Sihir ke atas Puan H seperti tidak ada noktah hentinya. Beliau datang mendapat rawatan, kemudian pulang dalam keadaan sihat akan tetapi kembali selepas beberapa minggu akibat serangan baru. Rawatan hari ini mengambil masa yang agak singkat. Kumpulan jin-jin sihir yang dihantar penyihir kali ini agak mudah dikeluarkan berbanding sebelum ini.
Setelah Puan H sedar dari kerasukannya...
Puan H: "Ok ustaz. Saya dah ok dah. Tadi kepala rasa berat sangat, sekarang dah ok dah."
Saya: "Belum, masih ada."
Puan H: "Ha? Masih ada?"
Saya: "Boleh saya tanya akak beberapa soalan dan saya nak akak jawab dengan ikhlas."
Puan H: "Boleh...insyaAllah."
Saya mula menanyakan perihal yang tertumpu kepada kebolehan yang ada pada Puan H. Kebolehan yang paling hebat adalah kebolehan mengubati orang. Katanya dia pernah mengubati orang dan pernah beberapa kali mendapat mimpi tentang cara pengubatan.
Tanpa melengahkan masa...
Saya: "(membuat pengumuman) Jin yang pandai mengubat, sila muncul sekarang kerana Allah."
Puan H terus kerasukan...
Saya: "Kamu jin yang sering membantu dia dalam hal perubatan betul tak?"
Jin: "Ya."
Saya: "Terdapat penggunaan mentera dalam cara pengubatan kamu betul tak?"
Jin: "Ya."
Saya: "Kamu hadir dalam mimpi beliau untuk beri dia ilham, betul tak?"
Jin: "Ya."
Soalan bertalu-talu yang saya ajukan serta dakwah yang saya sampaikan telah menyebabkan jin ini sedih dan menangis tersedu-sedu.
Perbualan kami akhirnya membongkar cerita bahawa jin warisan ini adalah seorang Sultan kepada sebuah kerajaan di dalam tubuh Puan H.
Saya: "MasyaAllah kamu adalah Sultan. Maafkan saya jika terkasar bahasa."
Sultan: "Tidak mengapa."
Saya: "Saya mohon tuanku serta rakyat tuanku meninggalkan badan wanita ni dan berpindah ke Darul Islah."
Sultan: "Mohon beta melindungi wanita ini sebelum beta meninggalkan beliau."
Saya: "Boleh. Tetapi saya tidak membenarkan tuanku menggunakan sebarang mentera dan jampi."
Sultan: "InsyaAllah. Beta dah insaf."
Saya dan suami Puan H menyaksikan bagaimana Sultan (dalam keadaan sedih) membina perlindungan kepada Puan H menggunakan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan secara jelas. Setelah semuanya selesai, Sultan kemudiannya memusnahkan istana kediamannya dan seterusnya membawa rakyatnya berpindah ke Darul Islah.
Kemudian muncullah beberapa watak-watak jin yang berbeza-beza berdasarkan kepada kebolehan-kebolehan yang ada pada Puan H seperti:
1) Jin tukang urut - Puan H memang pandai mengurut tanpa belajar secara formal.
2) Jin tukang masak - Puan H memiliki kemahiran memasak yang luar biasa.
3) Jin tukang jahit - Puan H juga ada kebolehan menjahit.
4) Jin petani - bila menanam pokok, pasti pokok yang ditanam Puan H menjadi.
Kesemua jin-jin ini adalah pekerja-pekerja istana yang tiada di istana (off duty) ketika Sultan meninggalkan mereka dan memusnahkan istana. Mereka akan muncul dalam keadaan terkejut dan menangis tersedu-sedu bila mengetahui tentang perkara yang sedang berlaku.
Jin: "Mana Sultan? Kenapa Sultan tinggalkan kami? Kenapa istana musnah. Kenapa ini semua berlaku?"
Setiap mereka begitu setia dan menyayangi Sultan dan tidak berlengah lagi meninggalkan Puan H bila mereka tahu keadaan sebenar.
Setelah kesemua jin-jin yang berkaitan dengan kebolehan Puan H dikeluarkan saya mula membuat pengumuman baru..
Saya: "Dalam kerajaan ini pasti ada yang belot. Kamu yang belot, sekarang silakan muncul kerana Allah."
Jin: "Ya saya."
Saya: "Kamu siapa."
Jin: "Saya tuan Puteri."
Saya: "Adakah tuan Puteri berseorangan?"
Saya: "Tidak. Saya bersama dua dayang."
Saya: "Kenapa tuan Puteri dikatakan belot?"
Jin: "Saya datang dari kerajaan lain dan ingin mengahwini Sultan."
Saya: "Apa yang berlaku tuan Puteri."
Jin: "Cinta saya ditolak Sultan."(menangis teresak-esak)
Saya: "Kenapa tuan Puteri masih menetap di sini dan tidak pulang ke kerajaan tuan Puteri?"
Jin: "Kerajaan ayahanda musnah."
Saya: "Jadi tuan Puteri yatim piatu."
Jin: "Ya."
Saya: "Maafkan saya."
Jin: (diam)
Saya: "Berapa ramai isteri Sultan?"
Jin: "Sultan tidak berkahwin."
Saya: "Sultan tidak berkahwin? Saya menganggap Sultan tidak berkahwin kerana sayangkan rakyat dan tidak mahu rakyat kecewa. Dan rasanya inilah sebabnya rakyat amat-amat menyayangi Sultan."
Jin: "Tepat sekali."
Saya: "Takpe. Biar saya berbincang dengan tuanku Sultan."
Saya mula berbincang dengan Sultan dan menyuruh Sultan membuat keputusan berdasarkan sokongan rakyat. Akhirnya rakyat sebulat suara menerima tuan Puteri sebagai Permaisuri. Tuan Puteri akhirnya dilamar Sultan.
Yang terakhir muncul adalah tentera berkuda;
Saya: "Siapa ni."
Jin: "Kami tentera berkuda. Eh, kenapa istana musnah? Dimana Sultan?"
Saya: "Sultan telah dipindahkan ke Darul Islah."
Jin: "Ayuh segera! Sultan amat-amat memerlukan kami."
Saya: "Nanti dulu. Saya minta kamu lakukan tugasan terakhir untuk memastikan kesemua rakyat jelata meninggalkan badan perempuan ni."
Jin: "Baiklah. Itu memang tugas kami."
Jin-jin mula keluar dalam bilangan yang sangat ramai.
Pesakit mula sedar dan suami Puan H yang tercengang dari tadi mula menanyakan pelbagai soalan...
Suami Puan H: "Ustaz, saya tak sangka ada saka dalam badan isteri saya."
Saya: "Maafkan saya, kehadiran saka atau warisan dalam badan seseorang akan memudahkan badannya dimasuki jin. Mereka (saka atau warisan) adalah pada asalnya bertujuan melindungi pesakit, tetapi tanpa mereka sedari kehadiran mereka telah mengundang atau memberi laluan kepada jin-jin lain."
Suami Puan H: "Ok barulah saya faham."
-Muallij
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
20 comments:
assalamualaikum ustaz
maafkan saya bertanya. macam mana ustaz boleh pastikan semua dialog itu adalah benar dan bukan yang dibuat-buat atau suatu pembohongan dari golongan jin. Kerana kita semua tahu yang jin ni dalam 10, 8 atau 9 tak boleh percaya.
Mohon penjelasan ustaz. Jazakallah
Wa'alaikumsalam.
Tulisan tersebut bukan bermaksud untuk mengajak pembaca agar mempercayai ceritanya secara TOTAL. Ianya cuma menerangkan tentang kekusutan pesakit dan perawat dalam menyelesaikan permasalahan sihir yang ada hubungkait dengan saka.
Saya akui cerita tentang perkara GHAIB memang sukar dipercayai. Kita sukar untuk meyakini sesuatu perkara melainkan kita sendiri mengalaminya. Saya yakin Abu Uwais juga akan mempunyai persepsi berbeza jika Abu Uwais berada di posisi pesakit(Puan H), Suaminya dan Perawat (saya) pada masa sesi dialog tersebut.
Puan H beritahu saya selepas rawatan dia tidak lagi melihat ribuan gambaran wajah-wajah yang berlainan setiap kali dia memejamkan matanya.
Puan H percaya 100% atas apa yang beliau sendiri alami. Suaminya juga percaya 100%. Saya...?(anda tekalah sendiri).
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*
salam ustaz,
sungguh baik kiranya dapat dirakam dengan video sepanjang rawatan.dapatlah kami para pembaca menambah iman tentang perkara2 ghaib,insyaAllah.
Salam...saya pernah dengar cerita tentang orang bunian...mereka tu seakan-akan manusia ..berkeluarga, berumahtangga, bermasyarakat...zaman dulu penduduk kampung kadang-kadang meminjam pinggan mangkok dari mereka waktu nak berkenduri kendara...dan ada juga kisah orang tertentu dari kalangan manusia yang di bawa bunian ke alam mereka...dan dikisahkan oleh orang2 berkenaan , bunian hidup macam manusia juga dalam alam mereka..jadi tak hairan lah jika mereka juga mempunyai raja dan kerajaan ...sebab itulah hukum hakam Islam tertakluk juga kepada golongan jin...cuma manusia diberi kelebihan menjadi Khalifah di muka bumi..kerana kelebihan akal fikiran..Allahua'lam.
memang itu yg jin mahu tuan2 percaya.
saya tetap berpandangan dialog ini mengarut - jin tersebut mengarut.
nanti sakit balik puan H tu. dan akan dikata : "ini jin kerajaan lain pulak yang masuk buyat kerajaan"
Salam.
Samada perkataan2 Jin itu benar atau salah memang kita tidak boleh pastikan. Samalah macam perbicaraan dalam mahkamah melainkan dapat dibuktikan dengan bahan bukti. Namun bagi perawat yang menjalankan rawatan, kadang2 dpt meyakini antara perkataan yg benar dr Jin. Pernah suatu ketika apabila saya memerhatikan ada dialog yg berbunyi:
Jin: Mana rumah kau? aku tak jumpa (obviously Jin tak menjumpai rumah perawat yg telah diDindingkan)
Jin Kafir yg mencari anak yg telah di Islamkan: Aku tak boleh masuk kawasan tu (yg dimaksudkan kawasan Masjidil Haram - Beliau benar kerana beliau adalah Jin Kafir)
Jin Kafir: Aku nak semula anak aku (Yang sudah memeluk Islam).
Wallahua'lam
Salam,
Bagi org yg tak pernah melihat sesi perubatan dijalankan, mmg akan berkata seperti En Sheik tu.., bagi saya yang pernah melihat sendiri sesi perubatan yg dijalankan.. sedikit sebanyak kita akan rasa dan akan sedar semua itu ada juga kebenarannya.
Sedangkan di dalam Al-Quran jg ada menyebut tentang wujudnya jin, iblis & syaitan, mengapa kita sebagai manusia amat susah untuk mempercayainya kewujudannya?? sedangkan hantu pocong, toyol dan seumpamanya yg tidak dinyatakan di dalam Al-Quran, mudah pula kita sebagai manusia percaya kewujudannya.
Kpd En Sheik, sama2lah kita berfikir, dan jgn sesekali mencari salah org lain dan mendoakan kesakitan (penyakit) orang lain.
*nanti sakit balik puan H tu. dan akan dikata : "ini jin kerajaan lain pulak yang masuk buat kerajaan"*
Amboi sedapnya bahasa saudara Sheik. Macam doa pulak bunyinya. Pesakit seperti saya perlukan doa kesembuhan dari tuan-tuan bukannya doa supaya semakin teruk.
Tahukah saudara Sheik berapa lama penderitaan yang saya tanggung? Sudikah saudara Sheik tolong saya sekarang kalau saudara Sheik tahu caranya?
Boleh tak kiranya saya doakan supaya Allah menimpakan penderitaan yang sama kepada Saudara Sheik? InsyaAllah lain kali Muallij akan ceritakan dialog jin yang keluar dari mulut Saudara Sheik sendiri. Lepas tu barula mula nak percaya setelah menikmati segala penderitaan. Pastu barula mula mengharapkan doa kesembuhan dari orang lain.
Saudara Sheik tahu ke keadaan saya selepas 'dialog kontroversi' tu? Kalau tak tahu apasal tak tanya dulu sebelum doa supaya saya sakit balik.
Tak reti-reti nak faham ke apa yang disampaikan Muallij bukannya bertujuan mengajak pembaca supaya percaya 100%. Sila buat intrepetasi melalui pengalaman. Dah alami sendiri baru tahu.
Sedih...
Puan H,
Saya doakan agar Puan H sihat semula dan segala permasalahan ini selesai.
Saya juga nak kongsi pengalaman saya, sebelum terkena, saya memang tak berapa ambil berat (bukan tak percaya) tentang sihir/santau/saka/histeria ni. Saya rasa macam dibuat-buat orang yang nakkan perhatian.
Selepas melaluinya sendiri, barulah kita tahu dan tak berani pun nak mencabar atau berikan komen panas tentang perkara ini.
Walau apa pun, saya cuma nak kongsi. Saya dah jumpa 13 orang perawat. Ada yang genuine dan ada yang meragukan. Namun segala usaha saya tak memberikan hasil yang diharapkan.
Saya post-mortem balik apa silapnya. Kemudian, mungkin Allah nak tolong, saya terbaca satu buku karangan Tokoh Perubatan Islam tersohor di Malaysia kata tentang pergantungan minda kita terhadap barangan yang dijampi. Contohnya air.
Apabila terganggu sahaja, saya minum air dengan niat AIR itu boleh mengurangkan gangguan. Apabila terganggu sahaja, saya baca Ayatul Qursi atau Zikir dengan niat AYAT itu boleh mengurangkan gangguan.
Rupanya perbuatan saya itu sudah hampir kepada syirik sebab saya beranggapan bahawa AIR atau AYAT tu boleh melindungi saya.
Sejak itu, saya tukar niat saya semata-mata meminta pertolongan dari Allah. Ayat dibaca sebagai doa supaya Allah kembalikan kesihatan yang pernah Dia berikan pada saya.
Alhamdulillah, saya rasa lebih sihat, lebih tenang dan ibadah jadi semakin menyeronokkan.
Semoga pengalaman saya ini jadi sedikit panduan. Wallah hu alam.
Saudara-saudari mentafsirkan perkataan saya seolah-olah doa, kemudian mencampakkan ke dalam mulut saya dan mendakwa saya berkata sedemikian dengan niat sedemikian.
Terima kasih.
Beginilah ye, Allah adalah as-syafi @ penyembuh di mana DIA mendatangkan kesembuhan tanpa apa-apa perantaraan. Diperintahkan insan berikhtiar untuk memberi jalan mencari pahala agar dekat dengan rahmatNya.
Dan perlu saya tekankan, ilmu perubatan islam adalah ilmu yang jelas dan diambil daripada atsar dan istinbat daripada al-quran, hadis dan ijmak sahabat.
Dari itu sekali lagi ingin saya tegaskan, apa yang berlaku adalah fitnah daripada al-jaan.
Guru saya kebetulan ada yang sama dengan Tuan Majid. Dan pada pandangan saya Tuan Majid tidak mengikut saranan guru. Itu pilihan masing-masing tapi tentu ada natijahnya sama ada bertambah baik atau sebaliknya.
Mungkin tuan Majid masih teruja dengan penciptaan teknik dan pendekatan yang dirasakan betul.
Yang saya khuatiri, apabila Tuan Majid telah sampai kepada hakikat dan kesimpulan ilmu perubatan Islam, maka ketika itu akan terasa berat bebanannya menarik balik teknik-tekniknya.
Segala teknik, segala dialog apabila ramai yang berkata betul, maka jadi betullah ia.
Saya juga merawat. Tetapi rasanya kurang cermat bercerita sekian banyak kisah dan kelayakan jika sekadar hendak mempesona tuan-tuan dan puan-puan.
Untuk Puan H, ketahuilah puan belum sembuh lagi.
Mohon penjelasan hujjah sdra yang berbunyi
"Dan perlu saya tekankan, ilmu perubatan islam adalah ilmu yang jelas dan diambil daripada atsar dan istinbat daripada al-quran, hadis dan ijmak sahabat"
Di Darulsyifa ada teknik santau tepuk pakai daun nangka, boleh jelaskan dimana atsar dan istibatnya.
Begitu juga teknik pagar guna garam, guna biji asam dsb boleh saya mohon pencerahan.
Salam,
Kepelbagaian teknik hanyalah ikhtiar bukan sesuatu yang diujakan...
Kepelbagaian teknik menambah keyakinan kepada besarnya ilmu ALLAH
Kepelbagaian teknik adalah nilai pergantungan dan harapan bantuan dari ALLAH
Jawapan utk soalan berkenaan pengunaan daun nangka, garam , biji asam dan sebagainya di Darussyifa ialah:
TIDAK DIAMBIL DARIPADA MANA-MANA SUMBER AGAMA YANG QATIE. HANYA DARIPADA AMALAN PENGAMAL PERUBATAN MELAYU TERDAHULU SEMATA-MATA.
Tak nak pakai langsung pun tak menjadi masalah. Itu yang diberitahu semasa kuliah.
Intipati pengajaran di Darussyifa ialah HAKIKAT KESEMBUHAN ADALAH DARIPADA ALLAH SWT.
Saya faham saudara cuba membuat deduksi logik untuk pukul borong i.e mengungkap suatu pernyataan dengan suatu contoh kecil dan kemudian berhajat nak membuat suatu generalisasi yang lebih besar secara "pukul borong".
Maaf saya tak beli secara pukal.
Betulkan niat saudara sebelum bertanya. Saudara telah membuat suatu persepsi kemudian berpura-pura "mohon pencerahan".
Sdra Sheikh,
Berdasarkan jawapan sdra ternyata Dsyifa tidaklah mengamalkan konsep rawatan Islam yang mesti ada atsar dan istinbadnya apabila disentuh masalah santau dan teknik pagar...
Dsyifa terutamanya TGHD tak salah, yang silap hanyalah kefahaman ahli yang takut untuk memperkembangkan ilmu asas yang diajar.
Apakah dengan kepelbagaian teknik yang ternyata mempunyai pergantungan bulat kepada ALLAH dan tidak terdapat di DSyifa, sdra sheikh memborong bahawa Tn. Majid tidak mengikut rawatan Islam?
Sebelum tanggapan saudara jauh tersasar, adalah lebih baik saya peringatkan bahawa:
Saudara membuat tanggapan bahawa ramai ahli darussyifa TAKUT memperkembangkan ilmu daripada ajaran ASAS TGHD. Untuk makluman saudara, sikap yang diambil dan diajar di Darussyifa ialah MENUTUP PINTU FITNAH apabila sesuatu amalan pengubatan didapati mendatangkan fitnah walaupun TGHD berijtihad pada hakikatnya ianya tidak ada masalah dari segi aqidah mahupun hukum fiqh.
Sebagai contoh kaedah rawatan sakit gigi dengan bacaan tertentu dan kemudian memakukan paku besi pada kayu. Rawatan ini telah dikeluarkan daripada amalan perubatan Darussyifa kerana wujud tanggapan masyarakat seolah-olah ianya seperti magis kerana lain yang diketuk, gigi pula yang hilang sakitnya. Juga amalan bakar batu bata ekoran timbul fitnah daripada masyarakat seolah-olah ianya suatu bentuk sihir dan perbuatan balas-balik yang tidak di ajar Nabi SAW. Nabi SAW menyuruh membalas kejahatan dengan kebaikan, paling tidak mendoakan keampunan dan hidayah. Walaupun Darussyifa ada penejelasan rasional terhadap perkara ini tetapi kerana meraikan MASLAHAH UMUM maka kaedah seumpama ini.
Samalah juga dengan amalan-amalan lain seperti penggunaan garam, lada hitam, daun nangka, daun keladi, biji asam jawa, duit syiling ..dan sebagainya. TGHD pernah menyatakan bahawa, sunguhpun dalam pembelajaran para murid diberitahu ianya (sesetengah penggunaan bahan2 tertentu) tidak ada ambilan nas tetapi tidak salah dari segi hukum..... apabila ianya menimbulkan fitnah maka adalah lebih baik dihentikan sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini. Andaikata akhirnya hanya mengubat dengan doa, ruqyah dan dibacakan pada air saja sudah memadai, kerana tidaklah putus kesembuhan dek kerana kekurangan teknik dan ikhtiar, kerana HAK MUTLAK KESEMBUHAN IALAH PADA ALLAH SWT.
Saudara juga menganggap bahawa jika sesuatu amalan tiada dalam atsar maka seolah-olah ia bukan perubatan Islami. Saudara perlu ingat bahawa walaupun ianya tidak autentik 100% dengan amalan nabawi, jika ianya masih tidak terkeluar daripada lingkungan umum batas aqidah dan hukum fiqh di mana "penggunaan bahan-bahan yang tidak tergolong dalam kategori haram seperti najis, bahan kotor atau makanan/minuman yang haram" adalah harus, maka ianya tidak menjadi masalah untuk diamalkan.
Dalam hal kepelbagaian teknik, saya setuju dengan penjelasan tuan Majid jika benar ia adalah dalam lingkungan ikhtiar. Walaubagaimanapun sepertimana pandangan saya sebelum ini, pada hakikatnya ia TIDAK PERLU dan perlu dihentikan apabila timbul fitnah.
Tumpuan seorang perawat Islam adalah membawa mesej KESEMBUHAN ITU DARIPADA ALLAH dan juga menyedarkan kepada pesakit bahawa jalan2 kesembuhan yg ditunjukkan oleh Nabi SAW adalah seperti berikut:
1. berubat
2. berdoa / ruqyah
3. bertaubat
4. bersedekah
5. bernazar
6. menyambung silaturahim
7. bangun malam / qiyamullail
8. redha
Saya percaya apabila hakikat kesembuhan dan hakikat perubatan Islam dicapai, akan
sirnalah segalanya dan akan bubarlah semua teknik2 ini.
p/s: agak lucu saudara menyimpulkan saya menuduh tuan majid tidak islamik dlm kepelbagaian tekniknya. pada bahagian mana saya berkata sedemikian?
Sheikh,
Cuba baca ayat sdra ini
"Yang saya khuatiri, apabila Tuan Majid telah sampai kepada hakikat dan kesimpulan ilmu perubatan Islam, maka ketika itu akan terasa berat bebanannya menarik balik teknik-tekniknya"
Kekuatiran sdra bererti sdra "in-doubt" atau ragu bahawa rawatan Ust. Majid adalah samada dibawah lingkungan "rawatan Islam" ataupun tidak, atau apa maksud tn sheikh?
Isu fitnah atau tidak banyak bergantung kepada bagaimana sesuatu perkara itu diperlakukan. Sebagai contoh teknik bakar batu bata atau jual air jampi.
Dulu jual air jampi memang menjadi fitnah... tetapi tidak lagi sekarang, sekiranya dibuat secara professional seperti produk An-Nusrah, mussoffa dan tok guru... sudah tiada isu lagi.
Teknik bakar batu bata juga tidak lagi menjadi fitnah bila ia hanya melibatkan perawat dan pesakit disamping penggunaan "gas-burner" berbanding dgn penggunaan kayu arang.
Yang jelas bagi saya, raikanlah teknik rawatan perawat lain, berlapang dada disamping mendoakan agar perawat tak sesat adalah lebih baik dari mengutuk dengan kata2 Puan H tak sembuh lagi, perawat ditipu jin dsb.
Satu perbincangan yang menarik
Salam...
Kpd Tn Sheikh,
1) Anda adalah seorg perawat
2) 1 guru dgn Ustaz Majid
3) Dari ape yg anda nyatakan dan debatkan, dapat saya tafsirkan anda adalah seorg yg berpengetahuan dan saya juga berpendapat anda seorg yg berkebolehan besar berdasarkan ayat anda " Puan H belum sembuh lg",.
Tetapi sayang juga jika segala kelebihan yg ada pd anda, hanya anda laungkan dan debatkan untuk menjatuhkan insan lain, insan yg juga ingin membantu org lain dlm ilmu perubatan islam. Bagi pendapat saya, setiap org yg mengamalkan ilmu perubatan islam dgn niat hanya bergantung kpd Allah, insyaAllah akan di beri petunjuk atau instinct...
Sbb itulah setiap ilmu perubatan islam yg diamalkan oleh org yg berlainan akan mempunyai cara yg tersendiri...
contohnya, anda katakan di Dsyifa' guru anda TIDAK LAGI menggunakan cara perubatan TB3 kerana menimbulkan fitnah, ini sahaja sudah membuktikan bahawa amalan atau teknik itu sudah diajar dan boleh digunakan cuma guru anda sahaja tidak mahu ianya digunakan lg. Jd tidak ada salahnya jika Ustaz Majid ingin menggunakan teknik tersebut.
Dari ape yg anda jelaskan dan laungkan dlm debat anda itu, seolah-olah org yg mengamalkan ilmu perubatan islam, tetapi berlainan caranya atau tekniknya dari GURU anda bermakna org itu telah TERSESAT JAUH.....
Ermm........ fikir-fikirkan lah....
Lg baik jika kita sebagai umat Muhammad S.A.W, mendoakan yg terbaik buat org lain, bukannya menjatuhkan atau mempersoalkan ataupun mentafsirkan setiap ape yg org lain buat adalah 1 kesalahan dan sesat.
Segala kepakaran, kebolehan, kelebihan, kebaikan, kesihatan, pengetahuan adalah anugerah Allah S.W.T. Jd tak payah lah kita nak mempersoalkan atau memperdebatkan apa sahaja yg diusahakan oleh org lain. Sesat atau tidak, ikhlas atau tidak, betul atau tidak, menyimpang atau tidak itu semua hanya Allah sahaja yg tahu, tidak payah la Tn Sheikh nak mengadilinya.
Tn Sheikh seorg perawat begitu jg dgn Ustaz Majid, jd sama2 lah tolong menolong dan bantu membantu...
assalamualaikum ustaz..ana sebenarnya pernah pergi khusus ustaz.dan ana respect cara ustaz. tapi masa sekrang ustaz,ana tgk dkt blog ustaz,ustaz mula mempelajari bnyk ilmu tentang rawatan yang pelbagai.ustaz ada sedikit nasihat dari,ustaz jgn terlalu rakus dgn pencarian kaedah baru,mudah akan ditipu oleh syaitan nanti..usataz,sebelum ana dapat ilmu cara islam ini dari AllAH,ana dah pun pergi mempelajari pelbagai ilmu perubatan seperti kuasa minda dan lain2 yang menggunakan alat tertentu..ana bg contoh,ilmu kuasa minda,mmg nampak bersih dan tiada amalan khurafat tp sebenarnya terselit beberapa rahsia...ini la peranan syaitan dan iblis untuk menipu alim secara halus.. kalau ustaz perasan kuasa minda seperti kuasa mata memerlukan keyakinan yang kita boleh lakukan dan perlu kepada latihan..buat je tiap2 hari,pasti akan berjaya dengan kaedah jarak jauh ini..disinilah iblis mula menipu pengamal dengan membantu pengamal berjaya melakukan sesuatu dgn jarak jauh dan apa2 lg yg lain..dan waktu ini pengamal akan berkayakinan dan bantuan yang berlaku adalah dari syaitan tanpa disedari..begitu juga dgn alat yg ustaz ckp tu..mmg berkesan tetapi ada penipuan oleh puak jin disitu kerana mgkin selama ni mereka bermusuh dgn ustaz....bayangkan..kalau semua orang dah guna alat,kuasa minda dan seumpamanya ketika berubat yg kadang2 x perlu pun mggunakan doa dgn mggunakan ayat2 ALLAH....abislah hilang pergantungan pada ALLAH pada masa akan datang dgn bergantungnya pada alat tertentu.mmg berjaya jika menggunakan kaedah demikian..tok bomoh pun berjaya mengubati pesakit.. tetapi jgn lupa,syaitan juga ada matlamatnya yg tersendiri,dan inilah dakyah syaitan...ubatilah pesakit sukurang2nya dgn basmallah.syaitan,iblis x mugkin boleh dekati orang yg benar2 ikhlas..hati2 ustaz..ana harap ustaz kembali mggunakan kaedah dulu dan berhati2 dalam mempelajari ilmu baru..ustaz,maaf jika ana ada terkasar bahasa.ana harap ustaz menganbil wudhu,solat dua rakaat dgn kusyuk di 3/4 malam,kemudian ustaz fikirkan lah kembali msg yg ana ingin sampaikan ni..dari hamba ALLAH yg hina..........
musliminsejati75@yahoo.com
Tak salahkan mempelajari, menganalisis dan mencipta sesuatu yg baru yg boleh diguna pakai. Dr Luqman r.a "Didiklah anak-anakmu bersesuai dgn zaman mereka". Bertepatan dgn itu maka tak salah kita menggunakan teknologi terkini dan pendekatan baru bersesuai dgn zaman kini. Bgaimanpun yg lama ttp dijadikan rujukan dan panduan. Syabas! Akrine..
Post a Comment