Saya telah pertegaskan pada diri saya pada siri yang lalu bahawa jin kafir diikat sepanjang Ramadhan. Saya katakan ada hadis yang bermaksud "Syaitan dirantai di bulan puasa". ALLAH menjelaskan dalam surah AnNAS bahawa syaitan tergolong kepada jin dan manusia.
Ramadhan ini saya jadikan bulan ujikaji saya untuk memahami maksud hadis berkenaan, samaada dari segi matan mahupun pengisian tersirat hadis, saya kaji adakah jin kafir diikat di bulan yang mulia ini. saya juga menggalakan pesakit untuk berjumpa perawat untuk menilai tahap dan punca penyakit.
Catitan saya ini mungkin boleh dikongsi bersama.
Di awal Ramadhan saya hampir pasti kebenaran fahaman saya, dalam semua rawatan saya berdialog dengan jin-jin Islam, sepertimana 3 kes yang saya catitkan dalam siri rawatan ramadhan pesakit S, Z dan K.
Apabila merawat Manaf, semasa berdialog dengan jin, jin ini mengatakan bahawa jin kafir masih mengganggu malah lebih ganas di bulan puasa! Yang kena rantai hanyalah specis syaitan sahaja. Pada badan Manaf ada jin bernama "tok sheikh" bertaraf saka. Tok sheikh dengan tegas juga mengatakan bahawa Khalid Ibnu Walid sudah liar dan mula menipu. Dia tidak lagi Khalid yang saya kenali dulu.
Kenyataan tok sheikh benar2 membuat saya upset. Sedang saya berdialog dengan tok sheikh , Kahlid datang dengan marah2 kerana dipanggil (perhatikan: sdra sebut saya nama jin, dia tersentak dan akan datang). Saya tanya khalid betul atau tidak kata2 tok sheikh, khalid mengaku. Dia kata tak berada dipondok lagi kerana pondok ini terlalu ramai pelajar dan penghuni. Memandangkan hal ini saya suruh Khalid ke Mekah dan menetap di sana, ambil kesempatan Ramadhan ini untuk umrah dan terawih di baitULLAH. Dengan teresak2 Khalid meminta maaf kepada saya, katanya dia telah menjadi jin sihir selama lebih 20 tahun, walaupun telah mendapat hidayah tetapi sukar baginya nak meninggalkan gaya hidup lamanya. Dia bersetuju untuk ke Mekah, maka tiada lagilah Khalid dalam siri rawatan saya.
Tetapi secara peribadi saya memeikirkan betulkah saya sedang berkomunikasi dengan Khalid ataupun tok sheikh sengaja nak spoil maklumat2 saya sebelum ini? saya yakin time will prevail the truth!
Saya suruh tok sheikh tangkap jin-jin sihir pada Mustafa (ingat kisah "Kanak-kanak pun Disihir"). Tok Sheikh pun berbuat demikian.
Pada badan Mustafa ada serangan dari Semabok (jin bisu), Kelang, Sabak Bernam dan Melaka. Jin Semabok, Kelang dan Sabak Bernam telah saya kenalpasti dan bukannya serangan baru, ramai yang disembelih sebelum ini. Tetapi jin Melaka mengelirukan saya. Dia kata tuannya bernama Malik (sedang sakit kesan bakar bata), Malik diupah oleh Mokhtar, Mokhtar pula mewakili kawan saya bernama "X". Saya minta untuk bercakap dengan ketua kumpulan Melaka ini untuk mendapat maklumat lebih tepat. Ketua jin ini bertanyakan nama saya dan menyatakan yang "X" marah kerana projek saya bersama dengannya tidak diteruskan.
Oleh kerana "X" kawan saya, saya berjumpa dengan "X" dan berbincang penuh hemah untuk menghurai isu ini. "X" menafikan mengenali Mokhtar dan ada melakukan kerja terkutuk ini.
Saya berhasrat untuk memanggil semula ketua jin ini didepan "X" untuk mencari kebenaran dan "X" bersetuju... insyaALLAH marathon ini akan diteruskan. Semua experiment ini boleh dijadikan panduan berkenaan kebolehpercayaan kita terhadap dialog dengan jin dan sejauh mana jin menipu dan cuba mengadu domba kehidupan manusia....jangan takut untuk mengkaji!
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment