya "semua orang boleh merawat". Saya juga tidak bersetuju sikap keakuan dan keguruan melampau yang menganggap orang lain salah dan cuma kami saja yang betul. Sikap saya juga ambillah ilmu rawatan dari mana sahaja puncanya.
Oleh yang demikian, saya mengambil kesimpulan dan ketetapan bahawa semua yang telah menerima sedikit ilmu dari Akrine adalah sebagai perawat Akrine. Mana-mana perawat Akrine boleh menimba ilmu dari guru-guru lain dan jika sampai di suatu masa mampu mengendali rawatan dengan gabungan tekniknya tersendiri maka perawat ini tidaklah terhalang dari menubuhkan kumpulannya yang baru. Mungkin juga saya akan berguru dengannya pula. Tentunya saya syukur dan gembira dengan kejayaannya.
Saya akan tetap merawat, melatih dan membimbing semua yang berminat tanpa mengira latar belakang mereka, sekurang-kurangnya pelatih saya mengenali teknik rawatan Akrine, menyebar-luaskan teknik rawatan Islam, merupakan rantaian perawat-perawat yang boleh dipercayai oleh masyarakat dan mampu merawat diri dan keluarga terdekat.
Tetapi sekiranya saya mendapati ada pelatih/perawat Akrine yang jelas menyeleweng maka saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan mereka dari senerai perawat.
Terimakasih kepada semua yang telah sudi memberikan undian.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment