Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Friday, May 22, 2009

Asaari Mendapat Ilmu Ladunni?


Latar Pendidikan Asaari

Asaari sememangnya tidak pernah mendapat pendidikan Islam secara khusus mengikut disiplin yang terperinci dan bertahap. Pengajiannya hanyalah mencecah awal sekolah Melayu Arab di Maahad Hishamuddin Kelang sehingga darjah tujuh. Memandangkan dia mengalami kesukaran hidup dan ketiadaan peluang, Asaari berhenti awal tanpa sempat mengambil peperiksaan 4 Thanawi. Bagaimanapun, tidak dinafikan kesungguhan Asaari untuk belajar tetap ada. Dengan berbekalkan semangat, dia menubuhkan kumpulan pembelajaran bergelar Jemaah Rumah Putih sebelum al-Arqam ditubuhkan. Kumpulan itu seumpama kumpulan usrah yang menjadi medan perbincangan dan perkongsian ilmu antara 12 individu di dalamnya. Asaari mula mendedahkan dirinya kepada karya-karya Imam Ghazali (terjemahan) seperti Ihya’ Ulumuddin dan banyak bertanya kepada guru-guru agama dan ahli usrahnya untuk mengetahui sesuatu perkara. Ketidak upayaan Asaari menguasai bahasa Arab mengakibatkan Asaari hanya mampu membaca buku terjemahan dan tidak mampu membaca sumber ilmu Islam dalam kitab turath dan muktabar. Kecacatan itu telah banyak mempengaruhi sikap Asaari terhadap ilmu dan akhirnya dia enggan menerima pandangan ulama muktabar.

Ketika awal-awal penubuhan al-Arqam, ada beberapa pemimpin kanan al-Arqam bergraduan dari al-Azhar. Mereka inilah yang memberikan ilmu kepada Asaari, bermuzakarah bersama Asaari dan memberikannya ilmu sebelum Asaari memulakan kuliah fardhu ain. Selain itu, para pemimpin kanannya juga ramai yang terpengaruh dengan gerakan Ikhwanul Muslimin dengan banyak membaca buku-buku Hasan al-Banna dan ulama yang seangkatannya. Buku-buku itu banyak dibincangkan di kalangan pemimpin Arqam dan Asaari meminta mereka menerangkan kandungan buku-buku itu kepadanya terutamanya sebelum kuliah bermula. Selepas itu, apabila Asaari selesai menyampaikan kuliahnya, maka Asaari pun berkata, ”ilmu itu, ana dapat direct dari Allah”. Asaari mula tidak menggemari aliran ’Kaum Muda’ dalam Ikhwanul Muslimin. Asaari kemudiannya mengharamkan sebarang buku-buku Ikhwan dibincangkan dalam jemaahnya.

Sehubungan itu, Asaari sebenarnya mengalami inferiority complex yang sangat besar. Inferiority complex Asaari terzahir dalam beberapa bentuk:
a. Menghina para ulama yang muktabar, berautoriti dan berijazah
b. Memperlekeh silibus dan pengajaran di Universiti
c. Memfitnah ulama belajar daripada yahudi dan nasrani di Universiti
d. Memperlekeh kemampuan para ulama dalam menulis buku

Hakikatnya dari segi psikologi, Asaari menzahirkan semua itu kerana dirinya perlu meyakinkan para pengikutnya bahawa dia adalah orang yang sangat hebat; lebih hebat dari ulama dan para ulama semua bodoh, tidak berkualiti dan ilmu mereka tidak boleh diterima. (Asaari lebih suka menggunakan istilah ilmu yang mustakmal).

Sehubungan itu, bagi mengukuhkan lagi image projection dirinya, Asaari telah banyak kali secara sedar mengatakan bahawa dirinya mendapat ilmu direct dari Allah. Asaari mendakwa dirinya tidak perlu belajar seperti ulama lain, tetapi dapat mengetahui sesuatu setelah Allah S.W.T mencampakkan ke dalam hatinya sesuatu ilmu. Kadangkala Asaari mendakwa dia mendapat yaqazah, kadangkala hatif dan kadangkala dia mendakwa mendapat ilmu ladunni dan kadangkala mendapat ilmu secara kasyaf.

Dalam artikel ini, kami akan menghuraikan adakah Asaari mendapat ilmu ladunni sehingga banyak menzahirkan perkara pelik, ajaran songsang dan menyesatkan Aqidah?

Berikut adalah petikan dari buku terbaru Asaari yang bertajuk ’Pendidikan rapat Dengan Rohaniah Manusia’:
…dirinya itu adalah kitab bergerak, dia tak payah baca kitab, kerana dirinya itu adalah kitab, dia memiliki ilmu dunia dan akhirat, memang dia adalah manusia luar biasa, luar biasa pula, ulama sezaman dengannya membencinya, kerana itulah pengikut-pengikutnya adalah golongann sekular bukan pelajar agama, sebahagian pengikutnya-pengikutnya akan jadi ulama instant, tanpa nasnya, orang yang sezaman dengannya akan hairan, orang yang bukan keluaran sekolah agama, jadi ulama di tangannya… ('Dia' itu adalah Asaari: Lihat sajak Gabungan Akal dan Roh yang Tajam [hlm. 63-64] Diberi ilmu tanpa belajar. Yakni diberi ilmu terus jatuh pada hati. ... sedangkan ilmu yang jatuh pada hati, tidak diketahui sumbernya, tidak perlu berfikir, mentelaah dan tanpa berguru. ...Dapat ilmu daripada Allah S.W.T tanpa perantaraan guru, tanpa perantaraan belajar. [para. 3; hlm. 369] Ramai orang-orang soleh dan ulama yang soleh diberi ilmu ladunni. Itulah ilmu yang jatuh kepada hati yang juga dipanggil ilham. [para. 2; hlm. 370] Ilmu ladunni iaitu ilmu yang Allah S.W.T kurniakan pada seseorang yang terus jatuh ke hatinya, tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. [para. 1; hlm. 404] Ilmu ladunni adalah ilmu yang membawa pengertian atau makna yang baru kepada syariat, bukan membawa syariat baru. Ilmu ladunni atau ilmu ilham ialah ilmu yang Allah S.W.T jatuhkan ke dalam hati para wali-Nya, tanpa melalui proses usaha ikhtiar atau hasil mendengar kuliah daripada guru atau hasil berfikir. Ia terjatuh direct ke dalam hati. Yang mana bila disyarahkan atau dihuraikan, ia jadi satu ilmu atau satu huraian yang sangat ilmiah.[para. 2; hlm. 415] Jadi, orang yang dikurniakan ilmu ladunni atau ilmu ilham ini adalah orang yang mendapat khazanah dari lautan ilmu Allah S.W.T. [para. 4; hlm. 416] Kalau menolak ilmu ladunni atau ilmu ilham, tidak menjadi kafir tetapi akan menghilangkan barakah dan tertutup pintu bantuan Allah. [para. 3; hlm. 417] Ilmu ladunni... Allah pusakakan melalui tiga cara;
i. Ilmu itu Allah jatuhkan terus ke dalam hati.
ii. Adakalanya Allah tayangkan ilmu itu yang boleh dilihat seolah-olah skrin tv.
iii. Atau mungkin mendengar suara yang membisikkan ke telinganya tetapi tidak nampak rupa makhluknya. Inilah yang dikatakan hatif. Mungkin suara itu suara Malaikat, jin yang soleh atau wali-wali Allah.
[para. 5; hlm. 418]

Apakah pandangan Islam terhadap ilmu ladunni?

Apabila membincangkan tentang ilmu ladunni, ia amat berkait rapat dengan ilham dan kasyaf. Ahli Sunnah tidak menolak konsep ilham kerana ada banyak dalil yang berkaitan dan ilham yang benar memang ada dalam Islam.

Bagaimanapun, dalam konteks ini kami hanya akan membincangkan tentang ilmu ladunni yang kononnya diperolehi oleh Asaari. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa ahli Sufi berpegang dengan ilmu ini dan mereka tidak perlu lagi kepada ilmu kasbi (ilmu yang diperolehi dari daya usaha). Dr. Yusuf Qardhawi telah membuat garis pemisah yang teliti apabila membincangkan tentang ilham, kasyaf dan ilmu ladunni. Dalam karyanya, beliau dilihat menolak konsep ilmu ladunni tetapi membezakannya dengan ilham.

Al-Qaradhawi telah menukilkan ucapan al-Harawi dalam Kitab Manazil Saa`irin yang berbunyi:
“Ilmu ladunni ialah ilmu yang dicampakkan Allah SWT ke dalam hati tanpa sebarang sebab dan dalil daripada hamba, kerana itu dinamakan ‘lidunya’. Allah SWT berfirman:

Dia mengajarkan manusia apa yang manusia itu tidak ketahui. (al-Alaq: 5)

Ilmu itu lebih khusus daripada yang lain, kerana itu ia disandarkan kepada Allah SWT sebagaimana disandarkan kepada-Nya, rumah-Nya, Kitab-Nya, dan sebagainya. Dari itu leburlah ilmu-ilmu yang bersandarkan kepada dalil dan bukti, ke dalam ilmu ladunni yang terhasil tanpa sebarang sebab dan dalil.”

Seterusnya, al-Qaradhawi mengambil komentar Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah ketika mensyarahkan kenyataan di atas, menjelaskan:

“Kami berpendapat, ilmu yang terhasil dari bukti dan dalil, itulah ilmu yang hakiki. Tentang ilmu yang didakwa terhasil tanpa sumber dan dalil, tidak boleh dipercayai (bukan ilmu). Memang diakui kadang-kadang ilmu yang terhasil melalui bukti-bukti, kuat dan bertambah di mana maklumat yang diketahui menjadi seperti objek yang disaksikan…”

“Berhubung dakwaan berlaku sejenis ilmu tanpa sebarang dalil, dakwaan itu tidak benar. Allah SWT mengikat takrif-takrif dengan sebab-sebabnya sebagaimana Dia mengikat alam ini dengan sebab-sebabnya. Tidak terhasil kepada manusia sebarang ilmu kecuali dengan dalil yang menunjukinya. Allah SWT menguatkan rasul-rasul-Nya dengan pelbagai dalil dan hujah yang menjelaskan kepada mereka bahawa apa yang mereka bawa adalah datang dari Allah SWT.”

“Hujah-hujah para Rasul menjadi dalil dan bukti bagi mereka sendiri dan bagi umat manusia. Dalil-dalil dan bukti yang ada pada mereka adalah sebesar-besar bukti dan dalil. Allah SWT menguatkan kebenaran para Rasul dengan bukti-bukti yang kukuh. Setiap ilmu yang tidak diasaskan kepada dalil adalah dakwaan yang tidak ada dalil sandaran. Jika begitulah keadaannya, sudah tentu ia bukan ilmu, apa lagi untuk dinamakan ilmu ladunni.”

Mari kita melihat ilmu ladunni yang kononnya diperolehi oleh Asaari. Dia sekadar menulis karya-karyanya tanpa sebarang sandaran atau dalil. Kononnya, mindanya (pemikiran – tulisan) itu adalah intisari al-Quran dan Hadith. Sedangkan, hakikat sebenarnya dia adalah seorang yang jahil sehingga bercakap dan menulis tanpa mengikut disiplin ilmu Islam. Sesiapapun, yang membaca tulisan Asaari sejak dari buku pertamanya sehinggalah kini, akan mendapati perkara berikut:
a. Dalil yang ada hanyalah ayat al-Quran dan Hadith yang sama dan berulang pada setiap karya. Tidak ada nas yang tidak sama. Ini menunjukkan Asaari terlalu cetek ilmu pendalilannya.
b. Dalil yang Asaari gunakan seringkali menghadapi masalah:
i. Tafsiran ayat al-Quran yang menyeleweng dan tidak muktabar.
ii. Mengambil hadith yang dhaif malah ada juga yang palsu.
c. Dia bercakap dan menulis tanpa merujuk pendapat para ulama muktabar sedangkan topik yang dibincangkan itu sudah lama dikupas oleh para ulama.

Kerana kedangkalannya terhadap sumber turath Islam, lalu Asaari mengambil jalan mudah untuk menunjukkan dia juga boleh menjadi ulama. Caranya ialah Asaari mendakwa dia mendapat ilmu ladunni, dapat ilmu direct dari Tuhan. Tanpa perlu belajar.

Sebenarnya, golongan yang berpegang dengan ilmu ladunni telah tersalah dan terkeliru apabila mengemukakan dalil tentang adanya ilmu ladunni. Mereka berpegang dengan firman Allah S.W.T:

وَعَلَمَّنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا

“Dan kami telah ajarkan kepadanya (Nabi Khidhir) dari sisi Kami suatu ilmu”. (Al Kahfi: 65)

Mereka memahami dari ayat ini adanya ilmu ladunni sebagaimana Allah menganugerahkan ilmu tersebut kepada Nabi Khidhir. Sehubungan dengan itu, mereka mendakwa mendapat ilmu dari Allah SWT dalam bentuk ilmu ladunni dengan tanpa dia perlu belajar.

Kami menolak hujah ini dengan dua bantahan:

Pertama:

Telah ijmak seluruh kaum muslimin, kita wajib beriman kepada nabi-nabi Allah dan mereka diutus khusus kepada kaumnya masing-masing. Nabi Khidhir diutus untuk kaumnya dan syari’at Nabi Khidhir bukanlah syari’at bagi umat Muhammad. Rasulullah bersabda:

كَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً

“Nabi yang terdahulu diutus khusus kepada kaumnya sendiri dan aku diutus kepada seluruh umat manusia.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Allah berfirman:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ

“Dan Kami tidak mengutus kamu (Muhammad), melainkan kepada seluruh umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan peringatan”. (As Saba’: 28)

Ini bermakna segala apa keistimewaan dan kelebihan yang dikhususkan kepada Nabi Khidir, maka itu hanya untuk dirinya dan kita sebagai umat Muhammad tidak tertakluk untuk mengikut syariat Nabi Khidir.

Kedua:

Kalimah 'min ladunna' itu telah disalah tafsir oleh mereka. Ilmu yang Allah S.W.T sampaikan kepada Nabi Khidir ialah wahyu. Sehubungan itu, ia tidak boleh menjadi dalil kepada mana-mana individu yang bukan nabi. Inilah tafsiran yang dibuat oleh ulama muktabar.

Asaari telah menggunakan dalil berikut untuk membuktikan ilmu ladunni sememangnya ada:

Allah S.W.T berfirman:

Bertaqwalah kami kepada Allah SWT, dan Allah SWT akan mengajar kamu. (al-Baqarah: 282)

Asaari sekali lagi telah melakukan istidlal (cara pengambilan dalil) yang salah dan mengelirukan. Ayat di atas adalah nukilan daripada ayat terpanjang dalam al-Quran yang secara jelas mensyariatkan tentang hutang piutang dan muamalat. Ahli Mufassir seperti Ibn Kathir dan al-Qurthubi menyifatkan petikan ayat itu bermaksud bahawa Allah akan memberikan ilmu kepada seseorang untuk membezakan yang hak dan batil sekiranya seseorang bertaqwa. Apabila dilihat pada tafsir ini, ia tidak ada kaitan dengan ilmu ladunni yang menyatakan ilmu diperolehi tanpa perlu belajar.

Selain itu, Asaari juga berdalilkan hadith berikut:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Hati-hati terhadap firasat seorang mukmin. Kerana dengannya dia melihat cahaya Allah.” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Hadits ini dha’if (lemah), maka ia tidak boleh dijadikan hujah. Ini kerana di dalam rangkaian perawinya ada seorang perawi yang bernama Athiyah al-Aufi. Dia adalah seorang perawi yang dhaif, dan suka melakukan tadlis (penyamaran hadits). Sehubungan itu, berhujah berdasarkan hadith ini adalah tertolak.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi menukilkan lagi dari Madarij al-Salikin;

…Bagaimanapun kedudukan orang yang mendakwa memperolehi ilmu ini dari sisi-Nya telah dicela dengan keras oleh Allah SWT kerana menyandarkan kepada diri-Nya sesuatu yang bukan datang dari sisi-Nya. Allah SWT berfirman:

“Dan mereka berkata pula: “bahawa ia adalah (datangnya) dari sisi Allah SWT”, padahal ia bukanlah dari sisi Allah SWT; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah SWT sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).” (ali Imran: 78)

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah SWT dengan rekaan-rekaan mereka), kemudia mereka berkata; “Ini ialah dari sisi Allah.” (al-Baqarah: 79)

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah SWT, atau orang yang berkata; “Telah diberi wahyu kepadaku,” padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya.” (al-An’aam: 93)

Imam ibn Qayyim menjelaskan daripada nas di atas; …Orang yang mendakwa bahawa ‘ilmu ini adalah ilmu ladunni’ sedangkan dia tidak mengetahui ia datang dari Allah SWT dan tanpa pula berasaskan hujah dari Allah SWT yang ia datang dari-Nya, adalah orang yang berdusta dan sengaja mereka-reka sesuatu terhadap Allah SWT. Orang ini adalah sezalim-zalim orang yang zalim dan sedusta-dusta orang yang dusta.” (Lihat Madarij al-Salikin, j. 3, hlm. 431-433)

Seterusnya, Asaari dalam bukunya (Pendidikan Rapat dengan Rohaniah Manusia) telah mengemukakan bahawa para ulama terdahulu (Imam Ghazali, Imam Suyuti, Imam Nawawi) telah mendapat ilmu ladunni sepanjang usaha mereka menulis kitab. Bagi Asaari, ini adalah bukti kukuh bahawa ilmu ladunni memang wujud. Sebenarnya, hujah Asaari ini lebih bersifat fitnah terhadap ulama tersebut. Kita sememangnya mengakui bahawa Allah SWT banyak membantu ulama dalam usaha mereka menulis Kitab dalam bentuk hidayah dan ilham, tetapi bukan dengan ilmu ladunni. Sebaliknya, Asaari lupa bahawa para ulama yang dijadikan hujah itu mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Para ulama itu menguasai foundation kuat dalam ilmu Islam sedari kecil. Berguru dengan ratusan guru dan membaca ratusan kitab.
b. Akal para ulama itu seumpama Ensaiklopedia kerana daya hafalan yang terlalu kuat.
c. Mereka iltizam dalam menulis.

Asaari tidak memiliki semua ciri di atas. Apa yang lebih penting, dalam semua karya ulama yang disebut Asaari itu, tidak pernahpun mereka mengatakan mereka memperolehinya secara ilmu ladunni. Sebaliknya, mereka mempunyai ratusan guru, membaca ratusan kitab dan tidak pernah menulis tanpa dalil.

Kebencian Asaari kepada Ulama

Kami sudah membincangkan topik ini dalam sebuah entri sebelum ini. Bagaimanapun, kami ingin memaparkan tulisan Asaari yang menzahirkan kebenciannya terhadap ulama dan fuqaha yang sudah pasti keilmuan mereka jauh lebih tinggi daripada Asaari. Kami hanya ingin mengingatkan Asaari agar dia lebih bersikap positif terhadap ulama kerana Imam Ibn Qayyim al-Jauziah ada berkata: “Kebenciannya kepada para fuqaha dan ulama merupakan kezindiqan terbesar. Kerana para fuqaha selalu mengeluarkan fatwa-fatwa tentang kesesatan dan kefasikan mereka. Dan sesungguhnya al-haq itu berat sebagaimana beratnya zakat.” (Talbis Iblis, hlm. 374)

Berikut adalah tulisan Asaari yang menyelar ulama dalam buku terbarunya, Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia:

Itulah yang berlaku di kalangan sebahagian besar para ilmuan terutama para ulama sekarang ini, iaitu ilmu menjadi bahan perbincangan semata-mata. Tidak untuk mengubah sikap daripada jahat kepada baik. Daripada tidak berakhlak kepada berakhlak. Daripada sombong kepada merendah diri… [para. 3; hlm. 112]

…memberi fatwa untuk hiburkan hati tuan, bukan Tuhan. [para 3; hlm. 113]

…Ada pangkat, ada nama, disebut dan disanjung orang. Mungkin jadi mufti, kadhi atau ketua pengarah jabatan Islam….Nafsu akan terlonjak-lonjak berkehendakkan jawatan dan kedudukan dengan lulusan agama tadi. [para. 2; hlm. 198]

…kalau kita ada kuasa, kita akan cuba menyekatnya dengan alasan orang itu tidak ada tauliah. [para 3; hlm. 199]

…Apatah lagi bagi mereka yang mengambil ilmu Islam dari lidah orang-orang kafir. Tentulah orang kafir tidak akan ajar ilmu-ilmu ini kerana mereka tidak faham, terutamanya mereka yang mengambil ilmu Islam di London….
Kenapa terjadi begitu? Apa logiknya mereka tuduh sesat? Ini kerana mereka mengukur orang lain dengan ukuran diri mereka. Hal-hal rasa ini sudah tidak dicampakkan ke dalam hati mereka kerana hati sudah tidak dipenuhi dengan cinta dunia.
[para. 1; hlm. 440]

Kami menyeru kepada Asaari agar menghentikan pembohongannya yang kononnya dia mendapat ilmu ladunni hanya semata-mata hendak mengaburi mata orang ramai kerana dia tidak pernah belajar ilmu Islam mengikut disiplin. Penyakit hati Inferiority Complex yang menekannya menyebabkan Asaari menjadi sedemikian rupa. Kami menyeru kepada Asaari agar menuntut ilmu dari guru yang soleh dan muktabar, yang ilmunya dipercayai dan mempusakainya dari Nabi s.a.w. selagi nyawa masih di badan dan membetulkan semula apa yang tersalah dan tersilap.

Dipetik dari :http://rufaqa-sesat.blogspot.com/2006/06/asaari-mendapat-ilmu-ladunni.html

1 comment:

Anonymous said...

Salam

Yeah... Sapa2 dlm Akrine yg dh mahir teknik TKR tu blh la teropong2 Ashari atau pengikut2nya atau x-pengikutnya... tgk berapa ''menda' byk yg follow derang...

Ariff

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)