Emel 1:
salam ustaz.
Nama ana *** dari Penang,setelah menamatkan kursus tempoh hari.saya beranikan diri cuba merawat rakan saya.Dia selalu megalami mimpi, ada seseorang yg tak dikenali membawanya kesuatu tempat sunyi.gelap dan menakutkan lalu dia ditinggalkan seorang diri ada dipernah cuba keluar dari mimpi dan cuba melawan tpi tak berhasil. Saya cuba merawatnya dengan membaca AL-FATIHAH pada awal rawatan.lalu saya mindapat ilham supaya membuat scan dirumah kediamannya. setelah dibaca doa dan ayat2 yang ustaz beri.tapak tangan saya berdeyut-deyut dan belaku getaran.Dalam hati saya munkin ini punca ganguan tersebut.setelah diberi beberapa ayat pelindung utk diamalkan.Alhamdulillah ganguan semakin kurang dan dia kembali tenang. Soalan saya ustaz adakah teknik yg saya gunakanni betul ustaz.dan apakah langkah2 rawatan seterusnya ustaz ?
MASIH TERINGAT KATA USTAZ "CUBA2 MERAWAT KELUARGA DAN RAKAN DULU."
Komen saya:
Salam,
AlhamduliLLAH semuga ALLAH memberkati hidup sdra. Beri dia zikir dan minta amalkan, lepas 2 minggu sdra scan semula.
Emel 2:
Salam,
Ustaz, dalam entry terbaru ada sebut tentang penggunaan duri landak dalam pengubatan. Sebelum ini saya ada berjumpa perawat dari darussyifa' yang juga menggunakan duri landak. minta penjelasan dari ustaz tentang perkara ini. Terima kasih.
Jawapan saya:
Salam,
setakad ini tidaklah ada kedengaran yang mengharamkannya. Saya menjawab secara kes khas dan berpendapat dia adalah bangkai yang menjadi makanan jin kafir. Rawatan Islam memerlukan bahan bersih lagi meletakan pergantungan kepada ALLAH tanpa menafikan ada bahan yang ALLAH jadikan istimewa ie jin tak suka.
Emel 3:
Kami ada beberapa soalan.
1) Kami pernah cuba merawat seorang pelajar kami. Setelah di sembelih, di sedut dan di belasah pelajar itu masih juga meronta. sampai sekarang. kami buat rawatan lebih daripada 6 jam tapi hasilnya masih begitu. susah sikit yang ni ust. Ust ada cadangan untuk kami buat sesuatu.
2) Tentang Sedut masuk botol, berapa jumlah jin yang boleh di sedut kedalam botol? adakah boleh sedut sekampung. ataupun dah ada kat dalam kemudian sedut lagi berkali-kali?
Jawapan saya:
Salam,
1. 6 jam terlalu meletihkan perawat dan pesakit. Paling lama rawatan 1jam. Kalau tak boleh close file dulu, jangan paksa kalau tak boleh. Selepas 1jam rawat xboleh, solat hajat then sambung semula dalam 1/2jam. Jika tak boleh juga buatlah mandian dengan limau purut then sambung lain kali
2. Jumlah xpasti, bergantung pada saiz botol dan jin. Saya syorkan sedut xlebih 7 kali sahaja... clearkan/hantar then sedut lagi
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
2 comments:
Assalamualaikum Ustaz.
Saya Puan R yang ustaz ceritakan dalam entry bertajuk "memperbaharui teknik membakar batu-bata" beberapa bulan lalu.
Sebenarnya sehingga sekarang saya masih sakit ustaz. Tetapi saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya sambil terus berusaha menguatkan dalaman saya dengan mengamalkan zikir-zikir yang diajarkan dan mendekatkan diri kepada Allah...
Saya hanya ingin memaklumkan kepada Ustaz,pagi semalam,Jumaat, suami saya telah menemui bungkusan yang tertanam di sisi rumah saya,berisi empat botol kecil berisi pelbagai item, limau yang telah membusuk, kapur barus dan beberapa butir lagi yang sukar dikenalpasti. Kami telah membakar benda-benda itu jauh dari rumah. Dalam perjalanan ingin mengapuskan benda2 tu, azan zohor berkumandang di radio IKIM dan secara tiba-tiba botol2 itu telah pecah dan mengeluarkan letupan kecil.
Betulkah tindakan kami membakar benda2 tu Ustaz? Wallahualam.
Salam,
Kebanyakan muallij mencadangkan agar barang2 sihir dimusnahkan secara rendaman pada air yang dibacakan Al-Fatihah, Kursi dan 3 Qul.
Tindakan membakar/menanam tidak semestinya mematikan jin2 berkenaan. Ini kerana kita melawan balas secara fizikal sedangkan mereka adalah perkara ghaib... walau bagaimanapun ia tetap berhasilkan jika dilakukan dgn pergantungan bulat kepada ALLAH, adakalanya kita tersepak jin secara tak sengaja.... kesimpulannya serahkan urusan kepada ALLAH setelah memilih teknik yang difikirkan betul dan benar.
Post a Comment