Saya amat terperanjat apabila seorang senior perawat (bukan dari dsyifa) berkata "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia". Terperanjat kerana kenyataan ini dari seorang perawat yang saya kagumi kebolehannya.
Menjadi salah satu syarat perawat khususnya dalam kes jin mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ini samalah dalam peperangan, seorang panglima tentera yang bijak mesti mengetahui siapa lawannya. Hanya panglima yang bodoh (maaf) berperang tanpa strategi.
Benarkah sebaik-baik jin sejahat manusia?
Bagaimana dengan peristiwa turunnya surah Ar-Rahman yang sebenarnya adalah surah yang dibaca oleh Nabi SAW semasa dakwah baginda dikalangan jin? Di sana dicatatkan beberapa jin yang menjadi penganut Islam dan akhirnya boleh diiktiraf sebagai ulamak ataupun para sahabat. Adakah jin-jin ini sejahat-jahat manusia setaraf abu jahal? na'uzubiLLahi min Zalik. kita mungkin telah menghina para sahabat!
Pengalaman saya dalam merawat, saya bertemu dengan ulamak/abid jin yang berusia 1,400 tahun. Jin-jin lain sentiasa berdamping dengannya untuk mendapat ilmu dan perlindungan dari syaitan. Badannya bercahaya yang boleh dilihat oleh jin lain walaupun dalam jarak yang jauh. Kini atuk ini tinggal bersama Khalid ibnu Walid (panglima jin mata 3) yang berjanji untuk sentiasa bersama ulamak ini.
Khalid sebelum ini adalah jin sihir, saya mengislamkannya dan kini menjadi ketua tentera jin Islam. Apabila seorang wanita diganggu oleh jin-jin sihir dari siam kumpulan tentera Islam ini berkumpul dan berkawal di Gunung Rapat untuk menghalang tentera jin Siam. Khalid datang kepada saya pada suatu malam (melalui badan manusia) dan dalam keadaan separuh nazak mengatakan "ustaz saya dan ramai tentera Islam cedera parah"! Saya sayu dengan Khalid dan rakan-rakannya, sanggup berjuang kerana seorang manusia. Tidak tergamak saya mengatakan dia adalah sejahat manusia.
Saya berjaya mengislamkan ratusan jin tetapi belum seorang manusia pun.
Jin ada pondok pengajian agama, ada universiti dsb. Allah tidak mengizinkan kita melihatnya kerana sebab-sebab tertentu yang ALLAH lebih mengetahui. Manusia dan jin sahaja yang mukallaf... yang ada dosa dan pahala. Kalau sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia tiadalah jin yang akan masuk syurga.
Saya mengalu-alukan pandangan perawat2 dalam hal ini.
WaLLahu 'aklam
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
4 comments:
Assalamualaikum,
Saya pernah terbaca (tapi dah lupa dari sumber mana), bahawa Hadith yang mengatakan "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" itu adalah sebuah hadith dhaif.
Assalamualaikum,
Saya pernah terbaca (tapi dah lupa dari sumber mana), bahawa hadith yang mengatakan "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" itu adalah sebuah hadith dhaif.
Assalamualaikum..
Memang pernah saya membaca hadith berkenaan.
Saya setuju.."sebaik baik Jin adalah sejahat jahat manusia"
Bagi saya...manusia yang di maksud kan adalah manusia yang telah menjadi manusia.
Manusia yang tidak menjadi manusia ialah berupa syaitaniyah dan yang paling buruk sekali ialah berupa haiwaniyah.
Dalam menyucikan diri...apabila manusia beralih (walau dalam martabat amarah)...ia terkeluar dari syaitaniayah dan haiwaniyah..barulah ia di gelar manusia (insaniyah)
Wallahualam...
saya pernah tanya seorang ustaz yg juga pensyarah dari di universiti malaya dan mendapat ijazah dari timur tengah. menurut beliau, kata-kata "sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia" tersebut BUKAN HADITH, tetapi "perumpamaan" orang melayu. Jadi lebih baik tanya ustaz2 yg fasih berbahasa arab.
Post a Comment