Email dari negeri Jelapang Padi:
Assalamu’alaikum Ustaz,
Semoga Allah melimpahkan rahmatNya keatas tuan sekeluarga dan sentiasa berada dibawah perlindunganNya sentiasa.
Pada hari selasa 5hb Mei saya pulang kekampong menziarahi ibu saya. Selepas berbual-bual sekejab saya diberitahunya yang adik perempuan saya berada didalam keadaan lesu dan malas yang amat luar biasa. Sehingga apabila memasak pun beliau terpaksa duduk diatas kerusi dikeranakan lemah seluruh badannya.Saya mengesyaki ada sesuatu yang tak kena dengannya dan berkemungkinan besar disebabkan gangguan makhluk halus.
[Beliau telah pernah disihir semasa bulan puasa yang lalu. Keadaan kakinya pada masa itu ada banyak tanda lebam berwarna biru dan tidak sedarkan diri. Walaupun tiada pengalaman saya cuba merawatnya dengan menggunakan kaedah Syeikh Wahid Abdul Salam Bali. Tentulah saya membaca sebahagian zikir-zikir itu dari buku semasa rawatan dijalankan, terutama ayat-ayat pembatal sihir. Maklumlah tak hafal kerana tak pernah terlintas akan menghadapi dugaan sebegini. Dipendekkan cerita dengan bantuan perawat-perwat lain beliau sembuh dengan izin Allah.]
Saya terus scan mengunakan besi rawatan yang memang saya bawa (macam doctor yang sentiasa membawa alat stethoscope). Belum pun habis membaca Kaf Ha Ya ‘Ain Shod, jari-jari kakinya bergerak-gerak terutama kaki kiri. Saya memulakan dialog dengan bahasa isyarat jari kaki pesakit. Saya mengarahkan jin-jin tersebut menggerakan ibu jari kalau jawapannya ya dan mendiamkan kalau tidak. Dialog.........
Saya: adakah kamu ramai
Jari: bergerak-gerak
Saya: adaakah kamu lebih dari 10..,20.., 30.. 50..,100, 150, 200...
Jari: jari terus bergerak-gerak apabila angka-angka itu saya sebut satu persatu.
Saya: masaaAllah ramainya kamu, dan saya berhenti pada angka itu saja. Kemudian saya bertanya pula adakah yang mahu keluar.
Jari: semua jari bergerak termasuk yang di sebelah kanan.
Saya: ada yang tak mahu keluar
Jari: bergerak juga seperti tadi.
Saya: adakah diantara kamu yang Islam.
Jari: ramai ,dari isyarat gerakan jari-jari pesakit, Allahu a’lam.
Saya: adakah diantara kamu yang bukan Islam.
Jari: bergerak seperti tadi menunjukkan ramainya, Allahu a’lam.
Saya: adakah yang nak keluar
Jari: bergerak seperti tadi juga menunjukkan ramainya, Allah amat mengetahui.
Saya: adakah yang tak nak keluar
Jari: bergerak juga seperti tadi.
Saya: siapa yang nak keluar berkumpul di hujung kakinya
Selepas itu saya pun menggunakan teknik pukulan sambil mengarahkan mereka bergerak ke hujung kaki. Kemudian saya tarik dengan serban kehujung kaki lepas itu disedut dengan botol. Yang Islam dan yang boleh didakwah saya hantar ke SM dengan izin Allah. Yang kafir dan tak dapat didakwah saya hantar ke Bermuda biiznillah. Bila tarik cara itu tak habis-habis, saya minta bantuan tentera islam. Lama juga proses tarikan oleh tentera Islam, boleh nampak jari-jari pesakit bergerak lebih kencang. Setelah berlalu lebih kurang 7 minit tak habis-habis juga walaupun ditarik oleh tentera-tentera Islam. Saya teruskan dialog lagi
Saya: adakah diantara kamu yang terikat
Jari: bergerak-gerak.
Saya membukakan ikatan dengan Al Fathi 1-3 Bi iznillah.
Saya: masih ada lagi yang terikat?
Jari: bergerak lagi ,tapi tak ramai . saya buka lagi kali ini saya gunakan Afahasibtum..
Saya: ada lagi yang terikat?
Jari: diam, Alhamdullah. Kemudian saya tarik lagi tapi tak habis-habis.
Saya hentikan sementara rawatan kerana dah rasa letih dengan ayat penutup takut kalau-kalau ada yang lain nak masuk. Saya ajarkan pesakit zikir-zikir untuk diamalkan pagi dan petang.
Sesi rawatan kedua diatas pesakit yang sama (10hb. Mei 09)
Tiga hari selepas rawatan pertama, saya menalipon balik bertanyakan perkembangan pesakit. Ibu saya memberitahu yang batuk-batuknya telah sembuh sepenuhnya dengan izin Allah. Dia juga tidak perlu lagi duduk semasa memasak walaupun masih lemah dan malas, Alhamdu Lillah. Ini menunjukkan gangguan masih ada.
Saya melakukan rawatan yang sama seperti dahulu termasuk menyembelih yang degil tetapi tiada tindak balas apa-apa. Apabila saya rukyah jari kakinya bergerak-gerah seperti dahulu tetapi tidak lagi kencang. Matanya juga berkedip-kedip dengan cepat. Ini menunjukkan gangguan memang ada. Saya tarik keluar, tak habis-habis. Saya bertambah bingong. Mungkinkah ini cara simcard seperti diceritakan oleh Ustaz Abdul Majid dalam blognya. Saya capai h/p nak tanya Ustaz Majid. Tak jadi, tunggu dulu dan ikhtiar dulu sebab tak mahu ganggu Ustaz sebelum mencuba taknik-teknik lain yang diajar. Setelah hampir satu jam merawat saya tamatkan rawatan seperti biasa tapi dalam keadaan terfikir-fikir masaalah itu.
Sesi rawatan ketiga pada 14hb. Mei 09
Selepas dua hari saya menalipon ibu saya menanyakan hal keadaan pesakit. Beliau menjawab tiada perubahan. Saya berfikir belum dikehendaki Allah kesembuhannya. Saya lakukan solat hajat minta petunjuk dariNya sambil beristigfar. Alhamdu Lillah saya diilhamkan teknik bakar bata yang diajarkan Ustaz.
Saya pun balik ke kampong dengan mebawa peralatan yang diperlukan. Kebetulan di rumah saya masih ada lagi bata merah lebihan dari pembinaan rumah. Sesampai dirumah pesakit, kami terus memulakan proses membakar bata. Mula-mula pakai lilin tapi banyak masaalah kerana terpaksa mengangkat lilin kedekat bata apabila ia menjadi pendek setelah dimakan api. Tukar cara, letak atas dapur gas. Kaki pesakit berdenyut-denyut semasa bata dibakar. Mungkin puak-puak tu kepanasan. Hari pertama bata dibakar terus menerus 24 jam oleh ibu saya sementara saya monitor dari jauh sahaja (bukan rawatan jarak jauh). Saya menalipon tiap hari bertanyakan perkembangan pesakit hinggalah kehari ini(23hb Mei , hari penamaan calun DUN Penati).
Alhamdullah, keadaan pesakit bertambah baik (tentu dengan izin Allah) setiap hari. Sekarang pesakit dah boleh buat kerja mencari rezki seperti biasa. Beliau pun lebih ceria sekarang. Segala puji bagi Allah yang maha berkuasa atas hamba-hambaNya. Insya Allah saya akan pergi scan pesakit Isnin ini. Sementara itu bata terus dibakar sehingga pesakit betul-betul pulih dengan izin Allah. Masa pembakaran hanya dari pagi sampai waktu tidur.
Doakanlah saya Ustaz.
Tahniah Tuan Hj. doa kami mudah2an ALLAH mempermudah dan melindungi Tn. Hj : Akrine
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
1 comment:
salam ust,
kalau sedang bakar batu-bata .. pesakit ada rasa apa ya ust?
sebenarnya sy sedang bakar batu-bata, baru mula pagi semalam.
tanya anak, dia kata skg cuma rasa pening-pening mcm nak demam .. tapi tengok masa makan selera je.
masalah anak dah masuk 4 bulan berikhtiar.
Post a Comment