Saya sering ditanya bagaimana nak tahu jin bercakap benar atau tidak?
Ada 2 persoalan di sini, yang pertama; apabila seorang mengatakan kepada pesakit atau warisnya bahawa dia (pesakit) terkena sihir, asyik, saka dsb adakah ini dikira sebagai menilek (kahin) yang dilarang oleh Islam?
Seterusnya jika berdialog dengan jin, sejauh manakah kebenarannya?
Kita diajar bahawa tiada sesiapun yang tahu tentang perkara ghaib kecuali ALLAH.
Apabila mengkategorikan sihir, asyik, saka, ilmu ambilan, khadam dsb kelihatan seolah-olah kita mahu melangkaui batasan perkara-perkara ghaib. Inilah yang menjadi salah satu pertanyaan yang dikemukakan kepada saya oleh jawatankuasa Dsyifa semasa sesi siasat terhadap saya dahulu.
Saya jawab secara perbandingan. Apakah Sheikh Wahid Abdus Salam juga tergolong dalam kahin kerana mengatakan orang ini kena sihir tafriq, asyik dsb? Seterusnya saya pertegaskan bahawa perkataan "mungkin" mestilah digunakan kerana kita hanya meng"agak" sahaja berdasarkan simpton dan ayat-ayat yang dibaca.
Apa perlunya diberitahu pesakit yang dia mungkin disihir, ada jin saka dsb?
Ini kerana setiap jenis gangguan mempunyai teknik rawatan tersendiri. Jika sihir misalnya barang sihir perlu dicari atau dimusnahkan. Jika saka, ikrar pemutus dan kegemaran jin saka serta barang saka mestilah dikenalpasti. Lihatlah karangan mu'allij bagaimana berdepan dengan sihir gila, sawan, pengasih dsb. setiap kes ada pengkhususan termasuklah santau... Kalau sudah tahu pesakit ada ciri-ciri santau, beritahulah pesakit yang dia kemungkinan kena santau dan rawatannya yang terbaik adalah sekian-sekian!
Ternyata bagi saya tidak salah jika kita nyatakan jenis-jenis gangguan yang dialami oleh pesakit.
Bagaimana pula kalau pesakit mendesak nak tahu siapa yang menyihir?
Saya berpendapat fitnah akan terjadi bila kita menjawab sianu-sianu yang menyihir. Kalau dalam dialog dijelaskan yang menyihir adalah sianu, anggaplah hanya "precaution" sahaja dan jangan telan bulat-bulat kenyataan ini. Saya berhujjah sebenarnya sianu mungkin tidak langsung melakukan penyihiran tetapi inilah kerja-kerja jin saka milik sianu yang sianu pun tak tahu... inilah tugasan kita supaya tidak memanjangkan fitnah dialog.
Bagaimanapula kalau dinyatakan barang sihir ditanam di tempat2 tertentu? Sunnah mengajar kita untuk mengambil dan menawarkan barang sihir berkenaan. Jika dikaitkan dengan seseorang dan barang berkenaan dijumpai betul, bolehkah kita terima bahawa orang itulah yang menyihir? Sekali lagi sunnah melarang kita untuk "menembak" orang berkenaan kerana fitnah akan terjadi... kita hanya menasihatkan berhati2lah dengan orang berkenaan. inilah yang dikategorikan sebagai OKS
Sejauhmana kebenaran diolog dengan jin?
Sebenarnya ada tidak kurang dari lima kaedah dialog:
1. Dialog langsung - jin bercakap melalui lidah pesakit
2. Dialog menulis - pesakit diberi pen dan kertas untuk menulis
3. Teknik telunjuk
4. Teknik kaki
5. Sendawa, batuk, jerit dsb
Dalam semua kaedah di atas, teknik kaki adalah yang paling mudah bagi semua pesakit.InsyaALLAH teknik ini akan diajar dalam kursus mendatang
Saya mempunyai teknik untuk menguji kebenaran dialog tetapi masih juga akhirnya lebih bersifat "precaution" dan bukan mutlak. Ini juga akan diajar. Yang jelas kita dilarang sama sekali untuk menjatuh hukum secara pasti terhadap rawatan dan dialog yang berlaku.
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak-anak
-
*Assalamualaikum*
Apakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak-anak yang lain,
seperti kerap sakit, kerap demam, selsema, menangis di tenga...
2 years ago
8 comments:
Siaplah.... jangan tertipu dengan cara jin.Ramai juga bomoh-bomoh menggunakan jin untuk menipu.Aku pikir tak perlu berkirabicara dengan jin itu mengarut saja !.Lagipun makhluk yang nampak inipun sering menjadi mangsa penipuan,lebih lagi yang tak nampak seperti jin itu.
Tidak begitu, dialog berguna dalam kerja-kerja dakwah... jin seperti manusia juga ada jiwa seni yang jika perawat pandai menyentuhnya secara hikmah insyaALLAH dia terbuka hatinya
saya baru habis membaca buku 'Menjawab persolan Makhluk Halus....' karangan Dr Haron Din. saya lihat ada beberapa perkara yg agak 'tak sama' atau 'tak selari' dengan AKRINE. cth 1. bab mengurung jin dlm botol. 2. bab boleh mengetahui/diberitahu telah disihir.
apa komen ust
salam Anonymous..
den tak pandai, den pula bukan pelajar akrine, x pernah pi kursus tapi den nak kata diatas pengalaman cetek dan pembacaan den buku-buku rawatan termasuk buku berdialog dgn jin, karangan ustaz majid sendiri..
rumusan kajian den...
Pelbagai cara dan teknik untuk merawat,pelbagai kaedah, ustaz harun din lain caranye, perawat-perawat lain dgn cara masing2 yang Allah memberi ilham,yang penting pergantungan kita kepada Allah itu yang utama dan mutlak, tidak semestinya merawat menggunakan ayat al-quran, ada kaedah jika iman sudah mantap hanya berbekal zikir Allah..Allah..Allah ajer di dalam hati, Alhamdulilah berjaya ia merawat kerasukan.. bab mengurung jin dlm botol,den rasa ustaz majid kurung buat sementara untuk transfer ke perkampungan jin sahaja, bukan kurung sampai hari kiamat,teknik merawat amat luas, jgn menjumudkan diri anda. ilmu Allah amat luas,
Ustaz, benarkah Jin tidak mampu untuk membaca fikiran manusia. Saya telah cuba untuk mencari kebenaran berdasarkan kaedah telunjuk. Secara lisan saya tanya kepada jari telunjuk dan memang ada pergerakan dan kita boleh berdailog berdasarkan bahasa isyarat. Saya tidak tahu apakah pergerakan itu disebabkan oleh jin yang berada dalam tubuh saya. Bagaimanapun, saya cuba niatkan dalam hati @ membuat pertanyaan dalam hati dan memang ada pergerakan dan boleh berkomunikasi secara bahasa isyarat. Apakah ini anugerah Allah swt kpd diri perawat atau pergerakan ini ada hubungan dengan jin yang berada dalam tubuh perawat. Sebelumnya, saya cuba istighfar. Kaedah ini biasanya saya gunakan dalam keadaan yang terdesak atau kes-kes kronik. Mohon bimbingan dari Ustaz.
Salam,
Saya berpegang bahawa jin tidak berdaya membaca fikiran manusia kecuali jika dia telah menguasai pemikiran orang yang berkenaan.
Setiap kali kita berfikir, sel2 membrane bertindakbalas dan jika jin berjaya membaca kod minda kita maka dia boleh membaca file kita dan menterjemah kod2 yang ada... untuk itu kita tutup kod dgn La tudrikuhul absor... insyaALLAH
Salam ustaz,
Saya telah beberapa kali melakukan teknik TKR kepada pesakit. Selain pesakit dapat melihat objek/bentuk yang buruk misalnya bintang, langsuir, manusia hodoh dan lain-lain pesakit juga dapat melihat hal yang elok misalnya orang berjubah atau seperti orang yang warak. Menurut pesakit, wajahnya sama eperti orang Melayu tapi nampak gayanya orang yang soleh. Bahkan, pesakit dapat berdailog dengan orang tersebut. Soalan saya, bolehkah pesakit berdailog dengan orang ini atau minta bantuan tambahan. Walaubagaimanapun, apa yang dapat saya buat buat rumusan biasanya pesakit atau penghuninya rajin beribadat kepada Allah swt. Mohon bimbinan dari ustaz.
Assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanya, mengapa ada beberapa kondisi berbeza smsa pesakit dirawat. ada pesakit yg kerasukan dan ada pula yg tidak kerasukan? Kondisi mana yg lebih mudah dirawat.
Soalan kedua, adakah semua pesakit yg disyaki disihir perlu dimusnahkan barang sihirnya?
Terima kasih ustaz.
Wassalam.
Post a Comment