Followers

kursus

Kursus Rawatan Islam Terbaru

Tahap 1 : akan diadakan pada 19 - 20hb. September 2015 di Akrine Kuang

Kursus ini akan menekankan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:

* Bagaimana alam jin
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan kehadiran jin
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar jin (tarik guna serban / botol)
* Teknik mandian pesakit
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Yuran adalah RM250.00 sahaja. Tempat adalah terhad. Hanya peserta Tahap 1 yang layak untuk mengikuti kursus Tahap 2

SMS butiran anda nama, alamat, pekerjaan kepada 019 758 4801

Tahap 2 : akan dimaklomkan

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih menekankan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:

* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik rawatan
* Teknik tikam
* Teknik baling
* Teknik tidurkan jin
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP)
* Teknik Serkupan Azab (TSA)
* Keberkesan Rawatan
* Latihan

Yuran adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Tarikh tutup permohonan adalah seminggu sebelum tarikh kursus


Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan( Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

Hotel yang terdekat terdapat di TSB BBaru Sg. Buluh

Kusus Pengukuhan Tahap 3

Tarikh : 15hb. November 2014

Tempat : Dewan Burhanuddin Helmy, Kuang

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran : RM100.00

Wednesday, December 31, 2008

Pengalaman Merawat 8

Puan A merupakan salah seorang pesakit saya yg terpaksa menjalani proses rawatan berkala semenjak bulan Ogos lepas. Semuanya bermula apabila Puan A mengalami sakit yg menyebabkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital 2 kali setiap bulan. Puan A adalah mangsa kpd seorang saudara terdekat (Puan J) yg sering menghantar jin2 miliknya.

Setiap rawatan berjaya membongkar byk rahsia Puan J selama ini. Beliau hidup bermadu (isteri kedua) setelah kematian suami pertamanya. Sepanjang hidup bermadu, beliau telah byk menggunakan mentera2 pengasih, penyeri, pemikat dan sebagainya demi utk menakluki hati suaminya. Malahan beliau sanggup menggunakan mentera tertentu supaya suaminya bermasalah apabila bersama dgn isteri pertama (Puan N). Sekian lama perbuatannya sehinggalah suaminya mengalami masalah kelamin. Angkara perbuatannya, beliau sendiri berhadapan dgn masalah hubungan kelamin dgn suaminya.

Tanpa Puan J sedari, amalan2 salah beliau telah mengundang byk jin2 pendamping. Jin2 tersebut berada di luar dan di dalam tubuh beliau. Demi mengurangkan beban yang ditanggung olehnya, Puan J bertindak memindahkan jin2 tersebut kpd Puan A.

Rawatan semalam juga berjaya membongkar rahsia bhw Puan J juga memiliki seorang anak yg diberi nama Yassin hasil dari hubungan sulitnya dgn jin. Yassin akhirnya muncul utk berdialog setelah dicabar sebagai pengecut. Beliau dikenali sebagai ketua kpd kesemua jin yg dihantar Puan J kpd Puan A. Yassin tidak agresif. Beliau mengaku mengikuti setiap dialog yg berlaku antara saya dan anak2 buahnya sepanjang rawatan sebelum ini. Yassin mengaku bertanggungjawab atas perbuatannya. Yassin seperti tidak kesah jika dihantar ke Serambi Madinah (SM) dan berpisah dgn maknya (Puan J). Tanggapan saya mungkin juga Yassin amat menyedari akan kesalahannya selama ini dan beliau amat2 menyesal. Beliau akhirnya mengajak kesemua anak2 buahnya memperbaharui syahadah dan dihantar ke SM.

Walaupun Yassin serta anak2 buahnya telah berjaya dihantar ke SM namun masih ada jin2 lain yg menginap di badan Puan A. Mereka adalah jin2 yg dihantar secara berasingan dan tidak di bawah pemerintahan Yassin. Diketahui ada 7 lagi jin2 yg tertinggal. 4 jin lelaki dan 3 jin wanita.

Kesemua jin2 lelaki berjaya dihantar ke Seri Petaling. Hanya 1 dari 3 jin wanita berjaya dikeluarkan. Rawatan terpaksa dihentikan krn salah satu dari jin wanita tersebut bernama Zaharah amat meminati saya dan mula berkelakuan tidak senonoh terhadap saya. Puas memujuk akhirnya Zaharah bersetuju dihantar ke Serambi Al-Quds.

InsyaAllah rawatan akan diteruskan lagi di masa akan datang.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Monday, December 22, 2008

Membuka Kunci Tokong Siam

Rawatan kepada Puan T saya hentikan hampir 2 minggu kerana sedang mencari jalan penyelesaian.

Apa tidaknya pada tubuhnya (mengikut jin yang terakhir yang dikeluarkan) terdapat puluhan ribu lagi yang masih ditidurkan. Rawatan terakhir kepadanya berjaya dengan izin ALLAH mengeluarkan 6 jin. Setiap satu jin saya kena tarik jarak jauh 6 kali kunci-kunci yang disimpan di bawa ketiak tok sami di Siam sana. Ertinya pada rawatan tersebut saya sudah 36kali menarik dan ini amat meletihkan.

Saya beritahu jin yang nak keluar supaya bertahan dahulu sehingga saya mendapat ilham bagaimana nak keluarkan, kerana terlalu ramai dan meletihkan jika dikeluarkan satu per satu. Saya katakan juga saya akan tidurkan mereka dan minta mereka mencari jalan untuk membuka kunci-kunci berkenaan.

Semasa sesi dialog dengan jin berkenaan saya panggil pakar-pakar dari Serambi Madinah kalau2 mereka tahu tekniknya, ternyata mereka juga tak dapat memberikan jawapan. Di kesempatan yang sama saya tanya pakar tentang bagaimana nak buka kunci pada rongga anak saya yang autism supaya dia boleh bercakap.

Pakar-pakar SM mencadangkan saya membaca surah Al-Fathi: 1-3. Cadangan ini disampaikan melalui jin yang berada di badan puan T. Susah jin ini nak sebut al-Fathi kerana dia jin siam yang kafir.

Saya mula menghafal ayat ini dan membacakan kepada anak saya {untuk makluman pembaca anak saya sudah fokus dan tiada ciri-ciri beruk lagi...alhamduliLLAH). Kelmarin saya sudah hafal betul...Saya tidaklah percaya penuh kata-kata pakar dari SM kerana sifat saya mahu berhati-hati dalam hal2 spt ini.

Pagi tadi saya layari laman web Darusyifa dan mendapati ayat yang sama terpampang sebagai ayat pembuka kunci...apakah secara kebetulan atau ilham telah ALLAH berikan... saya yakin kepada kedua-duanya.

Petang tadi puan T dan suaminya datang kerana sakit kepala melampau. Saya beri minum air penawar Nur Ehsan dengan tambahan bacaan Al-'Araf;134 dan Al-Fathi:1-3 sebanyak 3 kali. Selepas beberapa minit jin itu memberitahu dia dan rakan-rakannya tidak terkunci lagi, maka saya tarik menggunakan serban dan mengeluarkan kesemuanya serentak biizniLLAH.

Syukur kepadaMU ya ALLAH, hambaMU lemah tiada kekuatan kecuali dengan kehendakMU ya Rabbul Jalil.

Friday, December 19, 2008

Saya memang "kurang ajar"

Itulah kata2 guru saya semasa mengulas kata2 dari seorang perawat dari Indonesia bahawa TG "kurang ajar".

Maksudnya TG mengakui bahawa banyak perkara yang dia tidak mengajar dan kerana itulah TG masih merasakan ada banyak kekurangan. TG juga mengagihkan kepakaran, jika Jin diserah pada Ust. Rashid, santau Tn.Hj. Mokhtar, herba Dr. Rahman UPM, tajwid Ust Zul dsb.

TG tidak pernah mengatakan "semua mesti ambil ilmu dari saya, cukuplah saya saja dan yang lain semuanya salah". Tetapi akhirnya ada yang fanatik mengatakan ini bukan dari guru kami dan dan cukuplah kami dengan rukyah syariah dan biarlah kami dilihat kuno...

Sikap fanatik sahaja boleh dimaafkan tetapi apabila timbul rasa hasad, dengki kepada kaedah rawatan adalah suatu yang malang dan menjauhkan kita dari bantuan ALLAH, mana mungkin ALLAH membantu perawat jika perawat adalah pemilik PHD tanpa masuk universiti...

Tulisan ini adalah jawapan saya kepada satu email yang bertanya kepada saya kenapa Rawatan Islam berbeza-beza....

Sebenarnya tidak berbeza dari segi dasar hanya berbeza dari segi cabang atau ranting. Ada yang guna rukyah dia guna rukyah, ada yang yang pukul dengan serban pukullah dengan serban, ada yang beri air dapatlah air rukyah, ada yang nak tahsin dapatlah tahsin, yang nak pindah dalam telur, botol, buah limau maka pindahlah jin ke bahan berkenaan. Ada yang sembelih maka matilah jin itu, ada yang masuk botol kemudian hanyut dalam sungai maka ISAlah jin itu...

Kenapa rawatan tak sama.... pertama perkataan rawatan Islam itu sendiri tidak tepat. Berdepan dengan gangguan makhluk halus hanyalah sebahagian kecil dalam rawatan Islam yang syumul. Tak apalah mungkin yang dimaksudkan rawatan gangguan kenapa tak sama?

Kedua, ia lebih kepada dari mana anda mendapat ilmu rawatan berkenaan. Guru anda mengajar anda teknik rawatan. Bukankah sumbernya Al-Quran, hadis dll? ya betul tetapi ada setengah pihak boleh menerima keseluruhan dan ada yang tidak. Contoh, rukyah syariah dikatakan satu2nya teknik RasuluLLAH. Sedangkan RasuluLLAH juga pukul dengan serban, RasuluLLAH juga dialog spt katanya "inni RasuluLLAH...ukhruj ya 'aduuLLAH" aku adalah pesuruh ALLAH, keluar wahai musuh ALLAH.

Ketiga, Guru mengambil ilmu dari guru sebelumnya dan guru juga berexperiment dalam rawatannya. ALLAH menguji perawat dengan pelbagai masalah yang tidak ada pada buku... ALLAH mengilhamkan jawapan maka timbullah teknik-teknik rawatan bagi kes2 yang lebih spesifik. Lain perawat lain ujiannya sesuai dengan janji ALLAH melalui lidah RasulNYA "setiap penyakit ada ubatnya"

Alangkah cantiknya jika semua yang ALLAH kurniakan ilmu rawatan dapat mengkongsikan ilmunya... bagi yang mendapat ilmu pula jangan mendabik dada bahawa inilah satu-satunya rawatan Islam, yang lain adalah palsu!

Saya hairan kepada ketaassuban, kefanatikan dan megah dengan pengijazahan sehingga melihat gurunya sahaja yang betul dan menolak rawatan lain.

Tentera Islam Masuk Badan Pesakit

Saya mulakan merawat dengan membaca Ar-Rahman sebanyak 41x. "cukup, cukuplah tu...." rayu jin yang mengganggu puan R yang ada kes teknik simcard sebelum ini.

Maka saya keluarkan atau sembelih kumpulan demi kumpulan biizniLLAH.

Dengan penuh kesyukuran kepada ALLAH kami panjatkan kerana usaha2 rawatan hampir ke destinasi akhir kesembuhan apabila jin2 sihir, jin pokok kelapa sawit, jin kebun bunga dan jin batang paip dipindahkan ke Serambi Madinah.

Tiba-tiba muncul lagi jin baru, saya tanya dari mana? "Kuang" katanya. "Awak tentera Islam?" soal saya. "Ya" jawabnya... ahh sudah ini kali kedua tentera Islam masuk ke dalam badan pesakit saya. Dulu pesakit yang saya ceritakan "Secantik Nabi Yusuf". Lalu saya membuat telahan yang sama. "Apakah pada badan wanita ini ada jin yang cantik atau alim, sehingga kamu masuk?". Saya lontarkan pertanyaan.

"Tidak ustaz, dia wanita baik. kami mahu menolongnya dan di badannya ada jin2 yang jahat.. kami geram ustaz!" jawab jin berkenaan. Yang jelas dia menggunakan perkataan kami menunjukan ramai. "Bila awak masuk ke tubuhnya?" tanya saya lagi. "Kami sentiasa mengikutinya walaupun dia telah balik ke rumahnya di Johor, kami masuk bila sekumpulan jin dari Mesjid Sg. Plong masuk mengganggu selepas dia solat hajat di mesjid ini sebelum berjumpa ustaz".

"Kalau niat awak nak tolong, marilah kita bergabung kerana ALLAH tanpa ikatan ataupun upah" ajak saya dan saya teruskan merawat.

Maka keluarlah ketua gangster sihir yang selama ini mengganggu puan R kerana dendam dan dengkinya seorang pengupah wanita. Kemudian saya berdepan dengan kumpulan jin dari Mesjid Sg. Plong. Kemudian tentera Islam mohon keluar, mereka keluar dalam tempoh yang agak lama, menunjukan ramainya yang masuk dan yang terakhir memberi salam.

Suami puan R menceritakan kepada saya selepas rawatan sebelum ini, puan R sentiasa bertahajjud dan solat hajat setiap lepas solat.

Inilah yang berlaku, apabila pesakit membantu dirinya untuk mencari kesembuhan dengan mendekatkan dirinya kepada ALLAH, insyaALLAH bantuan ALLAH kepada pesakit dan perawat akan datang kerana itulah janji ALLAH.

Seruan saya kepada pesakit, sakit adalah ujian dari ALLAH... adakalanya sakit adalah tanda ALLAH sayang kepada kita, ALLAH ampunkan dosa orang yang sakit jika dia redha dan berusaha mencari kesembuhan. Adakalanya sakit menyedarkan kita bahawa kita adalah hambaNYA dan menyebabkan kita tawadduk dan syukur sebagai hambaNYA

Thursday, December 18, 2008

Jin Saka Hantar Pesanan

Malam tadi seorang pesakit saya datang ke rumah. Tujuan asal bukan untuk dirawat hanya sekadar nak beli tepung kek basah yang diusahakan oleh isteri saya. Tepung ini memang ada ramai peminatnya, sekali beli insyaALLAH nak lagi... bukan ada letak jin pelaris!okay.

Suaminya memberitahu saya bahawa N sudah mengamuk dalam kereta dan tak mahu keluar... anaknya C berlari mendapatkan isteri saya. Saya melihat suami N mengajak keluar sambil mengenakan spray yang saya hulurkan kepadanya. N meronta-ronta lantas membaling pewangi kereta melalui tingkap.

Saya ambil ekor pari dan menghampiri N sambil membaca Al-Baqarah-137, saya baca ayat pengikat ke arah tangannya. "Kalau kau berani lepaskan aku!" desaknya... nampak gaya ikatan saya menjadi, bisik hati saya... taklah saya risau sangat.

Saya berdialog dengannya penuh hikmah, dia menuduh saya dan suaminya yang mempengaruhi "anaknya" untuk menjaga solat dan banyak berzikir. Lama berdialog dimana N dalam kereta dan kami di luar akhirnya saya beri amaran supaya dia keluar, dia berdegil lalu saya sembelih biizniLLAH.

Kemudian N sedar dan kami bawa dia ke bilik rawatan. Mulanya N berbual biasa dan dia tak tahu langsung apa yang berlaku. Baginya dia hanya tertidur dalam kereta sekejap sahaja.

Tidak lama kemudian dia merasai ada benda di tengkuk belakangnya. Saya cuba blok dengan membaca Al-A'am 103 lalu meniup tengkuknya.

"Aku B, ayah sakit... kami nak awak balik". N menjawab mengatakan dia tak akan balik selagi ayah masih ada jin saka dikelilingnya. Kami hanya mendengarkan sahaja perbualan panjang mereka adik-beradik. Kemudian B keluar...

Nampaknya di akhir zaman ini selain menghantar telegram atau sms. jin juga digunakan untuk hantar pesanan panjang.

Tuesday, December 16, 2008

Penantian 8 tahun berakhir

Hari Sabtu yang lepas, saya diminta oleh sepasang suami isteri untuk mencukur rambut anak kesayangan mereka.

Setelah 7 tahun berumahtangga dengan izin ALLAH memperkenan doa hamba2NYA maka pasangan ini akhirnya dikurniakan seorang putera.

Semasa saya merawat isterinya, dia mengalami edaran haid yang tidak teratur dan sakit di bahagian pinggang. Mereka juga (kalau tak silap ingatan saya) tidak dapat bersama buat sekian lama. AlhamduliLLAH suaminya seorang penyabar dan meletakan pergantungan bulat kepada ALLAH.

Pada peringkat awal rawatan saya, suaminya tidak menemaninya... hanya kawan rapat sahaja sebagai teman. Bagi suaminya pada masa itu dia sudah banyak menemani isterinya untuk mencari kesembuhan. Melihat perkembangan positif isterinya, akhirnya dia datang bersama untuk menemani dan adakalanya dirawat sama.

Dengan izin ALLAH saya telah berdialog dengan jin2 yang mengganggu... jin ini ada kena-mengena dengan bekas kenalan wanita ini. Jin2 memakan telur wanita ini (tidak benar jin hanya memakan asap!) sehingga menghalang wanita ini dari mengandung. Akhirnya ada yang disembelih dan ada juga yang dikeluarkan...suatu hari saya mendapat panggilan dari mereka berdua memberitahu pasangan ini bakal menimang cahaya mata.

Sebagai tanda syukur kepada ALLAH dan mungkin penglibatan rawatan saya, pasangan ini meminta saya membotakan kepala anaknya...maka botaklah sicomel ini



Saya juga menerima email ucapan terima kasih serta kesyukuran dari seorang guru di Sarawak yang isterinya sedang mengandung selepas saya rawat di Kuantan beberapa bulan yang lalu.

Yang nyata ada ketikanya seseorang terhalang dari mengandung disebabkan gangguan makhluk halus. Berikhtiarlah sehingga ALLAH memperkenan kesembuhannya.

Sunday, December 14, 2008

Senarai Peserta Kursus Rawatan Intensif

Senarai Peserta Kursus Rawatan Intensif

27-28hb. Dis. 2008

1. 013-4499010
2. 012-3385833
3. 019-3213600
4. 012-5814810
5. 019-2486644
6. 012-5947430
7. 019-2672369
8. 019-4306763
9. 013-3758458
10. 019-6727627
11.012-2052624
12.019-3806470
13.012-9373110
14.013-3941598
15.012-6957985
16.013-9829389
17.019-7318414
16.012-6117099
17.019-5436773
18.016-4273639
19.012-6011165
20.017-3734579
21.016-9751040
22.019-9889500
23.017-2066233
24.019-9940839
25.012-6919264
26.017-3918664
27.017-3941142
28.012-7625455
29.013-3941598 (Ibnu Saad)
30. 013-3941598(Ibnu Hasan)
31.019-8095589
32.013-5232551
33.019-3564632
34.012-5835474
35.019-3993038
36.012-8640475
37.012-3966772
38.019-2078267
39.017-3603013
40.013-6323571
42.019-6602008
43.013-4333119
44.019-3279304
45.013-2507094
46.019-2185466
47.019-2191536 (Saifuldin)
48.019-2191536 (Baharudin)
49.019-2412550
50.019-2412550(Bapa Mertua)
51.012-6323276
52.012-6323276(Zakaria)
53.012-6323276(Zahar)
54.019-6879224

Sila buat pembayaran sebelum 20/12/08 dan fax 0r email bank in slipnya ke akrine. Mana-mana yang tidak disenaraikan tetapi telah memohon dan menerima SMS dari pihak Akrine silalah berhubung dengan pihak kami. Begitu juga peserta yang tidak dapat hadir harap memaklomkan kerana terdapat 10 orang lagi sedang “standby”.

Terima kasih.

Friday, December 12, 2008

Saturday, December 6, 2008

Secantik Nabi Yusuf

Jin bernama Hana sambil tersipu-sipu memberitahu bahawa dia masuk ke tubuh pesakit saya seorang wanita kerana pada tubuh pesakit ini ada jin yang kacak sekacak Nabi Yusuf.

Saya tanya awak pernahkah melihat Nabi Yusuf? Tidak, tetapi jin bernama S memang cantik dan ramai jin2 yang tergila dengannya.

Tidak hairanlah semasa saya merawat wanita ini sebelum ini beberapa tentera Islampun masuk dan tak mahu keluar, bila saya kata nanti saya sembelih, tentera Islam menjawab "syahid!..."

Saya tanya Hana lagi apa yang istemewanya S.

Katanya S adalah jin saka pesakit, dia berasal dari Mekah, dari keturunan waliuLLAH, suaranya sedap dan jin2 suka mendengar dia mengaji. Dia berada dihati wanita berkenaan. Saya minta Hana ke SM dan jika S berminat meminangnya saya akan tanya S tetapi saya tidak berjanji.

Kemudian muncul pula jin bernama Jamilah... juga tergi-gilakan S.

Kemudian saya fokus ke hati pesakit dan muncullah S.

S memang jin yang tenang, dia sudah berkeluarga. Saya beritahu S bahawa kehadirannya sebagai jin saka tidak diperlukan lagi oleh wanita ini. S faham dan ingin kembali ke Mekah. Sayapun menghantarnya biizniLLAH.

Wanita ini menceritakan bahawa dia dari kecil lagi memang menjaga agamanya. Bila dia terlewat atau terlalai melakukan solat umpamanya dia akan terasa amat menyesal. Dia suka mengaji dan amat tidak selesa jika berada dalam keadaan suasana yang non-Islamic.

Jelasnya kehadiran jin baik akan mendorong seseorang menjaga agama tetapi dalam pada yang sama akan berdepan dengan serangan jin2 yang mahu mendampingi jin berkenaan. Biarlah kita dengan hati kita dan memohon hidayah daripadaNYA.

Selamat Hari Raya Korban.

Agensi Pekerjaan

Jin yang merasuk seorang wanita memberitahu saya bahawa dia hanya bekerja sahaja. Dia diminta supaya tinggal di badan wanita berkenaan. Majikannya tidak menyuruh dia menyakitkan wanita ini.

Saya tanya dia siapa majikannya. Katanya dia dan rakan-rakan mencari kerja dan ditawarkan oleh sebuah agensi pekerjaan jin di Perlis! Eh.. jin juga ada agensi mencari kerja. Ada katanya dan ramai yang mendaftar dengannya.

Seperti biasa saya nasihatkan dia tentang kesan bila dia tinggal di tubuh manusia, manusia itu akan sakit dan jika pesakit ini berjumpa perawat dia kemungkinan akan dibakar, disembelih dan sebagainya. Dia memberitahu saya bahawa majikannya tidak pula memberitahu hal-hal yang demikian. Akhirnya dia bersetuju ke Serambi Madinah beramai2.

Dalam kes ini kedapatan kumpulan jin sihir yang menubuhkan agensi pekerjaan tanpa memberitahu jin2 berkenaan bahawa mereka telah digunakan sebagai jin jahat. Ini juga menyedarkan kita tidak semestinya jin yang mengganggu itu jahat 100%. Para perawat perlulah berhati-hati dalam membuat keputusan bila berdepan dengan gangguan.

Wednesday, December 3, 2008

Pengalaman merawat 7 - Jin Tabligh 2

Selain jin yg bernama Isa, yg diceritakan dlm "pengalaman merawat 6", 3 rakannya yg lain turut hadir utk memperkenalkan diri mrk. Spt biasa mrk menyelinap masuk ke dlm badan pesakit yg sedang dirawat (krn byk menanggung jin saka) sblm rawatan dimulakan.

Jin pertama namanya Yahya. Pernah keluar tabligh selama 4 bulan di Sabah dan Sarawak. Katanya asbab usaha dakwah mrk di sana, ramai jugak jin2 yg masuk Islam. Yahya juga bercerita ttg Masjid Jamek Sri Petaling (Markas) dan siapa ketua mrk yg bergelar 'Maulana'. Katanya dia dan rakannya tiada rumah malahan menjadikan Markas sbg tempat tinggal mrk. Tepat jam 6.30ptg mrk berempat(termasuk Isa) akan standby di pintu depan rumah sy bg tujuan mengekori sy. Mrk tidak masuk ke dlm rumah. Mrk akan pulang ke Markas selepas subuh utk tidur.

Sy soal Yahya ttg Madrasah Tahfiz (tempat sy memberi khidmat), ternyata Yahya bercakap benar. Soalan yg remeh seperti, "apa ada pd rotan yg sy pegang subuh tadi?" Dia jawab "getah" (hujung rotan pecah dan dililit getah). Yahya juga memberitahu lebih kurang 20 jin berada di Madrasah tersebut utk belajar Al-Quran. Mrk tiada guru dari kalangan jin malahan mrk belajar dari Ustaz/Guru yg mengajar di situ.

Jin kedua bernama Musa. Dia tidak berapa minat utk berbicara krn katanya dia hadir hanya utk memperkenalkan diri.

Jin ketiga bernama Harun. Dia dan Musa pernah keluar tabligh selama 40 hari ke Perlis. Sy tanya ttg satu fahaman yg agak berbeza yg diamalkan oleh masyarakat Perlis. Harun kata fahaman tersebut tidak diamalkan di kalangan jin. Maknanya ianya cuma khilaf (perbezaan pendapat) yg berlaku cuma di kalangan manusia shj. Beliau menggelengkan kepala menolak fahaman tersebut dan mengeraskan suaranya mengatakan bhw dia berpegang dgn Ahli Sunnah wal Jamaah.

Harun beritahu saya, Jumaat lepas dia dan rakan2 mengikuti sy ke Nilai. Harun menceritakan pd sy perihal 3 pesakit yg sy kunjungi malam tersebut. Sy tanya dia masa perjalanan ke Nilai, adakah mrk berada di luar kereta ataupun di dalam kereta. Katanya mrk berada dlm kereta di tempat duduk bersebelahan sy. Mungkin disebabkan sy cuma berseorangan, jd mrk tidak duduk di tempat duduk belakang. Dlm hati saya kata, "mrk pun tahu adab".

Harun kemudiannya menceritakan ttg teknik rawatan. Dia menjelaskan sedikit sebanyak ttg bacaan ayat2 Manzil dan juga ayatul Kursi. Bila sy tanya dia ttg alat rawatan, dia minta sy boleh terus menggunakan besi rawatan akan tetapi dia lebih menggalakkan sy menggunakan jari. Dia minta sy terus mempraktikkan penggunaan jari padanya. Sy kemudiannya diminta utk point jari sy pd satu bahagian anggota badan pesakit. Dengan serta merta Harun beritahu sy yg sy sedang menyentuhnya. Harun sebenarnya cuba mengingatkan supaya kurang meletakkan pergantungan kpd penggunaan alat-alatan dlm merawat.

Dia menasihati sy supaya byk menimba ilmu rawatan dari guru saya, Ust *****. Beliau tidak ketinggalan memberi nasihat2 agama sambil menitiskan air mata. Harun dan rakan2 bersetuju utk hadir lagi di masa akan dtg jika ada ilmu yg boleh dikongsi bersama. Sy mengucapkan ribuan terima kasih kpd Harun dan rakan2. Harun adalah yg terakhir meninggalkan pesakit dgn ucapan "JazakAllahu Khairan Katsiro...Assalamualaikum".

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Tuesday, December 2, 2008

Keajaiban Nombor 19 dan Al-Quran





Posted by: ahmadzaki on: 2 Disember 2008



article deleted upon discovering some misleading information

Blog/web Rawatan

My Favourite

Expose Mistik part-1

Expose Mistik Part 2

Expose Mistik Part 3

Teknik Tidurkan Jin

Senarai Perawat Luar Negeri

KLINIK RUQYAH DI LUAR NEGERI





  • Jordan
  • "Ayesh Quran: Cell: 00962795576723, ayeshquran@yahoo.com (Taibeh, Irbed, Jordan)
  • UK
    • Abu Junaid: 07834326225 (Birmingham and surrounding areas, UK)
    • Abdul Jabbaar: 07976918576 (Huddersfield and surrounding areas, UK)
    • Abu Abdullah As-Salafi: 07737557330 (Birmingham, UK)
    • Abu Abdullah: Ruqyashariyah@yahoo.co.uk, http://groups.yahoo.com/group/RuqyaShariyah/
    • Zaid : 07985667618 (Leicester, UK)
    • Sheikh Abu Hanifah (appears on the Islam Channel Q&A): 0208 471 5766 (London, UK)
    • Ibrahim At-turki: 07719380579 (Hertfordshire, North London)
  • USA
    • Abdulhakim Alhiyafi: (615) 668-2522 (Dallas, Tx 76107), the sheikh works in Sharia Academy and he travels to other states frequently.
    • Ahmad Al-Jabry: (313) 384-4509 (Dearborn, Mi 48126)
  • Germany
    • Abu Sufian: 01625365432 (Bonn)
  • Bosnia and Herzegovina
  • Morocco
  • Pakistan
    • Iqbal Salafi: TEL: 0092 51 5537998 (7AM-3PM PST), Mobile:0092 3335115646, Kashmiri Bazaar near masjid Darus Salaam, Ahl Hadith (RAWALPINDI-PAKISTAN)
  • Egypt
    • Waheed Abdul-Salam Balo: 0020105061850 (Egypt)
  • Yemen
    • Muhammad Al-Imam center (Ma'bar, Yemen)
    • Abdul-Qadir Al-Qudsy center (Al-Qadisiyah, San'a', Yemen)
  • Saudi Arabia
    • Abdul-Azeez Abu Djeen: phone: 4265211, cell: 055415020 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-Subai'y: 055216484 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez bin Jdeed: 055425132 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Abdullah: 054264125 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah As-Sadhan: 055261525 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Nasir Armeeh: phone: 055425132, cell: 055212184 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abdullah Fahd Arsheedy: 0557556976 , 0557992665 (Al-Kharj, Saudi Arabia)
    • Khalid Al-habashy: the imam of Masjid Al-Sulayman (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Munair Arab: (+966) 555708580, www.alroqia.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Abdul-Azeez Muhammed Al-Kharmy: cell: 055663850, aziz1123@hotmail.com (Jeddah, Saudi Arabia)
    • Saleh An-Nah-Has: 0506575057 (At-Ta'ef, Saudi Arabia)
    • Ahmed Ard-dady: office: 048229319, cell: 0505302026 (Al-Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
    • 'a'edh Al-Sharary: cell: 053650839 (Tabarjal, Saudi Arabia)
    • Sa'eed Al-Qahtany: 055759590 (Riyadh, Saudi Arabia)
    • Abu Mohammed Arsainy: 055143121 (Buraydah, Saudi Arabia)
    • Khalaf Aal-Baker: 054407544, (Al-aziziyah, Saudi Arabia)
    • Muhammed Al-ataiby: 052388818, 054449429 (Al-Khalidiyah, Saudi Arabia)
  • Kuwait
    • Abdullah Al-hadad: 3842452 (Al-Green, Kuwait)
    • Faysal Al-'anzy: 9279496 (As-Sableekhat, Kuwait)
    • Hady Al-'anzy: 9009019 (Al-Jahra', Kuwait)
    • Mohammed Al-Qaysi: 7989066 (Great Mubarak, Kuwait)
    • Abu Osamah: 7040056 (Kuwait)
  • UAE
    • Salah Abdul-Qader: 050/6111706 (Abu Dhabi, UAE)