Saya diminta merawat seorang pesakit bernama Mazlan yang terlantar di Pusat Rawatan Ozon Hydrotherapy Ais (Raoha) milik kawan saya Dr. Shouib...layari http://www.raoha.com.my
Kaki Mazlan bengkak dan bernanah. Dia juga ada diabetes, thyroid cancer, darah tinggi, tak boleh tidur malam dan pelbagai masalah lagi. Dr. Shouib yang merawatnya secara rawatan ozon mendapati proses penyembuhan agak perlahan. Dr. Shouib mengsyaki yang Mazlan ada gangguan.
Saya diceritakan oleh Mazlan bahawa dia pernah pergi ke sebuah gunung di Sg. Air Tawar, Perak kerana nak meminjam duit bunian bersama-sama 9 orang rakannya. Mazlan memerlukan wang sebanyak RM6 juta bagi menglangsaikan hutang-hutang perniagaanya. Di Gunung berkenaan mereka bersembahyang, berzikir dan berkhemah. Salah seorang daripada mereka akan menurun dan mereka mengelilinginya. Jin yang masuk badan kawannya mengatakan terdapat sebanyak RM36juta duit yang nak diberikan kepada mereka dan mereka dikehendakki beramal dan berzikir selama 7 hari. Selepas 7 hari majlis zikir dan menurun diadakan semula, jin ini muncul lagi dan bertanya nak pinjam atau nak beri saja...tentulah mereka pilih beri percuma sahaja. Jin itu beritahu, oleh kerana ada perubahan perjanjian, mereka kena buat semula di bawah gunung.
Selesai 7 hari Mazlan diamanahkan oleh rakan2nya untuk naik mengambil kain bungkusan kuning yang mereka tinggalkan di atas gunung. Mazlan naik dan membawa turun bungkusan berkenaan. Apabila dibuka bersama rakan2 mereka mendapati duit RM50 setiap keping yang berjumlah RM600,000.00
Mereka terkejut kerana jin tadi berjanji untuk beri RM36 juta, merekapun berzikir semula dan salah seorang dari mereka dirasuki jin berkenaan. Jin itu memaklomkan ramai diantara mereka tidak ikhlas dalam zikir dan tidak bersungguh2, kerana itu mereka tidak dapat jumlah yang diminta.
Duit RM600,000.00 ini diambil oleh ketua kumpulan, katanya dia nak gunakan untuk mengumpan seseorang yang pinjam duit jin tapi tidak memulangkannya semula. Mazlan dan rakan2 pulang dengan tangan kosong.
Mazlan meneruskan pencarian di Jerantut Pahang seramai 6 orang pula...mereka ke sebuah rumah kosong bersama Pak Su yang boleh berhubung dengan Puteri L di dalam sebuah bilik gelap di rumah berkenaan. Pak Su berzikir di bilik gelap dan bila keluar, dia memaklomkan tuan puteri setuju memberi mereka RM2 billion. Mereka dikehendakki berpuasa selama 7 hari dan hanya boleh makan sayur-sayuran sahaja.
Selepas 7 hari berpuasa dirumah kosong itu, pak su masuk ke bilik. Bila keluar, pak su beritahu dari 6 orang hanya 3 orang sahaja yang terpilih termasuk Mazlan. Ini kerana 3 orang berkenaan didapati tidak ikhlas semasa beramal. Oleh itu mereka dikehendakki berpuasa semula selepas 40 hari dari tarikh pertemuan ini.
Selepas 40 hari, Mazlan berserta 2 rakannya meneruskan usaha mereka berpuasa 7 hari. Kemudian Pak Su masuk bilik gelap bertemu dengan Puteri L. Bila keluar, Pak su memaklomkan Puteri L memutuskan hanya memilih 2 orang sahaja untuk diberi wang berkenaan. Sekali lagi Mazlan terpilih dan mereka terpaksa memulakan semula berpuasa selepas 40 hari.
Setelah semua permintaan dipenuhi, sekali lagi Pak su masuk bilik berkenaan. Apabila keluar, Pak Su menyuruh Mazlan masuk ke bilik berkenaan sambil membaca zikir tertentu. Apabila Mazlan masuk dia pun membaca zikir sepertimana diajar oleh Pak Su sambil tangannya mencari bungkusan di bilik berkenaan. Apabila tersentuh, Mazlan cepat2 membawa keluar. Mazlan amat terperanjat kerana bungkusan itu terlalu ringan...bila dicerapi ditempat terang didapati bungkusan itu kosong!
Pak Su masuk semula ke bilik berbicara dengan Puteri L, Puteri L memberitahu bahawa duit itu telah dicuri oleh jin lain kepunyaan seseorang yang daripada mula lagi mengikuti kegiatan mereka.
Puteri L mencadangkan supaya mereka melakukan di tempat lain. Setelah berbincang, Mazlan bersetuju supaya upacara dibuat di rumahnya.
Mazlan menyediakan satu bilik yang ditutup, dia membuat tirai-tirai seperti kelambu dan berzikir didalamnya.Hari berganti hari beliau berpuasa dan berzikir disebalik tirai2 berkenaan.
Isteri Mazlan amat2 tidak senang dengan kegiatan Mazlan. Dia mengerjakan solat hajat tanpa jemu memohon ALLAH memberi Mazlan petunjuk.
Oleh kerana sudah terlalu lama akhirnya Mazlan give-up dan menghentikan kegiatannya. Dia bersama jirannya berpakat mencari barang2 terpakai untuk menambah pendapatan. Satu hari Mazlan terpijak paku karat, yang akhirnya menyebabkan kakinya membengkak dan dirawat di Raoha.
Semasa merawat Dr. Shouib meminta Mazlan membuang semua peralatan pemujaannya dirumah. Mazlan bersetuju dan mengarahkan anak sulongnya menyerahkan kepada rakannya yang bersama dengannya membuat pemujaan. Isteri Mazlan memberitahu, apabila dibuang sahaja, rumahnya terasa lapang dan berseri. Isteri Mazlan juga melihat sepasang mata mengikuti pergerakannya bila balik dari pusat rawatan.
Kini Mazlan insaf dan bertaubat kepada ALLAH. Baginya kesakitan yang dialaminya sekarang adalah kaffarah dari keterlanjuranya.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
No comments:
Post a Comment