Rawatan kepada Puan T saya hentikan hampir 2 minggu kerana sedang mencari jalan penyelesaian.
Apa tidaknya pada tubuhnya (mengikut jin yang terakhir yang dikeluarkan) terdapat puluhan ribu lagi yang masih ditidurkan. Rawatan terakhir kepadanya berjaya dengan izin ALLAH mengeluarkan 6 jin. Setiap satu jin saya kena tarik jarak jauh 6 kali kunci-kunci yang disimpan di bawa ketiak tok sami di Siam sana. Ertinya pada rawatan tersebut saya sudah 36kali menarik dan ini amat meletihkan.
Saya beritahu jin yang nak keluar supaya bertahan dahulu sehingga saya mendapat ilham bagaimana nak keluarkan, kerana terlalu ramai dan meletihkan jika dikeluarkan satu per satu. Saya katakan juga saya akan tidurkan mereka dan minta mereka mencari jalan untuk membuka kunci-kunci berkenaan.
Semasa sesi dialog dengan jin berkenaan saya panggil pakar-pakar dari Serambi Madinah kalau2 mereka tahu tekniknya, ternyata mereka juga tak dapat memberikan jawapan. Di kesempatan yang sama saya tanya pakar tentang bagaimana nak buka kunci pada rongga anak saya yang autism supaya dia boleh bercakap.
Pakar-pakar SM mencadangkan saya membaca surah Al-Fathi: 1-3. Cadangan ini disampaikan melalui jin yang berada di badan puan T. Susah jin ini nak sebut al-Fathi kerana dia jin siam yang kafir.
Saya mula menghafal ayat ini dan membacakan kepada anak saya {untuk makluman pembaca anak saya sudah fokus dan tiada ciri-ciri beruk lagi...alhamduliLLAH). Kelmarin saya sudah hafal betul...Saya tidaklah percaya penuh kata-kata pakar dari SM kerana sifat saya mahu berhati-hati dalam hal2 spt ini.
Pagi tadi saya layari laman web Darusyifa dan mendapati ayat yang sama terpampang sebagai ayat pembuka kunci...apakah secara kebetulan atau ilham telah ALLAH berikan... saya yakin kepada kedua-duanya.
Petang tadi puan T dan suaminya datang kerana sakit kepala melampau. Saya beri minum air penawar Nur Ehsan dengan tambahan bacaan Al-'Araf;134 dan Al-Fathi:1-3 sebanyak 3 kali. Selepas beberapa minit jin itu memberitahu dia dan rakan-rakannya tidak terkunci lagi, maka saya tarik menggunakan serban dan mengeluarkan kesemuanya serentak biizniLLAH.
Syukur kepadaMU ya ALLAH, hambaMU lemah tiada kekuatan kecuali dengan kehendakMU ya Rabbul Jalil.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
3 comments:
Salam,
Saya sebenarnya sedang merawat pesakit yang saya rasa periuk nasi pencariannya telah di sihir dan di tutup dan saya juga sedang mencari ayat atau doa tertentu bagi membuka segala kunci sihir penutup/tertanam. Dan mungkin secara kebetulan juga terpampang di hadapan saya halaman web Darusyifa 'doa pembuka' pada hari tersebut dan saya pun telah apply pada kedai/office pesakit itu.
Saya ingin berkongsi pengalaman baru saya ini, di mana sihir dan jin di sembunyikan atau ditanam di dalam tembok office dan lantai.
Ketika berada di office pesakit(di Johor, Danga Bay), saya berdoa menggunakan doa darusyifa, dan juga berbisik di hati, meminta diberi petunjuk supaya ditimbulkan segala penghalang sihir atau jin yang ditanam di office beliau. Saya seperti diberi isyarat supaya menepuk lantai dan tembok office tersebut... saya pun membaca ayat kursi dan tiup pada tangan saya dan tepuk lantai dan tembok tersebut ....langsung secara tiba2 bulu roma saya ternaik dgn serta merta. Saya kemudian spraykan lantai dan tembok tersebut dan mula melakukan teknik tarik jin seperti dragon ball kedalam botol.
Kini saya akan ke rumahnya pula hari ini untuk buat teknik yang sama berkat 'doa' pembuka kunci tersebut dan merawat keluarga beliau skali.
Doakan saya semoga diberi kekuatan mengahadapi segala masaalah sihir ini.
Assalamualaikum wbt>>
Semoga dimudahkan Allah Taala
Salam,
Bagaimana nak scan rumah atau pada badan seseorang yang disihir atau dirasuk jin ataupun cuma untuk lihat jika ada jin didalam badan pesakit.
Post a Comment