Dengan nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh
Pada hari selasa lalu 22 Jan 2008 lalu saya sempat menonton berita perdana di TV3 pada pukul 8.00 malam. Sempatlah saya menonton para bomoh diberikan platform yang selesa untuk mempromosikan aktiviti mereka berhubung isu kehilangan adik Sharlinie Mohd. Nashar. Apalah nak jadi dengan negaraku Malaysia. Ulamak yang menyatakan perkara yang hak dihalang di TV3 tetapi bomoh sesat yang menyesatkan diberikan promosi yang amat meluas untuk menghalalkan aktiviti mereka dan untuk menarik lebih ramai pelanggan berurusan dengan mereka.
Memanglah bagi orang yang tidak berilmu, untuk melihat anak dara masih ada dara atau tidak, mereka memang tidak mampu. Bagi orang yang berilmu, dari jauh pun sudah boleh membuat penilaian sama ada anak dara ini masih ada dara atau tidak. Bukan guna jin tetapi melihat kepada tanda-tanda yang diberikan Allah SWT. Boleh melihat punggung atau pada ***** atau pada *****.
Begitu jugalah bagi melihat bomoh sesat. Tidak sukar untuk melihat sama ada bomoh-bomoh ini sesat atau tidak sama ada melihat pada cara penampilan mereka atau melihat pada bahan-bahan yang digunakan oleh mereka. Sebahagian dari ilmu untuk menilai bomoh-bomoh sesat lagi menyesatkan ini telah saya kupaskan di dalam artikel Akidah bahagian 3 di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/4 .
Menonton penampilan bomoh ini di berita perdana TV3 tempuh hari cukup menimbulkan kemarahan saya. Lihatlah sahaja gambar berikut:
Nasir Mahmud (holding cage) and Sharlinie’s family releasing the dove yesterday from the cage at the playground in Petaling Jaya where Sharlinie was last seen.
Melihat pada rantai biji tasbih pada bomoh ini sudah mengingatkan saya kepada sami buddha di kuil-kuil buddha. Melihat buah kelapa pula telah mengingatkan saya kepada sami Hindu terutama sekali sewaktu perayaan Thaipusam yang baru berlalu. Apa pula kaitan melepaskan burung merpati dengan usaha mendapatkan semula adik Sharlinie? Di dalam gambar tersebut juga kelihatan buyung yang entah apa kandungan didalamnya. Bomoh sesat memang suka menggunakan warna hitam, merah atau kuning/oren. Lihatlah warna hitam pada pakaian bomoh sesat ini. Lihatlah pula kain merah yang dibentangkan untuk meletakkan buah kelapa tersebut.
Selain daripada kaedah penampilan yang boleh diguna pakai untuk mengenali bomoh sesat ini, mereka juga suka berlagak macam Tuhan. Di dalam Al Quran dinyatakan bahawa segala yang ghaib adalah milik Allah SWT tetapi di dalam kes ini mereka berlagak macam Tuhan dengan menyatakan perkara ghaib seperti petikan berikut dari akhbar Berita Harian:
" Sementara itu di rumah keluarga Sharlinie, Presiden Ikatan Bomoh Negara 11 Serangkai, Nasir Mahmud, yang juga ahli Jemaah Sabilillah Selangor, mendakwa pihaknya mendapat firasat Sharlinie akan dikembalikan minggu depan.
"Pihak kami berusaha mengesan Sharlinie melalui kaedah tradisional berteraskan ajaran al-Quran dan mendapat petunjuk dia kini disembunyikan di sebuah flet terletak dalam lingkungan lima kilometer (km) daripada rumahnya," katanya selepas melakukan upacara simbolik kaedah perubatan kumpulan itu di sini, semalam. "
Kononnya bomoh ini mengetahui perkara ghaib dan memberikan ramalan bahawa adik Sharlinie akan dipulangkan pada minggu depan. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh bomoh sesat ini adalah sekadar untuk mengkafirkan umat Islam semua kerana di dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa mempercayai kata-kata bomoh akan menjadikan orang yang mempercayainya menjadi kafir.
Siapa yang mendatangi arraf, kahin (tukang ramal / bomoh) lalu membenarkannya (menyetujuinya), maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud)
Bagi yang tidak berilmu atau yang sememangnya “buta”, orang seperti ini pun dibiarkan terus menyesatkan orang lain sama seperti bagaimana mereka membiarkan bomoh sesat seperti bomoh di Pusat Rawatan Keraton di Sentul yang diusahakan oleh Prof Dato Dr Raden Johari Mansor sebagaimana telah saya ceritakan dalam artikel saya Bomoh di Malaysia semakin moden dan canggih, tahniah syaitan di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/118 .
Islam adalah satu agama yang mengamalkan konsep “matlamat tidak menghalalkan cara”. Memanglah keluarga Sharlinie amat sedih dengan kehilangan anak kesayangan tersebut. Ingatlah bahawa ini semua adalah ujian berat dari Allah. Di dalam usaha untuk mencari anak kesayangan ini, gunakanlah kaedah yang dibenarkan di dalam Islam. Mudah-mudahan apabila kaedah yang dilakukan diredhai Allah SWT, insyaAllah kelak Allah pulangkan semula anak ini ke pangkuan keluarganya.
Dengan membenarkan bomoh-bomoh sesat ini terlibat dalam usaha mencari adik Sharlinie, apakah ini akan mendapat redha Allah SWT??? Tidak cukup dengan 100 bomoh, datang satu lagi agen syaitan memujuk bapa adik Sharlinie untuk menggunakan satu lagi jenis bomoh sesat iaitu bomoh hipnosis. Bacalah lampiran berita tersebut yang saya sertakan di bawah bertajuk “Bapa Yin cadang jumpa pakar hipnosis”.
Melalui usaha ramai pihak melibatkan begitu ramai sekali bomoh sesat dalam mencari adik Sharlinie, saya menjangka bahawa ini hanya bakal mengundang kemarahan Allah SWT. Mungkin kejadian kepada adik Nurin sedikit masa lalu bakal berulang lagi.
Kalau dengan usaha melalui bomoh-bomoh sesat ini dapat menemukan semula adik Sharlinie, bagi saya ini bakal mengundang lebih banyak kerugian kepada keluarga adik Sharlinie dan orang ramai sekelian. InsyaAllah berbagai musibah yang lebih berat bakal menimpa keluarga ini kerana pastinya rahmat dari Allah akan semakin jauh kerana kebergantungan keluarga ini kepada bomoh yang syirik. Analogi mudah bagi saya bagi situasi ini ialah sekiranya orang berdoa menang loteri. Sekiranya Allah tidak memenangkan orang ini, ia adalah sebenarnya satu rahmat besar dari Allah namun sekiranya Allah memberikan kemenangan kepada orang yang membeli tiket loteri tersebut maka ini sebenarnya permulaan dunia penuh musibah bagi penjudi ini. Mungkin dengan kemenangan ini akan menjadikan penjudi ini kaki judi sampai tua. Bayangkanlah apa yang bakal dilalui oleh kaki judi????
Nasihat saya kepada ibu bapa Sharlinie Suraya Ahmad dan Mohd. Nashar Mat Hussein, bertaubatlah. Di dalam Islam yang haram adalah tetap haram. Kalau makan babi itu ada juga maafnya apabila dimakan waktu darurat namun bagi berurusan dengan bomoh sesat ia tetap haram dan menyebabkan syirik serta tiada kes daruratnya dan berkenaan perkara ini, bacalah hukum berurusan dengan bomoh di dalam banyak artikel-artikel saya di Laman Emjay ini.
Harapan saya kepada para mufti di Malaysia, bilalah nak menembak bomoh-bomoh sesat seperti ini. Nak harapkan mufti Perak tu, sekadar menambah kacau bilau, sekadar menggalakkan air Musoffa dan air An Nusyhrah bolehlah!!
Berikut ini saya lampirkan beberapa keratan akhbar yang telah diterbitkan semalam dan beberapa hari lalu berhubung pelbagai bomoh yang terlibat dalam urusan mencari adik Sharlinie. Untungnya bomoh sesat ini dapat promosi iklan percuma dari pelbagai akhbar utama di Malaysia.
Sekian wassalam wallahuaqlam
6 comments:
Kalau pemasalahan sekarang belum selesai - penjenayah masih bebas, nak buat apa kondem corak usaha. Dicadangkan buat dulu...... lepas berjaya dapat balik mangsa baharulah dianalisa - samada corak itu haram atau halal. Kita Masih Belum Berjaya.
Saya tak tahu apa sikap saudara dalam melayari kehidupan, kalau saudara nak pergi ke Ipoh sdra tentu memikirkan jalan mana yg boleh membawa sdra sampai ke Ipoh. Tentu sdra tidak keluar dari meredah jalan dan membiarkan sdra sesat diperjalanan.
Begitu dalam mu'amalat lain. Saya akan tanya diri saya dulu "halal atau haram" seblum saya lakukan, bukan selepas melakukan baru saya tanya eh yang tadi halal ke haram
seharusnya kita sebagai umat yang memeluk agama islam harus memandang sesuatu cara yang halal yang baik dan tidak salah dari segi hukum dan perintah tuhan. semua kejadian ini adalah kehendak Allah taala. Seharusnya kita bergantung dan pulang balik padanya serta berserah padanya. bagi saya cara penggunaan bomoh sama ada bersamaan dgn cara hindu atau buddha mahupun mana2 yang bersalahan dgn hukum Allah adalah syirik dan dosa besar. Apa salahnya kita buat sembahyang hajat, solat taubat dan berzikir dan bertawakal pada Allah. setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya. Jika tidak hikmah itu jatuh pada kita mungkin pada masyarakat. Sekarang ini kita sudah lah susah dan ditambah pula mensyirikkan Allah. Ini bermakna kita menempah tiket untuk ke neraka Allah.Ingatlah wahai manusia bahawa Allah Maha Besar dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.
Dalam pengalaman hidup manusia, apabila segala amalan yang dibawa dalam kehidupan itu tidak dapat dirasakan adanya unsur-unsur yang membawa kepada berlakunya syirik, bidaah atau haram maka berterusanlah manusia ini berpanjangan mempertahankan ideologinya. Apatah lagi apabila manusia ini tidak dapat membezakan bahawa dirinya dipacu oleh nafsu mazmumah ataupun nafsu mutmainah. Kefahaman Islam yang bagaimanakah ada pada mereka ini ? WaAllahua'lam.
ASM
Saya bukan hendak membela kumpulan bomoh tu. TAPI boleh tolong terangkan kat mana syirik nya?
Sila perjelaskan bagaimana hukum syirik itu di derive/istinbat? Tunjukkan turuq wajah dilalahnya.
Sebab syirik juga berlaku bila membuat hukum sendiri tanpa kaedah pendalilan yg sebenar. Ini yg banyak Pak Lebai² pasang siap tak tahu ni. Dia hukum ni hak dia. Membuat hukum adalah hak Allah. Jadi sesuatu perkara perlu wajah dilalah yg qat'ie utk dikatakan haram atau syirik.
Wassalam.
saya panjatkan doa agar adik Sharlinie dpt dikembalikan dlm keadaan baik dan sejahtera.
Juga doa saya agar umat islam di Malaysia tidak terpengaruh oleh publisiti murahan oleh bomoh-bomoh ini.
Jika terlintas hati akan kehebatan bomoh2 ini, cepat2 lah kite beristighfar dan bertaubat, dan rujuk lah kpd mereka yg benar2 berilmu dan berada pd landasan yg betul
Post a Comment