Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Monday, February 4, 2008

Cukup sekadar meletakan tasbih pada pesakit

Pada malam Ahad yang lalu saya merawat Puan Zaiton yang berpantang makan ayam.

Mulut Puan Zaiton saya ikat dengan ayat kerana bahasanya korang sopan dan menganggu saya meruqyah. Saya kata awak hanya boleh berkata perkara yang benar sahaja, minta maaf, nak masuk Islam atau nak keluar. Perkataan maki-hamun mulutmu aku kunci dengan ayat ALLAH. Maka senyaplah Pn. Zaiton.

Tergerak hati saya nak memukul jin pada pada tubuh Pn. Zaiton dengan tasbih. Saya ambil dua tasbih, saya letakan di depan saya dan saya membaca surah As-Sajadah. Kemudian saya tiup tasbih2 berkenaan. Tasbih ini 1 saya serahkan kepada suami Pn. Zaiton dan 1 lagi untuk saya. Untuk makluman pembaca blog, tasbih ini dari kayu biasa, bukan koka jauh sekali nona.

Kamipun menyebat Pn. Zaiton dengan kadar yang minimum pada seluroh tubuhnya. Selepas 5 minit kamipun berhenti. Tentunya tak ada kesan lebam dsb sebab Pn. Zaiton kami selimutkan dengan selimut tebal dan pukulan sekadar ayun-ayun tangan saja.

Kemudian jin2 dalam tubuh Zaiton mula bercakap. "Saya nak masuk Islam" dan "saya nak ke Mekah" . Kamipun secara bergilir mengIslamkan jin2 berkenaan. Sayapun berdoa kepada ALLAH supaya niat jin2 ini nak ke Mekah dimakbulkan. Saya berdoa agar disediakan kenderaan kepada mereka.

Dalam banyak-banyak jin berkenaan, seorang jin masuk Islam dan nak ke Mekah. Dia tanya kat Mekah ada ayam tak? Saya syak inilah jin yang selalu memprotes nak makan ayam (Pn. Zaiton berpantang makan ayam, akibatnya dia akan meminta-minta ayam goreng semasa kerasukan). Dia mengiyakan dan mengakui kelaparan kerana tak dapat makanan sejak seminggu yang lalu. Jin ini melihat keluar, dia nampak jin2 yang dalam flight nak ke mekah di luar rumah saya sedang dihidangkan makanan lauk ayam... apa lagi diapun tak sempat memberi salam terus keluar dari batang tubuh Pn. Zaiton...

Suami Pn. Zaiton berkata, "malamni rekod baru, tak sembelih satupun jin"

Pagi Ahad Pn. R pula datang untuk dirawat. Saya merawat bersama Ust. Zed. Saya baca ayat pukul pada tasbih2 dan kain tudung wanita. Tasbih saya serahkan kepada suami Pn. R dan Ust. Zed. Saya menggunakan kain tudung.

Seperti Pn. Zaiton, saya ikat mulut Pn. R... then kami buat pukulan ringan, lebih kurang 10 mint.
Kami berehat. Saya bacakan surah As-Sajadah. Puan R menangis..

Akhirnya jin itu berkata, "sudahlah jangan pukul lagi, aku sakit!". Dia menceritakan serba-salahnya kerana wanita yang diganggu ini baik sedangkan dia akan dipukul oleh tuannya jika tidak mengganggu wanita ini. (Pn. R sebelum ini saya suruh berdoa supaya ALLAH memberi hidayah kepada jin2 yang mengganggunya dan memaafkan jin2 berkenaan---teknik diplomasi)

Dia memberitahu kepalanya dipegang oleh tukang sihir dan akan dipukul jika berhenti mengganggu. Saya ajak dia masuk Islam dan saya berjanji untuk membantu mengembalikan kepalanya. Saya juga beritahu bahawa anda akan syahid jika mempertahankan kebenaran di dalam Islam. Dia minta segera diIslamkan. Selesai mengucap dia memilih nama Muhammad dan kemudian dia mati....

Muncul jin yang kedua, juga teresak. "Saya kawan Muhammad, Muhammad telah disembelih oleh Mak Yeh" kata jin itu hampir meraung. Diapun masuk Islam, kemudian diapun mati disembelih oleh Mek Yeh.

Kami bertiga bersedih dengan peristiwa ini, Ust. Zed saya lihat begitu pilu sekali....kejamnya Mak Yeh.

Muncul jin ketiga. garang sekali dan mengatakan dialah Mak Yeh. Dia kata dia akan bunuh sesiapa sahaja yang bersimpati dengan wanita ini dan Mak Yeh tak pernah kalah katanya.

Saya pukul dia dengan kain tudung. Dia kesakitan dan minta jangan dipukul lagi. Dia jin Hindu . Dia juga akhirnya akur bahawa wanita ini baik dan tak mahu lagi mengganggu wanita ini. Jin ini saya hantar ke gunung ... di Johor.

Pn. R saya sedarkan... Pn. R diserang di bahagian tangan kanan. Saya bekalkan Pn. R dengan Penawar Nur Ehsan dan minta beliau membuat mandian 7 petang.

Malam tadi saya merawat Pn. K (yang juga berpantang makan ayam). Saya bacakan surah As-Sajadah pada tasbih2 yang saya gunakan sebelum ini. Saya serahkan 1 tasbih berkenaan kepada suami Pn. K.

Saya minta suami Pn. K meletakan tasbih pada tubuh Pn. K. Setiap kali diletakan, Jin pada puan K merayu supaya tasbih itu diangkat darinya. Suami Pn. K bertindak seolah-olah seorang perawat professional, bertanya jin apa. bila masuk, kenapa dan menyuruh keluar. Bagi jin yang tak mahu keluar, diletaknya tasbih berkenaan ke badan Pn. K, menjerit jin berkenaan. Suami Pn. K berkata kalau awak tak mahu keluar... ust pulak letak tasbih dia. jin berkenaan ketakuatan dan keluar.

Suami Pn. K mengeluarkan jin2 sihir dan saka di perut, bahagian kemaluan, dada dan kepala Puan K. Setelah sedar Pn. K merasa amat ringan dan pandangannya kabur selama ini menjadi jelas. AlhamduliLLAH.

Saya pula benar-benar relax dalam sesi rawatan ini.... apakah teknik tasbih ini boleh digunakan kepada pesakit yang lain...wALLAHu 'aklam

No comments:

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)