Pengunjung blog yang dihormati sekalian,
Saya memohon maaf kerana tidak dapat menulis beberapa hari ini kerana hal2 yang tak dapat dielakan. Ternyata banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama khususnya perkara2 yang saya tempuhi dalam rawatan di bulan Ramadhan AlKareem ini.
Diantara perkara yang akan saya tulis (mungkin lepas Raya kot?) adalah berkisar kepada:
a. Peranan Jin Dalam Pilihanraya
b. Sambungan kes "Kanak-kanak pun disihir!"
c. Sambungan kes "Saka oh Saka"
d. Kesan Bakar Bata
Ini semua bergantung kepada kekuatan ingatan saya dan tape yang saya gunakan untuk merekod perbualan dengan jin.
Saya juga ingin memuatkan dalam blog ini kaedah2 rawatan bagi membantu semua ummat Islam menjalani kehidupan yang jauh dari kekangan jin dan syaitan. saya akan mulakan dengan kaedah memagar diri, keluarga dan rumah. Jika diberi kekuatan saya akan menulis berkenaan cara2 mengenal bomoh sesat, siapa tukang sihir, tanda2 terkena ganggguan dan sihir, jenis-jenis sihir berserta kaedah rawatannya.
Ini bukanlah bermakna saya pakar dalam hal2 berkenaan. Hanya sekadar usaha mendalami ilmu dan berkongsi bersama.
InsyaALLAH kursus rawatan akan diadakan pada 25hb. Disember 2007 ini, kepada yang telah mendaftar sila pastikan sdra mengosongkan tarikh berkenaan. Kepada yang masih menunggu tarikh untuk memastikan keboleh-hadiran silalah isi borang.
Sempena Hari Raya, AKRINE akan ditutup dari 10 Oktober sehingga 20 oktober ini.
Kepada semua , maaf dipinta sekira ada kesilapan fakta atau apa sahaja yang boleh menyinggung perasaan saudara. Selamat Hari Raya.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment