Pesakit datang mengadu ada gangguan.
Bila masuk ke bilik rawatan dia kata dia sudah pulih dan tidak lagi merasakan ada gangguan.
Sebelum ini dia sakit perut, sesak nafas dan mendengar bisikan supaya meninggalkan suaminya serta mengikuti bisikan berkenaan.
Saya guna teknik memanggil jin yang saya pelajari dari seorang muallij, iaitu dengan membaca beberapa ayat pilihan sebanyak 3 kali.
Pesakit tidak menunujukan apa2 reaksi kecuali mengantuk. Saya hentikan rawatan.
Saya pesan kepada suaminya sekiranya pesakit merasai ada gangguan letakan tangannya di atas kepala pesakit dan baca Yasiin sebanyak 3x dan tiup. Niatkan untuk "trap" jin itu supaya dia tak boleh keluar.
Masuk sahaja kereta, pesakit merasai ada gangguan. Saya suruh suaminya melakukan sptmana yang saya ajar. Jin berkenaan terperangkap dan tak boleh keluar, dia mengamuk dalam kereta.
Pesakit terus kerasukan dan keluar dari kereta. Dia ajak suaminya bergaduh sambil membuka langkah silatnya. Saya halang suaminya kerana yang dihadapnya ialah isterinya bukan sipenghantar yang menggunakan lidah isterinya.
Kami arahkan tangan kepadanya sambil membaca Yasin berterusan, dia tersungkur jatuh dan kesempatan ini suaminya melakukan penyembelihan.
Pesanan saya kepada mereka yang diganggu secara imbasan, sebelum anda berjumpa perawat, trap dulu jin itu sptmana kes di atas.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
3 comments:
Salam ustaz.Nak tanya,nak perangkap jin tu ustaz baca ayat 1-9 surah yasin ke?Terima kasih.
salam ust, baca yasin sbyk 3X yg ust maksudkan dlm artikel ini, adakah keseluruhan Yasin atau hanya ayat 9 Yasin. Kalau nak baca keseluruhan Yasin, agak panjang. Dan apakah ayat2 yg boleh dibaca utk panggil jin hadhir?Tak bolehkan pakai teknik tarik yg ust ajar tu utk tarik jin dlm badan pesakit. Harap dapat pencerahan
Salam,
Baca Yasin, Yasin, Yasin kemudian tekan tangan atas kepala pesakit.
Bukan 1-9, tetapi ayat 1 sahaja 3x, biizniLLAH
Post a Comment