Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Wednesday, October 31, 2007

Kesan Bakar Batu-Bata (2)



Saya pinjamkan buku pemberian guruku mengenai Gangguan Makhluk Halus kepada suami Pn. Zaiton. TG Harun Din menghadiahkan buku ini kepada kumpulan k-17 dan memberitahu buku ini sudah tidak diulang-cetak dan tiada dipasaran. Di dalamnya terkandung kaedah membakar batu-bata (insyaALLAH saya akan perturunkan kaedahnya...bila buku dipulangkan), walau bagaimanapun kami tidak diajar secara terus kerana kesuntukan masa.


Suami Pn. Zaiton menyiapkan bahan yang diperlukan spt batu-bata merah, dapur tanah, periok tanah(anglo?) dan tentunya kayu arang. Beliau solat taubat dan solat hajat memohon pertolongan dan perlindungan dari ALLAH.


Beliau mula membakar selepas solat zohor, ketika menyediakan kayu arang, 2 ekor burung datang kepadanya pada jarak 1m dan membuat bising seolah2 tidak membenarkan beliau melakukan pembakaran... suami Pn. Zaiton menghalau burung2 berkenaan dan mengatakan "pergi! aku tetap dengan keputusanku"


Rupanya suami Pn. Zaiton tidak memasak batu-bata, tetapi betul2 memanggang batu-bata berkenaan...kadang2 direnjisnya dengan air. Pn. Zaiton pula didatangani pelbagai jin penyihir, meminta maaf dan minta berhenti membakar. Pn. Zaiton kata, "nak minta maaf kenalah tuannya yang datang, jangan asyik hantar wakil saja".


Setelah 3 hari 3 malam, suami Pn. Zaiton rendam pula dalam air garam... waduh....then mereka berjumpa kami malam tadi.


Setelah diruqyah dan minum air zam-zam, jin Anthony menjelma dengan lagak kristiannya sentiasa menunjukan logo salibnya. Saya pukul logo itu dengan serban, pecah biizniLLAH! dia ketakutan, panggil father, mother dsb... setelah tidak mendapat bantuan diapun mengaku kalah dan berjanji tak ganggu lagi.


Kemudian ada seekor jin yang diikat pada badan Pn. Zaiton, dia memang mahu keluar tetapi tak upaya kerana telah dikunci.... di bilik rawatan secara kebetulan ada buah limau purut, saya baca ruqyah padanya dan letak pada bahagian berkenaan, alhamduliLLAH kunci terbuka dan ia pun keluar.


Selepas itu berlaku siri meminta maaf dan pemakluman kesakitan penyihir2 berkenaan. Mana2 yang ikhlas saya minta mereka bersumpah dengan nama ALLAH supaya tidak lagi melakukan kerja2 demikian... ternyata tidak ada dari tok batin, kuil hindu dan wat siam yang diberi amaran sebelum ini. Mana2 yang menunjukan keegoan tidak menunjukan keinsafan walaupun dah sakit teruk...kami tiada pilihan melainkan meneruskan misi membakar batu-bata.


Jin Malik pun tidak ketinggalan, meminta pembakaran dihentikan... dia kata dia sakit dan tak dapat lagi meneruskan aktiviti cari makannya. Saya kata boleh, dengan syarat semua jin suruhannya dikeluarkan dari badan Mustafa... dia berjanji tetapi mengakui sukarnya mengeluarkan budak2 ni kerana budak2ni degil dan tak ikut kata. Saya kata, itu urusan dia, kalau nak kami berhenti membakar kenalah dia lakukan...


Begitulah hebatnya anugerah ALLAH, memberi kaedah penyelesaian kepada sebarang penganiyaan.... wa yamkuru wa yamkuruLLAH, wALLAHi khairul makireen

Tuesday, October 30, 2007

Kesan Bakar Batu-Bata



Mula2 sahaja bila dirukyah, Puan Zaiton di datangi oleh Jin kepunyaan Malik yang marah-marah. Dia marah dengan saya, katanya saya melampau! Dia kacau mustafa sikit saja tapi saya balas sampai dia mati separuh badan.... saya kata saya tak tahu!

Dia beri amaran yang dia akan minta tolong kepada ramai bomoh lain, saya kata saya akan minta tolong kepada yang SATU sahaja...itulah bezanya kita. Dia marah dan beritahu saya bahawa saya banyak musuh... saya kata, kalau saya banyak kawan macam dia, tandanya saya tak betul... Malik pergi dengan berdengus marah.

Rupanya anak buah Malik ditangkap oleh geng Siti Aisyah dari badan Mustafa. Puan Zaiton nampak Malik sudah partial stroke... dia bermisai dan berjanggut. Saya tak tahu apa punca Malik jadi begitu, semuanya atas perhitungan ALLAH,

Apa yang pasti saya pernah bakar batu-bata untuk Mustafa... rupanya mungkin inilah kesannya. Satu kes orang Sabak Bernam pun dibakarkan batu bata...dengar cerita sakit juga penyihirnya... kini sudah dua hari Puan Zaiton pula bakar batu bata... menurut Puan Zaiton semua merayu2 mohon maaf...kini Puan Zaiton lebih sihat dari sebelumnya....

Ini peringatan kepada penyihir2 laknatuLLAH, jangan anda ingat kami pesakit dan perawat2 tidak ada senjata serang balas, kami bersabar tetapi sabar itu ada hadnya... oleh itu taubatlah sebelum terlambat.

Syukur kepada Pencipta Yang Maha Agong!

Jin Dari langit Pertama


Saya meneruskan rawatan dengan puan Zaiton. Dia hanya boleh sihat dalam tempoh dua hari sahaja, kemudian beliau akan terasa sakit pada kebanyakan anggota dan sukar untuk membuang air kecil.

Seperti rawatan2 sebelumnya saya berdialog dengan pelbagai jin yang diupah membunuh Puan Zaiton dari pelbagai tukang sihir dan pengupah2nya. Semasa rawatan saya berbincang dengan suami Puan Zaiton untuk bertindak sesuatu. Cadangan awal untuk memandikan dengan air garam tidak dapat dilakukan, kerana hanya dengan menyapu air garam sajapun Puan Zaiton sudah merasai kesakitannya...tentunya kalau mandi atau berendam lebih memudaratkannya. Kami bercadang untuk melakukan kaedah bakar batu bata.

Saya memaklomkan kepada setiap ketua kumpulan jin ini supaya kembali kepada tuan masing2 dan beritahu tok2 batin, kuil2 hindu, wat2 siam untuk tidak lagi menghantar anak-anak buahnya mengganggu Puan Zaiton. Mana2 yang masih degil akan menerima bahana yang memusnahkan kehidupan mereka(dengan izin ALLAH). Ketua2 jin ini bersetuju untuk memberitahu pesanan saya dan keluar dari badan Puan Zaiton.

Di akhir sesi rawatan, satu jin muncul dan memperkenalkan dirinya sebagai Siti Aisyah. Dia beritahu kami bahawa dialah yang selama ini cuba membantu Puan Zaiton. Saya tanya apa bantuan yang dia telah berikan?. Katanya, antaranya adalah kebolehan Puan Zaiton melihat jin adalah seabahagiannya dengan bantuan mereka, ini membolehkan Puan Zaiton mengetahui serangan-serangan ke atas dirinya. Mereka juga mengelilingi Puan Zaiton ketika dia mahu mengerjakan solat, untuk menghalang serangan semasa Puan Zaiton mengerjakan solat. Berdasarkan maklumat ini ternyata Aisyah tidak berseorangan.

Saya tanya lagi kenapa galak sangat membantu Puan Zaiton? Siti Aisyah menjawab ini kerana Puan Zaiton terlalu baik kepada ibunya (ibu Pn. Zaiton), semasa ibunya sakit Puan Zaitonlah yang memelihara dan pada ketika tertentu berdoa supaya kesakitan ibunya berpindah kepadanya.

Saya tanya lagi, kenapa pula dengan ibu Pn. Zaiton? Aisyah menerangkan, "kami berada di lapisan langit yang pertama, kami sentiasa mendengar ibunya membaca Al-Quran dan kami perhatikan dari tempat kami, ibunya selalu solat malam" katanya lagi "walaupun sakit ibunya tidak pernah berdoa untuk minta sembuh tetapi redha dengan kesakitannya". "Kami sayangkan ibunya..." jelas jin ini.

Katanya, dia dan kumpulan mahu balik ke langit pertama dan merasakan tugas mereka telah selesai, mereka yakin Puan Zaiton sudah berada dilandasan yang benar dan tidak lagi memerlukan bantuan mereka. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan semoga ALLAH menerima amalan mereka sebagai amal-amal soleh.... rupanya kita diperhatikan....


Wednesday, October 24, 2007

Penggunaan Pen Dalam rawatan

Ada orang bertanya saya mengapa mesti menggunakan pen dalam merawat sebahagian pesakit?

Sebenarnya isu ini remeh bagai seorang perawat, tetapi besar bagi orang awam. samalah seperti seorang doktor memegang jarum suntikan, bagi para doktor itu biasa... tapi bagi bukan ahlinya tentu sahaja ia mengundang pelbagai andaian dan fitnah.

Kaedah ini saya terima-pakai dari Asy-Syeih Muhammad Asy-Syim... bukan ciptaan saya! Asy-Syeih menjelaskan:

"Sebenarnya pen itu hanya sekadar alat untuk menghubungkan antara badan orang yang mengubati dengan badan orang (perempuan) yang diubati. Sehingga seorang ahli itu tidak menyentuh bahagian manapun dari tubuh wanita tersebut."

"Para ahli menggunakan pen atau barang jenis logam lainnya dimana ia memegang pada sebelah hujungnya dan pesakit wanita memegang pada hujung yang lain. Kemudian perawat meruqyah untuk mengetahui keadaan pesakit. Ini hanya berlangsung beberapa saat sahaja, kemudian dengan izin ALLAH masalah akan segera diketahui"

Demikianlah kata-kata mu'allij tersohor ini.

Tujuan saya mengutarakan hal ini adalah untuk menjernihkan suasana, mungkin juga kita boleh perbaiki teknik2 merawat yang sama2 diamalkan sekarang... selaku suami saya agak kurang senang bila isteri saya disentuh keterlaluan oleh perawat, walau atas apa alasanpun... mungkin kita boleh minimumkan


Shiekh Wahid Abdus Salam meletakan tangan di atas kepala (tentunya wanita tersebut menutup aurat /bertudung) sahaja.

Ustaz Dato' Ismail Kamus suruh ikat dan cucuk perut jika pesakit mengganas, ini kes emergency tentu sahaja dibolehkan.

Ibnu Taimiyah ada melakukan pukulan ringan (adakalnya keras) di bahagian tengkok dan belakang wanita menggunakan tongkat (rotan atau kayu nona?) (bukan dengan tangan)

RasuluLLAH SAW memukul dengan serban, yang jelas ada teknik pukulan...Kepada semua perawat saya minta dijelaskan kalau ada kisah Nabi merawat dengan menyentuh batang tubuh wanita... saya cuma terbaca kanak2 dan lelaki sahaja... tak salah kalau saya akui saya amat dhoif dalam rawatan2 sebegini...


WALLAHu 'alam

Darussyifa Nur Ehsan kepada AKRINE

Dalam pengenalan mengenai diri saya, saya sudah jelaskan bahawa rumah saya dinamakan Darussyifa Nur Ehsan. Dengan kata lain ia bukanlah sebuah organisasi, hanyalah sebuah rumah dimana seorang perawat tinggal dan kadangkala merawat di dalamnya.

Perkembangan berlaku apabila saya memulakan blog ini, bilangan pesakit yang mencari kesembuhan melalui rawatan saya semakin bertambah. Begitu juga teknik rawatan saya terdedah kepada pengetahuan umum, kedapatan beberapa perkara yang tidak pernah diajar oleh guru utama saya yang dikasihi TG Ustaz Harun Din seperti teknik sembelih, merawat menggunakan pen, kaedah mengenalpasti ganggguan (biasa/sihir) dan banyak lagi.

Kalau saudara biasa berjumpa dengan perawat Darussyifa, saudara akan berjumpa berbagai teknik, seperti teknik picit mata, teknik gerak tangan jarak jauh, teknik tepuk belakang, teknik pukul dengan rotan, teknik gerakan tangan dari kepala hingga ke kaki dan berbagai lagi.

Sepertimana teknik saya, semua teknik ini tidak pernah diajar dalam kelas... oleh itu kesemua teknik ini bukanalah teknik rasmi Darussyifa dan tentunya Darussyifa tidak boleh dikaitkan dengan teknik berkenaan.

Kenapa terjadi demikian? Itu tidak penting, yang penting bagaimana penyelesaian supaya nama Darussyifa tidak dikaitkan dengan teknik yang tidak diajar ini.

Dalam masa yang sama Darussyifa mestilah menurunkan kaedah rasminya supaya anak murid yang menjangkau 2,000 orang ini tidak mencipta teknik sendiri... dan hanya teknik yang diperturunkan terus dari TG diterima pakai sebagai kaedah Darussyifa, sementara mereka yang mengguna teknik tidak rasmi bolehlah dianggap bukan teknik Darussyifa.... maka lahirlah Darussalam, Darul Ilaj, Ghash, dsb.

Kemurnian nama Darussyifa mestilah dijaga untuk mengelakan fitnah kepada organisasi ini.

Saya secara rasminya mengambil pendirian untuk tidak lagi menamakan rumah saya sebagai Darussyifa Nur Ehsan. Ia ditukar kepada Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan atau AKRINE. Hasrat murni saya adalah untuk memastikan ilmu dan kaedah rawatan ini dapat diperkembangkan dan masyarakat zaman cyber ini dapat dididik melawan musuh nombor satu iaitu syaitan dan kuncu2nya. Hasrat ini tentunya terhalang sekiranya saya dikenali sebagai darussyifa kerana saya akan terus berkembang dan mendalami kaedah-kaedah rawatan dari pelbagai sumber yang saya yakini kebenarannya.

Walau apapun teknik sebenarnya kita tidak terlepas dari pergantungan kepada ALLAH, petunjuk dari Rasul dan ikutan sahabat. Kita perawat juga bergantung kepada mua'allij tersohor seperti Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah, Sheikh Wahid Abdus Salam, Sheikh Majdi Muhammad Asy-Syahawi, Sheikh Muhammad Al-Syayim dan berbagai lagi. Jika saudara membaca buku Rawatan Darussyifa nama dan kaedah seperti Sheikh Wahid AbdusSalam dinyatakan dengan jelas cuma tidak diajar dalam kelas oleh kerana keterbatasan waktu.

AKRINE telah dan akan menganjurkan kursus, tentulah ini boleh disalah ertikan sebagai kursus anjuran Darussyifa... walaupun sayang saya kepada TG menyebabkan saya ingin mengekalkan nama dimana saya mula mengenali alam rawatan Islam, tetapi demi keharmonian dan penerusan ilmu dan rawatan saya dengan berat hati menukarnya kepada AKRINE.

Saya tetap anak murid TG yang dalam masa sama menjadi anak murid tidak rasmi kepada semua mua'allij yang sudi memberi ilmunya.

Diharap penjelasan ini difahami oleh semua pihak yang saya muliakan.

Thursday, October 11, 2007

Puan Zaiton Nampak Jin

Seperkara mengenai puan zaiton adalah kebolehannya melihat jin. Dia juga boleh melihat pagar rumah saya, katanya pagar rumah saya teramat tebal dan kukuh...saya sendiri tak tahu akan kekukuhan dan ketebalan pagar rumah saya, saya cuma yakin rumah saya ada pagar yang tak dapat dilihat oleh mata...insyaALLAH, pengunjung blog akan saya ajar bagaimana nak pagar.

Puan Zaiton melihat tentera jin Islam dikeliling rumah saya, lengkap bersenjata, ada yang menaikki kuda dan lain-lain kenderaan. Semua jin ini berpakaian putih.

Semasa saya menyembelih jin (dengan izin ALLAH), puan zaiton nampak jin mati, ada unit jin yang cepat2 mengkafan dan memanam. kain kafan berlainan ada yang putih dan ada yang hitam, semua kerja dilakukan dengan tertib dan pantas...kadang2 terasa juga saya nak tengok...tapi tak payahlah

Pengalaman dengan Khalid mengajar saya untuk tidak sekali2 mahu merapatkan diri dengan jin, terlalu bahaya berkawan dengan yang tak nampak... walaupun saya yakin saya tidak bersahabat secara salah, kerana saya tidak pernah ada perjanjian dengan Khalid tetapi biarlah kita dengan ALLAH sahaja.

Bolehkah tangkap, kurung jin...jangan? kalau saudara boleh pun tolong jangan lakukan kerana saudara tidak ikut sunnah, buat dosa aje....bolehkah sembelih jin? yang ni kalau ada yang nak beri pendapat, saya alu-alukan, ...

Puan Zaiton melihat tentera Islam berperang apabila jin2yang saya arahkan keluar tadi cuba masuk semula (cepat betul lupa janji). Jin-jin ini berkata "awak dah janji dengan Ustaz Majid kan?" tentera Islam berjaya membunuh jin2 jahat ini. Bagi saya kalau jin Islam nak bantu, aku tak panggilpun itu hak mereka...mungkin dalam organisasi mereka memang ada unit bantuan, saya tak tahu...saya hanya bersyukur kepada ALLAH atas bantuan ini dan mendoakan kejayaan tentera Islam dalam ammar makruf nahi mungkar. Yang jelas, selain kita ada makhluk lain yang berakal, mukallaf dan dijadikan ALLAH tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Makhluk ini terlalu dekat dengan manusia... Manusia kena berwaspada dengannya...dia boleh jatuh cinta, dia boleh diupah dan berbagai lagi. Ibnu Taimiyah dalam tulisan anak muridnya pernah berkata lebih kurang begini " Jika ada 10 orang, 3 darinya ada gangguan" bahasa modern 30 peratus populasi dunia diganggu makhluk halus. Itu dizaman ibnu Taimiyah, tidak ada akademi fantasia, ASTRO, internet dsb... bagaimana sekarang? bagaimana anda...mudah2an blog ini membantu kita berdepan dengan hal2 yang seperti ini.

Guiness Book of Records

Catatan penting dalam rawatan saya pada bulan ini selain kes Manaf yang menampung jin yang banyak adalah Kes Puan Zaiton.

Untuk rekod, apabila Manaf pergi berjemaah terawih di Mesjid berhampiran rumahnya, semua jin yang mengganggu ahli jemaah terawih masuk ke badan Manaf (WaLLAHu aklam) ini berdasarkan komunikasi dengan jin pada badan Manaf. jika Manaf berada di tempat saya merawat dan dalam masa yang sama ada pesakit lain yang kena gangguan, semua jin gangguan masuk ke dalam manaf, ini pernah berlaku sebelum Ramadhan, pesakit yang sepatut saya rawat pulih sebelum saya merawat lagi.

Kenapa begini??? pada badan Manaf terdapat banyak jin saka/pendamping dari dalam dan luar negeri... yang pada pandangan jin2 ini kononnya membantu manaf, sebab itulah bila Manaf rasa kesihan kepada seseorang, jin2 ini berebut2 untuk menangkap jin yang menganggu orang yang dimaksudkan. Apabila manaf mula mengamalkan zikir dan berazam mahu melepaskan diri dari sebarang perkara yg bernama makhluk halus maka jin2 mudah dibereskan dengan izin ALLAH. Oleh itu saya menasihatkan kepada sesiapa yang ada masalah saka atau pendamping, banyakkanlah berzikir, solat hajat dan niat sungguh2 nak bebas dari puak2 ni!

Saya menjangkakan kes Masyitah yang diserang oleh 9 orang tukang sihir sebagai the top list. Rupanya kes puan Zaiton mengatasi Masyitah samada dari segi jumlah penyihir mahupun tempoh sihir dilakukan. Saya letakan kes puan Zaiton sebagai Guiness Book of Records dan mudah2an inilah yang terakhir....

Puan Zaiton mengenali saya melalui blog saya dan forum rawatan sihir. Ternyata blog ini berfaedah bagi mereka yang tercari2 alternatif rawatan. Puan Zaiton telah ke DSyifa, DSalam dan dimana sahaja yang boleh diusahakan.

Puan Zaiton berminat dengan rawatan saya kerana nak experiment bagaimana saya sembelih jin. Dia datang sebelah malam selepas terawih. diperjalanan bersama suami dan famili puan Zaiton disesatkan, tiba2 puan Zaiton nampak lembaga berjubah putih menunjuk arah. suaminya pun nampak sama, mereka ikut lembaga ini dan akhirnya sampai ke rumah saya. Siapa Lembaga ini sayapun tak tahu dan tak berhajat nak tahu, yang jelas dia membantu.

Ketika sampai, saya sedang merawat F yang meracau dan telah dibelasah oleh abangnya yang tak tahu bahawa adiknya diganggu oleh jin. F pemuda 20an diganggu oleh jin yang marah kerana F mengambil batu miliknya semasa camping. saya belasah sikit jin dan akhirnya dia keluar dan tidak lagi menuntut batu miliknya.

Puan zaiton menggigil semasa saya merawat F, semasa sedar puan Zaiton menyatakan jin2 dibadannya kena serangan psykologi takut kena sembelih! Saya terus katakan "welcome to Pusat Penyembelihan JIN".

Puan zaiton mengetahui gangguan sejak 2 tahun yang lalu. Dia bleeding, perut macam mengandung dan kadang2 tak sedar. Ini membayangkan tahap gangguan yang melampau., yakni mesti banyak jin dalam badan. Saya fostulate mesti ada saka. Saya ruqyah saka, then jin yang bernama Ismail muncul. Saya suruh dia tinggalkan Puan zaiton, pada mulanya dia reluctant, katanya dia nak jaga cucunya... cucunya banyak orang cuba sihir, saya cabar dia apa yang dia boleh buat? dia senyap. saya kata biarlah ALLAH yang melindunginya...akhirnya dengan penuh resah dia setuju untuk keluar.

Selepas dia keluar, saya arahkan jin2 yang lain untuk keluar (dengan izin ALLAH), mana2 yang degil akan disembelih. Saya juga arahkan untuk keluar melalui tapak tangan dan kaki sahaja (Peringatan kepada Perawat : bila suruh jin keluar, arahkan keluar ikut mana, jika tidak jin akan keluar melalui seluroh badan pesakit, ini menyebabkan pesakit luka, badan berlubang2 dan mudah diserang semula). Maka berduyun2lah jin yang keluar (P/s: saya tak nampak, yang saya lihat adalah pergerakan & gelombang yang keluar melalui kaki dan tangan). Ada juga yang tersangkut, mungkin cedera, dah tua dsb....saya bantu menegeluarkan dengan izin ALLAH. Selepas itu puan zaiton lega dan terasa ringan. dia masih merasakan ada lagi gangguan, saya cadangkan untuk dirawat diwaktu lain kerana jam sudah 12.30 mlm....

Rawatan kedua menjurus kepada gangguan sihir, saya ruqyah ayat sihir sahaja...Setiap kali diruqyah muncullah jin dan menyerupakan suaranya seperti suara orang yang mengupah. kami teliti satu persatu, siapa, kenapa, bila dan agama apa?

Ada 12 pengupah sihir yang kami catitkan (kami : saya, isteri saya, suami puan zaiton), Ada dari saudara terdekat, jiran, rakan sekolah, rakan sepejabat dan lain2. Lengkap .... yang dahsyat adalah saudara terdekat menggunakan seluar dalam puan zaiton, dicampur dengan tanah kubur lalu termakan oleh Puan zaiton apabila dicampurkan pada nasi...kotornya perbuatan ini!

Kebanyakan jin adalah dari siam dan beragama budha. Ada juga free thinker, saya Islamkan...alhamduliLLAH. Ini menguatkan hujjah bahawa jin2 kafir tidak semua terikat dibulan puasa, ternyata saya bebal dalam mengerti maksud hadis berkenaan...Orang yang pandai ialah orang yang mahu belajar dan mengaku kebodohonnya dan orang yang bodoh adalah orang yang tak tahu kebodohannya...maka carilah kebodohan anda...maaf, selingan aje!

Rawatan ketiga bermula bila anak Puan Zaiton membacakan ayat2 Al-Quran dirumahnya dan akhirnya anak puan Zaiton yang agak berani ini yang menemu-bual jin2 berkenaan. Mengikut suami puan Zaiton tidak kurang dari 6 penghantar jin yang diinterogate oleh anaknya. Untuk kemudahan saya berikan kepada suami Puan Zaiton "Handkits" rawatan saya yang mengandungi himpunan ruqyah saya..."handkits" ini akan saya ijazahkan kepada peserta kursus nanti insyaALLAH.

Saya rasakan puan zaiton masih ada masalah saka/pendamping...bila diruqyah, ternyata Ismail masih berada dibadan Puan zaiton. Selepas dinasihati dan diberi ingatan saya suruh Ismail ke Mekah dan jangan datang-datang lagi ke Malaysia.

Kali ini saya tak sanggup nak dengar siapa, mengapa, bila dsb kerana saya dah dimaklumkan tidak kurang dari 6 tukang sihir sedang berkhidmat. Saya terus beri amaran kepada semua jin2 sihir untuk keluar dan berjanji tidak menggangu Puan zaiton lagi...mana2 yang menggangu semula akan disembelih atau ditembak petir. Saya beri tempoh dan tunjukan kawasan yang dibenarkan untuk keluar... sekali lagi kaki dan tangan puan zaiton bergerak2 then reda.

saya scan dan masih ada yang degil. puan zaiton pun kata masih ada...oleh kerana amaran telah diberi, tempoh masa telah tamat maka berlakulah proses penyembelihan....Puan Zaiton menggelupor dan berbunyi seperti lembu disembelih.

Bila jaga puan zaiton masih dapat rasakan ada gangguan. saya gunakan pen saya untuk scanning bahagian2 berkenaan. Bila disentuj dengan pen, kawasan bermasalah agak berombak, then sayapun tikam dengan izin ALLAH... hampir semua bahagian badan Puan zaiton ada makhluk jahat ini....Ustaz, kata Puan zaiton....perut saya dah rosak, kaki kanan saya dah cedera...saya bantu merawat dan alhamduliLLAH pulih. Akhirnya puan Zaiton menunjukan bahagian kepala terasa macam ditikam, saya tarik keluar dan puan Zaiton merasakan keris tercabut dari kepalanya. Akhirnya puan Zaiton pun lega...cuma dia dapat merasakan pada setiap sendinya ada jin yang ditanam oleh seseorang sebagai pemberian kononnya. saya syorkan satu teknik penghapus saka/pemberian untuk dilakukan oleh puan zaiton...mudah2an Puan zaiton sembuh dan selamat beraya bersama keluarga tersayang.

Marathon Ramadhan

Saya telah pertegaskan pada diri saya pada siri yang lalu bahawa jin kafir diikat sepanjang Ramadhan. Saya katakan ada hadis yang bermaksud "Syaitan dirantai di bulan puasa". ALLAH menjelaskan dalam surah AnNAS bahawa syaitan tergolong kepada jin dan manusia.

Ramadhan ini saya jadikan bulan ujikaji saya untuk memahami maksud hadis berkenaan, samaada dari segi matan mahupun pengisian tersirat hadis, saya kaji adakah jin kafir diikat di bulan yang mulia ini. saya juga menggalakan pesakit untuk berjumpa perawat untuk menilai tahap dan punca penyakit.

Catitan saya ini mungkin boleh dikongsi bersama.

Di awal Ramadhan saya hampir pasti kebenaran fahaman saya, dalam semua rawatan saya berdialog dengan jin-jin Islam, sepertimana 3 kes yang saya catitkan dalam siri rawatan ramadhan pesakit S, Z dan K.

Apabila merawat Manaf, semasa berdialog dengan jin, jin ini mengatakan bahawa jin kafir masih mengganggu malah lebih ganas di bulan puasa! Yang kena rantai hanyalah specis syaitan sahaja. Pada badan Manaf ada jin bernama "tok sheikh" bertaraf saka. Tok sheikh dengan tegas juga mengatakan bahawa Khalid Ibnu Walid sudah liar dan mula menipu. Dia tidak lagi Khalid yang saya kenali dulu.

Kenyataan tok sheikh benar2 membuat saya upset. Sedang saya berdialog dengan tok sheikh , Kahlid datang dengan marah2 kerana dipanggil (perhatikan: sdra sebut saya nama jin, dia tersentak dan akan datang). Saya tanya khalid betul atau tidak kata2 tok sheikh, khalid mengaku. Dia kata tak berada dipondok lagi kerana pondok ini terlalu ramai pelajar dan penghuni. Memandangkan hal ini saya suruh Khalid ke Mekah dan menetap di sana, ambil kesempatan Ramadhan ini untuk umrah dan terawih di baitULLAH. Dengan teresak2 Khalid meminta maaf kepada saya, katanya dia telah menjadi jin sihir selama lebih 20 tahun, walaupun telah mendapat hidayah tetapi sukar baginya nak meninggalkan gaya hidup lamanya. Dia bersetuju untuk ke Mekah, maka tiada lagilah Khalid dalam siri rawatan saya.

Tetapi secara peribadi saya memeikirkan betulkah saya sedang berkomunikasi dengan Khalid ataupun tok sheikh sengaja nak spoil maklumat2 saya sebelum ini? saya yakin time will prevail the truth!

Saya suruh tok sheikh tangkap jin-jin sihir pada Mustafa (ingat kisah "Kanak-kanak pun Disihir"). Tok Sheikh pun berbuat demikian.

Pada badan Mustafa ada serangan dari Semabok (jin bisu), Kelang, Sabak Bernam dan Melaka. Jin Semabok, Kelang dan Sabak Bernam telah saya kenalpasti dan bukannya serangan baru, ramai yang disembelih sebelum ini. Tetapi jin Melaka mengelirukan saya. Dia kata tuannya bernama Malik (sedang sakit kesan bakar bata), Malik diupah oleh Mokhtar, Mokhtar pula mewakili kawan saya bernama "X". Saya minta untuk bercakap dengan ketua kumpulan Melaka ini untuk mendapat maklumat lebih tepat. Ketua jin ini bertanyakan nama saya dan menyatakan yang "X" marah kerana projek saya bersama dengannya tidak diteruskan.

Oleh kerana "X" kawan saya, saya berjumpa dengan "X" dan berbincang penuh hemah untuk menghurai isu ini. "X" menafikan mengenali Mokhtar dan ada melakukan kerja terkutuk ini.

Saya berhasrat untuk memanggil semula ketua jin ini didepan "X" untuk mencari kebenaran dan "X" bersetuju... insyaALLAH marathon ini akan diteruskan. Semua experiment ini boleh dijadikan panduan berkenaan kebolehpercayaan kita terhadap dialog dengan jin dan sejauh mana jin menipu dan cuba mengadu domba kehidupan manusia....jangan takut untuk mengkaji!

Thursday, October 4, 2007

Selamat Hari Raya

Pengunjung blog yang dihormati sekalian,

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menulis beberapa hari ini kerana hal2 yang tak dapat dielakan. Ternyata banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama khususnya perkara2 yang saya tempuhi dalam rawatan di bulan Ramadhan AlKareem ini.

Diantara perkara yang akan saya tulis (mungkin lepas Raya kot?) adalah berkisar kepada:

a. Peranan Jin Dalam Pilihanraya
b. Sambungan kes "Kanak-kanak pun disihir!"
c. Sambungan kes "Saka oh Saka"
d. Kesan Bakar Bata

Ini semua bergantung kepada kekuatan ingatan saya dan tape yang saya gunakan untuk merekod perbualan dengan jin.

Saya juga ingin memuatkan dalam blog ini kaedah2 rawatan bagi membantu semua ummat Islam menjalani kehidupan yang jauh dari kekangan jin dan syaitan. saya akan mulakan dengan kaedah memagar diri, keluarga dan rumah. Jika diberi kekuatan saya akan menulis berkenaan cara2 mengenal bomoh sesat, siapa tukang sihir, tanda2 terkena ganggguan dan sihir, jenis-jenis sihir berserta kaedah rawatannya.

Ini bukanlah bermakna saya pakar dalam hal2 berkenaan. Hanya sekadar usaha mendalami ilmu dan berkongsi bersama.

InsyaALLAH kursus rawatan akan diadakan pada 25hb. Disember 2007 ini, kepada yang telah mendaftar sila pastikan sdra mengosongkan tarikh berkenaan. Kepada yang masih menunggu tarikh untuk memastikan keboleh-hadiran silalah isi borang.

Sempena Hari Raya, AKRINE akan ditutup dari 10 Oktober sehingga 20 oktober ini.

Kepada semua , maaf dipinta sekira ada kesilapan fakta atau apa sahaja yang boleh menyinggung perasaan saudara. Selamat Hari Raya.

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)