Ada 3 Nabi yang sering dikaitkan dengan ruqyah rawatan iaitu Nabi Ayub, Musa dan Sulaiman AS.
Nabi Ayub AS terkenal dengan tahan-ujinya menghadapi gangguan syaitan. Penyakit yang dialaminya puluhan tahun sehingga isterinya hilang sabar sedangkan Nabi Ayub dengan sifat kenabiannya amat tabah dalam berdepan ujian getir ini. Bayangkan bila ulat yang memakan dagingnya jatuh dari tubuhnya, baginda AS mengambil ulat itu lantas meletakan semula ke tempat asalnya. Kalau saya, pasti ulat ini akan saya tenyeh sehabis-habisnya.
Ketabahan Ayub AS mengalahkan gangguan syaitan ini amatlah tidak digemari oleh syaitan. Oleh itu doa Ayub AS digunakan sebagai ruqyah melawan penyakit. Kita jua menggunakan kisah Nabi Ayub AS ini sebagai pendorong pesakit agar bersabar "kalau anda baru sakit 2-3 tahun, lihatlah Nabi Ayub yang sakit berpuluh tahun, maknanya bukan anda sahaja yang pernah sakit dan bukan anda seorang sahaja yang sudah lama sakit"
Nabi Musa AS dikaitkan dengan ruqyah rawatan kerana di zaman Baginda adalah zaman penggunaan sihir yang berleluasa. Ahli sihir diangkat dan disanjung tinggi oleh pemerintah firaun dan kebanyakan keputusan Firaun adalah dari nasihat tok bomoh semasa itu. Bayangkan Firaun sanggup membunuh kanak-kanak lelaki bani Israel atas nasihat tukang tilik @ sihir yang mengatakan Firaun akan dikalahkan oleh seorang Nabi dari kaum Israel. Begitu juga tukang sihir @ bomoh memberitahu Firaun bahawa sakit gatal pada anaknya boleh disembuhkan dengan menyapu air liur seorang kanaka-kanak (Nabi Musa AS) yang akan dijumpai hanyut di sungai. Begitulah "power"nya tukang sihir di zaman itu walaupun sebenarnya itu semua adalah perancangan ALLAH SWT semata.
Nabi Musa AS berjaya mengalahkan ahli-ahli sihir yang disanjung Firaun. Tidak setakad mengalahkan tetapi ahli-ahli sihir ini beriman dengan Islam sambil sanggup dipotong tangan dan kaki kerana mempertahankan iman mereka. Menariknya kisah ini adalah ahli-ahli sihir ini tidak lagi mengamalkan sihir mereka setelah beriman. Sihir sahaja firaun dengan mengujudkan ilusi kaki atau tangan palsu untuk menipu firaun bila mahu dipotong... ini menjelaskan sihir adalah palsu dan terkeluar dari Islam.
Membaca ayat2 ruqyah mengenai Nabi Musa AS digunakan dalam mengubati penyakit-penyakit sihir adalah suatu teknik memohon bantuan ALLAH dalam merungkai gangguan sihir.
Nabi Sulaiman AS adalah seorang nabi dan rasul yang berjaya menundukan sekelian makhluk termasuklah jin dan syaitan. Baginda menjadi Raja ketika berusia 13 tahun dan wafat semasa berumur 53 tahun, memerintah ketika umur muda dan wafatpun agak muda berbanding dengan umur umat semasa yang memakan ratusan tahun.
Di zaman Nabi Sulaiman AS, Baginda menyeru Balqis untuk menganut Islam. Semasa Balqis dalam perjalanan ke istana Baginda, Nabi Sulaiman AS bermesyuarat untuk membawa istana Balqis di Yaman ke tempat Baginda AS di Palestin. Jin Iffrit yang terkenal gagahnya menawarkan untuk membawanya dalam tempoh baginda AS berada ditahtanya ie dari pagi sehingga tengahari. Kemudian seorang manusia bernama Asif menawarkan untuk membawanya sekelip mata. Asif berjaya membuktikan kemampuannya dan Nabi AS bersujud syukur atas kurniaan ALLAH kepadanya.
Siapakah Asif?, Al-Quran menjelaskan bahawa dia adalah seorang ilmuan, seorang alim-ulamak yang dilantik oleh Nabi AS sebagai menteri baginda. Keilmuannya mencakupi kitab Zabur dan Taurat. Ada yang mengatakan bahawa beliau adalah ahli tasauf dan tak kurang yang menyatakan dia adalah ahli tareqat. Yang jelas tasauf dan tareqat selepas zaman Nabi Muhammad SAW, saya tidak pasti apakah sudah ada tasauf atau tareqat di zaman Nabi Sulaiman AS? Yang saya pasti kitab Zabur dan Taurat banyak mengandungi ayat-ayat kerohanian sesuai dengan keperluan umat manusia ketika itu.
Apa yang Asif lakukan sehingga berjaya mengangkat istana Balqis? Beliau solat kemudian berdoa, lalu ALLAH perintahkan para malaikat mengangkat istana Balqis ke tempat Nabi Sulaiaman AS sekelip mata. Ternyata beliau adalah ahli ruqyah yang doanya amat makbul di sisi ALLAH. Kenapa tidak Nabi Sulaiman sendiri yang tarafnya nabi dan rasul sahaja yang berdoa dan tentunya ALLAH memperkenankan doa baginda?
Di sini kita tidak mendapati Nabi Sulaiman AS mengucapkan terima kasihnya kepada wazirnya tetapi Nabi Sulaiman berkata "ini adalah kurnian dari tuhanku". Ini menunjukan bahawa Asif tidaklah ada apa2 melainkan dengan bantuan ALLAH dan Asif hanyalah "medium" yang ALLAH jadikan dalam kerja2 dakwah Baginda.
Kehebatan Asif mengalahkan jin Iffrit tentunya melukakan hati jin iffrit. Marah golongan jin kepada manusia kerana disangkanya mereka hebat tetapi manusia lebih hebat dengan senjata doanya. Apakah peristiwa ini tidak meletakan kita lebih tinggi dari golongan jin?
Jin juga memberitahu bahawa betis Balqis banyak bulu, Nabi Sulaiaman AS arahkan jin menyediakan balai seri yang kelihatan seperti ada air di bawahnya. Apabila Balqis menyelak kainnya ternyata dakwaan jin itu betul. Nabi Sulaiaman arahkan jin menyediakan ubat bagi menghilangkan bulu pada betis Balqis. Nabi Sulaiman juga mengarahkan jin-jin membina tiga istana untuk puteri Balqis. Jin melakukan semuanya.
Kisah Nabi Sulaiman AS menundukan jin tidak digemari oleh jin-jin yang jahat sehingga nama "Sulaiman" itu sendiri tidak digemari jin jahat @ syaitan. Mereka fitnah Nabi Sulaiaman AS sebagai ahli sihir dan Baginda kononnya ada menyimpan ilmu sihir dalam sebuah peti.
Oleh itulah membaca ayat-ayat ruqyah yang berkaitan dengan "Sulaiman" menjadikan jin-jin jahat yang mengganggu amat2 tidak selesa. Kaum jin tahu sejarah gelap mereka diperintah Nabi Sulaiman, mereka juga ingat fitnah besar yang datuk moyang mereka lemparkan kepada Nabi Sulaiman... sebab itulah menyebut sahaja ayat2 yang berkaitan dengan Nabi Sulaiman menakutkan jin2 yang jahat.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
No comments:
Post a Comment