Jin yang mengganggu telinga seorang wanita menyatakan dia hanya bekerja. Dia tidak berhasrat menyusahkan manusia! Saya terangkan pekerjaannya salah dan menyakitkan manusia... setelah dialog yang panjang diapun faham dan setuju untuk keluar.
Kemudian saya fokuskan permohonan saya kepada ALLAH untuk memanggil ketua agensi pekerjaan. Saya baca "Ar-Rahman" berulangkali.
Wanita yang tadi berlunjur di depan saya duduk bersila sambil berkata "cepat sikit bacatu, I sibukni!"
Dia memperkenalkan dirinya sebagai empunya agensi pekerjaan yang berpusat di Perlis. Katanya dia menolong jin2 yang menganggur dengan pekerjaan "mencuci saluran darah manusia" katanya. Mencuci saluran darah ke menyumbat saluran darah bentak saya. Dia masih mengatakan bahawa dia diminta oleh pelanggannya untuk menghantar seramai jin yang boleh untuk mencuci darah orang yang diminta oleh pelanggannya. Upahnya mahal katanya.
Saya terangkan bahawa kehadiran ke dalam tubuh manusia menyakitkan fizikal manusia dan dia telah menipu pekerjanya dan ditipu oleh pelanggannya. Dia bermati2an mengatakan tidak. Katanya dia menolong jin2 yang susah mendapatkan pekerjaan.
Saya panggil pakar motivasi dari Serambi Madinah untuk meyakinkannya. Saya mendengar mereka berinteraksi... akhirnya dia tetap mempertahankan hujjahnya.
Saya katakan kepadanya saya nak anda lihat apa yang ALLAH izinkan anda melihat, saya menggerakan tangan saya seolah-olah membuat "screen" sambil membaca Al-'am 103 berulangkali.
Kemudian dia berkata "salamuka ya RasuluLLAH, sadaqa ya RasuluLLAH". Dia menangis sungguh-sungguh dan katanya dia akan berhenti dari kerja-kerja sekarang. Dia mengajak semua anak buahnya agar keluar dan berpesan kepada saya untuk menyampaikan permohonan maafnya kepada semua mangsanya sebelum ini. Saya berjanji menulis permohonan maaf dalam blog saya.
Maka inilah permohonan maaf kepada sesiapa yang pernah diganggu oleh jin Perlis ini.
Adakalanya mereka tidak sedar bahawa mereka melakukan sesuatu yang salah itu salah. Ini samalah manusia yang mendermakan pendapatan haramnya untuk membantu si miskin, lalu berkata salahkah kami berbuat kebaikan dari wang yang kami perolehi. Atau jika kita lihat kenyataan sebuah parti yang bertanding di K.Terengganu salahkan memilih parti kami kerana kamilah yang mendirikan mesjid, sekolah dan menolong orang miskin. Seolah-olah itulah keutamaan sedangkan keutamaan adalah meletakan sesuatu yang hak kepada tempatnya dan hak yang paling utama adalah menjadikan Islam yang memerintah bukan Islam yang diperintah.
Persoalan yang bermain dikepala saya apakah benar dia melihat RasuluLLAH? Bolehkah hal sebegini terjadi.... ini diluar kemampuan saya. Cuma saya berpendapat dia bukan RasuluLLAH kerana setakad ini ulamak hanya menyatakan kita boleh berjumpa dengan RasuluLLAH dalam mimpi. Kemungkinan seorang ulamak jin muncul lantas membacakan hadis2 yang berkaitan maka dia berkata demikian. wALLAHu'alam.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
3 comments:
Assalamualaikum... Ustaz ada record video x?.. Teringin sy nak tgok....
Assalamualaikum wbt>>
Kita manusia hanya berusaha Allah yang memberikan gan jaran.. pada pandangan saya kita jgn terpengaruh dengan cakap makluk halus kerana tipu daya alam mereka sungguh licik..
Bersama kita jadikan hidup ini medan mencari redha Allah..
Salam Imm,
Maaf xde. next episode saya rakam, insyaALLAH
Post a Comment