Pada 10hb Jun 09 saya sekali lagi pulang ke kampung untuk menziarahi ibu sekembalinya saya dari rehlah ke pantai timur. Kepulangan saya telah dimaklumkan kepada Puan D yang sememangnya nak kerumah untuk rawatan ulangan. Saya kena serang lagi katanya. Puan D juga menghubungi rakannya Puan SS.
Saya diminta Puan D merawatnya dahulu kerana dah tak tahan lagi katanya. Setelah merawatnya, saya berihat sekejap sebelum merawat Puan SS pula. Saya mulakan rawatan atas Puan SS seperti biasa. Belum pun habis tiga kali membaca Kaf Ha Ya ‘Ain Sood, kedua hujung kakinya mula bergerak-gerak. Bila saya mula denga Afahasibtum..... dia mulai kerasukan.
[Rawataan ini adalah yang kedua keatas Puan SS. Oleh kerana proses rawatan pertama itu biasa sahaja maka saya tiada membuat catatan. Dalam rawatan pertama ini beliau telah diganggu oleh 5 jin. Dengan izin Allah saya berjaya mengIslamkan dua daripadanya setelah Allah memperlihatkan Masjidil Haram dan Kaabah kepada mereka. Yang tiga lagi tetap mahu kekal di dalam kekafiran. Rawatan yang kedua ini saya catat kerana ianya adalah pengalaman baru saya. Sebahagian teknik yang saya lakukan diilhamkan oleh Allah semasa rawatan tersebut. Saya tidak belajar,melihat atau membaca mana-mana buku mengenai teknik rawatan ini.]
Saya memulakan dialog dengan bertanyakan beberapa soalan, tetapi responnya hanya mengelengkan kepalanya sahaja.
Saya : adakah kamu bisu?
Jin : mengelengkan kepalanya (rupanya dia bukan jin bisu).
Saya : adakah mulut kamu dikunci oleh tukang sihir (TS).
Jin : mengangguk
Pada masa itu saya diilhamkam memutuskan kawalan tukang TS atasnya dengaan membaca Yasin :9 dan menghembuskan ke kepala. Selepas itu saya diilhamkan pula membaca Laatudrikuhul absar..... untuk menutup cctv tukang sihir. Kemudian untuk membuka kunci mulutnya pula saya baca Al Fathi 1-3 . kemudian buka mulutnya dengan membaca Waqalu li juludihim ...... hingga kullasya’ (Fussilat 21) untuk membuat dia bercakap. Semua itu berlaku dengan izin Allah. Beberapa saat kemudian dia mulai bercakap.
Jin : haa.. aku nak bagi tau hang, Mash...(OKS) duk (sedang) puja patung. Aku nampak dia duk puja nak bagi kawan ni (Puan SS) sakit. Dia cucuk tangan ,kaki dan kepala patung tu dengan jarum.
Saya : bolehkah hang ambik(ambil) patung tu bawa mai kat aku.
Jin: patung tu berpisah-pisah. Tangan dan badan berasingan.
Saya : takpa (tak mengapa), bawa tangan dulu.
Jin: nati aku cuba ,sambil membuat aksi mencapai sesuatu dihadapan.
Saya: pegang kuat-kuat jangan terlepas. Dibawanya “benda” itu dan diletakkan dihadapan saya. Saya membaca Waqadmina.....dan menghembuskan dengan kencang ketangannya.
Jin: haa... berkecai.
Saya: macamana dengan jarum-jarum tadi
Jin: berkecai juga
Saya: sekarang hang ambik pula badan dan kaki patung tadi bawa mai.
Jin: baik, dibuatnya aksi seperti tadi juga.
Saya mengulangi bacaan dan menghembuskan dengan kencang kearah tangannya.
Jin: Berkecai juga. Kemudian dengan tiba-tiba beliau kelihatan cemas dan berkata, “ cepat OKS talipon tuan aku dan tuan aku pula duk puja ni”. Cemas sekali dia ketika ini sambil mengarahkan tangannya kearah saya membuat aksi menyembah cara penganut Budha sambil tangannya menggigil. Cepat! Cepat!, katanya lagi mendesak saya.
Saya: beralih posisi ke belakang pesakit sambil membaca Wama romaitsizromaita wala kinnallaha roma (Al Anfal 17) dan menghembuskan dengan kencang keatas kepala pesakit sambil membayangkan hembusan itu pada TS dan barang yang dipujanya.
Jin: haa.. berkecai lagi.
Saya: apa yang hang nampak?
Jin: patung berkecai dan TS terlentang.
Kemudian saya mengarahkan jin itu pergi pula kerumah OKS dan memeriksa didalam rumahnya kalau-kalau masih ada lagi barang sihir di sana.
Jin: ada lagi, ada benda didalam talam. Dia juga duk puja benda tu nak bagi SS sakit.
Saya: kamu tengok , aku akan baca dan hembus kat benda tu dengan izin Allah. Saya pun membaca Waqadimna........ dan menghembus kuat kearah talam yang dikatakannya itu.
Jin: berkecai habis, tinggal talam sahaja.
Saya: kamu tengok pula aku nak hembus kat kepala Mash......(OKS).
Jin: mengangguk-angguk.
Saya : membacakan Al Anfal 17 dan menghembus kuat di atas kepala pesakit dengan membayangkan kepala OKS supaya dia melupakan hasratnya menyakiti SS lagi.
Jin : haaa!!. Padan muka, Mash...terlentang dan rambut berkecamuk. Kepala pun pusing ( dia membuat aksi seperti gerakan kepala ikan darat yang dipukul kepala sebelum disiangkan). Saya terus mengarahkan dia memeriksa rumah OKS sekali lagi, dan katanya tiada apa-apa lagi. selepas itu saya menyuruhnya ke rumah SS pula.
Saya : kamu tengok di luar kawasan rumah dahulu.
Jin: mengamati sesuatu. “Ada serbuk yang ditabur di sepanjang jalan masuk kerumah”.
Saya membaca Al-Fulqan 23 tiga kali dan menghembuskan dengan kuat dikawasan itu.
Jin : haa!! Dah cuci dah. Kemudian saya menyuruhnya memeriksa di kawasan hadapan rumah sampai habis. Dia memberitahu ada satu lagi di dekat tiang pagar yang dibuat berupa lingkaran. Saya pun membaca ayat yang sama dan menghembus ketempat itu dengan kuat.
Saya : pi kehadapan pintu rumah dia.
Jin: ada macam garam yang ditabur.
Saya katakan kepadanya kalau garam mungkin itu ubat kot. Dia kata bukan, itu barang sihir juga. Maka saya membaca Al Furqan 23 dan menghembus ketempat itu.
Jin : tak jadi apa pun.
Mungkin dah cair kut ,kata saya. Dan dia mengiakannya. Kemudian saya mengarahkannya mengautkan benda itu dan membawa kehadapan saya. Dia membuat aksi mengaut dengan tangan dan menadahkan kepada saya dalam keadaan tangan yang menggigil dengan kuat. Saya baca ayat yang sama dan menghembus dengan kuat kearah tangannya.
Jin: dah tawar dah (batal sihir).
Saya: sekarang kamu keliling rumahnya tengok kalau-kalau ada lagi.
Jin: ada lagi, depa (mereka) bubuh serbuk dekat tiang.
Yang itu pun saya musnahkan dengan izin Allah. Selepas diperiksa sekeliling rumah dia memberitahu tiada lagi barang sihir. Saya arahkan dia masuk kedalam rumah pula. Dia nampak ada benda bergayut di tingkap nako dekat sinki membasuh pinggan.
Jin: apa benda tu? Dia tanya saya.
Saya: syaitan la tu.
Jin: “oh gitu ka”. Masakan jin tak kenal puak dia, bisik hati saya. “depa nil ah yang duk usik dia (SS) bagi dia takut”.
Saya membaca al Anfal 17 dan menghembuskan dengan kuat. Jin memberitahu yang benda tu terpelanting dan tempat itu clear. Saya menyuruh dia check semua kawasan di dalam rumah. Bila sampai di bilik tidur SS dia nampak seolah-olah benda putih mengelilingi katil. Saya katakan padanya itu serbuk kut.
Jin: ‘tak ada benda’, katanya. “Depa hanya buat dengan puja sahaja” (mungkin dengan kekuatan minda, fikir saya). “Benda ni lah buat dia panas bila dia naik atas katil”. (saya bertanyakan puan SS selepas dia sedar kemudiannya, apa rasanya bila dia duduk atas katil. Panas katanya. Saya tidak menceritakan apa yang jin beritahu saya sebelumnya)
Saya bacakan Selawat Tafrijiah dan hembus tempat itu. Selepas dihembus jin memberitahu saya yang benda tu dah hilang, tentunya dengan izin Allah. Jin juga memberitahu saya tiada lagi apa-apa di dalam rumah SS. Saya menyuruhnya check pula pada anak-anak SS.
Jin: “tiap-tiap orang anak ada seorang jin, dan jin-jin inilah yang membuat mereka keras kepala dan tak mahu ikut cakap ibunya”. Saya tanya berapa orang anaknya. “empat orang” katanya. “Semua ada jin yang depa hantar”.
Selepas rawatan puan SS menceritakan tentang sikap anak-anaknya sekarang yang selalu membangkang walhal sebelum ini mereka sangat taat. Saya bacakan Al Anfal 17 tiga kali dan menghembus dengan kuat dengan tumpuan fikiran kepada anak-anaknya. Terpelanting habis kata jin. “Tak ada lagi jin dekat anak-anak dia?” Saya bertanya minta kepastian. “Ya”, katanya. Saya meminta dia keluar ke kawasan luar rumah semula dan melihat apa yang ada.
Jin: “banyaknya, hantu raya pun ada. Ada yang bergayut atas pokok”.
Saya bacakan Al Anfal 17 tiga kali dan menghembus kuat serta menghentak tumit kanan saya kelantai dengan niat menggegarkan kawasan rumah SS.
Jin membuat aksi menghalau keluar sesuatu dan memberitahu saya kawasan dah bersih dan terang benderang. Dia meminta izin nak keluar. Saya kata boleh dan akan tarik dia keluar.
Jin: “aku tak mau kacau dia dah , aku nak kacau orang lain pula”.
Saya pun rasa keletihan dan tak mau dialog lagi, kerana ada tiga pesakit lagi yang perlu dirawat. Saya tarik keluar dengan tangan dan menghantar ke SM dengan izin Allah. Puan SS terus sedar dan saya meminta beliau bersyahadah. Beliau menyebutnya dengan lancar. Alhamdu Lillah.
[ Saya mulanya tidak bercadang untuk membuat catatan rawatan ini walaupun ini adalah pengalaman baru bagi saya kerana belum membuat R&D. Baru dari segi penggunaan jin sihir yang merasuk untuk menyelesaikan kes sihir yang dia sendiri memainkan peranannya. Bila membaca kes ustaz merawat pesakit “jin sihir kena paksa” maka saya yakin ustaz dah buat R&D , maka saya mengambil keputusan membuat catatan untuk dikongsi bersama rakan-rakan perawat lain. Dalam proses rawatan itu ada juga sihir yang dilakukan oleh TS lain yang berjaya dimusnahkan dengan izin Allah. Perlu diingatkan kepada rakan-rakan perawat bahawa teknik ini bukan seperti penggunaan khadam. Jangan salah faham. Yang ini serupalah seperti penjenayah yang bekerjasama dengan polis setelah kena ‘interogate’, sedangkan khadam adalah khidmat jin belaan, wallahu a’lam.]
No comments:
Post a Comment