Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Monday, October 27, 2008

Kesusahan dan pertolongan





AlhamduliLLAH baru tiba ke rumah setelah 2 hari di kuantan.

Malam sebelum bertolak ke Kuantan ada pukulan dan bunyi yang saya dan isteri saya dapat rasakan. Bila bangun untuk solat subuh saya dapati notice board di dalam rumah saya tumbang dan bil2 yang saya attached pada klip bertaburan. Logiknya sukar untuk notis board ini untuk tumbang kerana kedudukannya yang senget 45darjah...

jam 10.00 pagi saya dapati seekor burung yang cantik mati berhampiran klinik saya. Semasa saya pegang ia masih panas, mulutnya memuntahkan darah. seorang pekerja Indonesia yang berada di sekitar rumah saya mengatakan dia mendengar dentuman yang kuat dan menyangka hanya balingan batu... hati saya agak resah sedikit. Saya lihat tiang rumah saya ada calitan tanah liat yang panjang. Saya perteguhkan hati bahawa ini tidak ada apa2 melainkan perkara biasa, namun kerisauan untuk perjalanan ke Kuantan terasa juga...

saya perhatikan kereta saya, saya dapati ada goresan berwarna kelabu di bahagian depan yang tak dapat dibersihkan.

Saya masuk ke klinik ambil spray dan spray sekitar klinik dan kereta... ini hanyalah langkah berhati2... saya start engine dan ada penunjuk battery dah mulai lemah, jadi setelah solat sunat musafir serta berdoa mohon keselamatan perjalanan saya singgah ke kedai bateri dan membeli bateri baru... perjalanan ke Kuantan pun bermula.

Lebih kurang 1km ke tol Maran kereta saya berhenti dengan sendirinya. Mujurlah saya sempat parking di tepi jalan. waduh... saya tak pernah diuji begini.

Baiknya, belum sempat saya keluar kereta sebuah kereta berhenti di depan saya dan ternyata dia seorang mekanik. Dia mendapati altenator saya rosak. Ternyata saya tersilap menukar bateri... oleh kerana bateri saya baru saya boleh bergerak sampai ke Maran.

5 minit kemudian peronda lebuhraya MTD Prima sampai dan menghubungi perkhidmatan towing mereka. Pegawai berkenaan memberitahu saya, kemungkinan towing lambat sampai atleast 2 jam lagi kerana ada 2 kes lain yang perlu perkhidmatan. Mereka membawa isteri dan anak2 saya ke surau tol Maran dan saya menunggu di kereta.

Tentunya saya memikirkan petanda2 malam tadi dan pagi tadi... apakah ada usaha2 menghalang saya ke Kuantan. Saya katakan pada diri saya, mungkin ALLAH sengaja melambatkan perjalanan saya untuk kebaikan kami sekeluarga.

Sambil menunggu towing saya gunakan ruang masa yang ada dengan berzikir dan membaca al-Quran. Oleh kerana keadaan tidak pasti saya tukar niat dari jama' takhir kepada jama' takdim. Inilah kali ke2 saya solat di tepi jalan raya tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu-lalang berdekatan saya. kali pertama adalah semasa tuntutan reformasi di jalan Kebun, shah Alam bersama almarhum Ustadh Fadhil Noor, presiden PAS ketika itu.

Selesai berdoa sahaja, pertolongan ALLAH tiba dengan ketibaan kereta tunda. Kaget saya dengan penuh rasa kesyukuran. Dengan segera saya dan kereta di tarik ke tol Maran.

Mekanik berkenaan mengeluarkan altenator kereta saya. Dia risau kerana kereta yang saya gunakan tak banyak atau mungkin tak ada spare-part di Maran. 5 minit kemudian dia datang dengan alternator yang memang sama dengan yang saya pakai, alhamduliLLAH.

Perjalanan diteruskan dan saya selamat tiba di Kuantan. Sebelum tidur, saya sempat merawat isteri anak murid saya yang telah lama menunggu.

Kursus berjalan dengan jayanya dengan penyertaan diluar jangkaan sehingga mencapai 100 orang. bilik penuh sesak dan pendingin udara gagal menyejukan bilik kerana terlebih penghuni

Sebenarnya... malam sebelum saya bertolak seorang pesakit saya menceritakan kisah dukanya. Beliau disihir menggunakan minyak dagu mayat dan abu orang mati. sesiapa sahaja yang berusaha menolong atau merawat ditimpa kesusahan. Ramai perawat yang sakit selepas merawat beliau, orang yang mencadangkan beliau berjumpa saya menerima musibah apabila keretanya terbalik secara tiba-tiba. ayahnya yang banyak membantunya juga sedang sakit. Dia kemungkinan dibuang kerja kerana cuti beberapa hari kerana serangan sihir ini.

Oleh kerana kes dia berat saya ajar dia teknik bakar batu-bata. Di akhir perbualan dia menasihatkan saya berhati2 kerana hal2 yang dinyatakan di atas.

sebenarnya saya dapat merasakan serangan... pinggang saya sakit beberapa hari selepas merawatnya. Keyakinan saya ALLAH adalah pelindung dan DIAlah sebaik-baik pelindung.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

ambe nak tanya sikit boleh tak...?
burung apa tu...? apasal sayap dia warna hijau...?

taja said...

salam ustaz,

Tahniah atas kejayaan kursus di Kuantan. Semoga keluarga Ustaz sentiassa dlm rahmat dan lindungan Allah.

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin



Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)