Sempena cuti sekolah dan Eidul Adha saya bercuti merawat dan pulang ke kampung di Batu Pahat Johor.
Di kesempatan masa santai ini saya gunakan dengan membaca buku karangan William Walker Atkinson berjodol "The Mastery of Mental Control in Business & Everyday Life".
Buku ini membongkar rahsia kekuatan mata dan minda.
Pengarang adalah seorang tenaga pengajar dalam bidang ini, maknanya golongan bukan Islam mengakui bahawa mata mempunyai kuasa sepertimana orang Islam percaya akan kuasa 'ain (mata). Bezanya kita tidak diajar bagaimana menguasai "mata".
Orang yang dilatih menguasai mata bila digunakan ke arah "kebaikan" menurut pengarang boleh berjaya dalam urusan kehidupannya. Ia berguna apabila dia berdepan dengan pelanggannya samada kerana mencari pekerjaan atau mahu menjual produk. Apabila dia merenung pelanggannya, pelanggannya akan lembut dan mematuhi keputusan yang dikehendakinya. Begitu juga seorang pemimpin, semua pengikut akan tunduk dan patuh bila berdepan dengannya... waduh! hebatnya teknik pukau mata ini.
Islam mengakui kekuatan mata, sepertimana sabda Nabi Saw " pengaruh mata boleh memasukan seseorang ke dalam kubur, dan boleh memasukan unta ke dalam belanga". Ertinya kuasa mata boleh membawa kematian kepada manusia dan juga binatang.
Bolehkah kita mempelajari kuasa mata? Tidak ada hadis yang melarang mempelajarinya yang banyak adalah teknik rawatan terkena 'ain. Seerah mencatitkan bagaimana seorang sahabat Nabi SAW terkena 'ain dari seorang sahabat baginda juga di tepi pantai, lalu diajar kaedah merungkai dengan mandi menggunakan air yang digunakan untuk mandi oleh sahabat yang mengenakan 'ain berkenaan. Sahabat yang mengenakan 'ain ini hanya terpegun melihat kecantikan batang tubuh sahabatnya sahaja. Keadaan terpegun ini adalah pemfokusan "mata" kepada objek lantas melakukan serangan. Kuasa mata bukanlah sihir yang menggunakan jin.
Ada sekumpulan perawat dari utara tanah air yang menggunakan "Nur Ilahi" dalam rawatannya secara merenung mata pesakit sambil menyebut "Nur... Nur....Nur". Mengikut pengamal rawatan ini, pesakit yang diganggu oleh jin akan tewas hanya dengan pandangan Nur Ilahi mereka. begitulah kuasa mata...
Saya diajar untuk tidak merenung mata pesakit atas 2 sebab. Pertama untuk mengelakan serangan 'ain dari mata pesakit dan yang kedua Islam melarang melihat muka wanita. Oleh kerana mata terletak di bahagian muka, maka apa perlunya merenung wajah wanita ajnabi?
Buku ini memfokuskan kepada kuasa minda.
Pengarang menjelaskan "minda" adalah "benda" yang bersifat "I AM" atau "AKU". Orang yang gagal mengusai minda adalah orang yang gagal dalam kehidupan. Mindalah yang membentuk "I will" atau "I can" versus "I can't". Contoh mudah kegagalan menguasai minda adalah perasaan takut, tidak yakin, tiada pengharapan dsb. Ada orang takut dengan lipas, tetapi setelah diajar mengusai mindanya dia tidak lagi takut dengan lipas.
Begitu juga kita ada yang sukar untuk bangun solat tahajjut malah solat subuh... tetapi jika anda berjaya mengusai minda anda anda akan mudah bangun di saat orang lain sedang tidur.
Di dalam buku ini dijelaskan teknik-teknik pengusaan minda seperti kaedah pengulangan, auto suggestion, absorption, concentering dsb.
Kuasa minda juga boleh digunakan keluar dari tubuh pengguna. Disinilah konsep telepathy di mana 2 orang yang telah menguasai minda masing2 boleh berinteraksi secara jarak jauh. Kuasa minda juga boleh digunakan menguasai minda orang lain... ganas juga kuasa minda ini.
Dalam isu rawatan, bolehlah dikatakan pesakit adalah orang yang gagal menguasai mindanya. Pesakit adalah yang lemah, stress, hilang pergantungan dan tidak membentuk self protection secara mindanya. Untuk itu keyakinan hendaklah diberi kepada pesakit sehingga membentuk kuasa minda... nampak gaya kena buat kursus juga tentang bab kuasa minda ini.
Setakad pembacaan saya, saya tidak mendapati unsur-unsur khurafat atau pemujaan dalam mempelajari ilmu kuasa minda. Di barat ia diajar secara penuh sistematik. Mari kita dalami ilmu ini atau ada sesiapa yang membantah silalah berhujjah untuk kebaikan bersama.
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
5 comments:
Salam Ustaz,
Apa pendapat Ustaz tentang teknik "The Secret" yang juga mendedahkan tentang penguasaan minda?
Ada juga yang mengatakan bahawa teknik ini berasal dari golongan 'Illuminati', 'Freemason' dan 'Antichrist'/anti-nabi.
Salam,
Buku "The Secret" adalah tulisan Rhonda Byrne yang pernah menjadi the best selling tahun 2006 dan akhirnya difilmkan. Buku ini dikritik ramai spertimana berikut:
The book has also been heavily criticized by former believers and practitioners, with some going as far as claiming that "the secret" was conceived by the author and that the only people generating wealth and happiness from it are the author and the publishers.[who?]
Others assert "the secret" offers false hope to those in true need of more conventional assistance in their lives. In 2007 Barbara Ehrenreich, an author and social critic, ridiculed the book's weight control advice to "not observe" overweight people. According to the online magazine Religion Dispatches, Byrne argued that natural disasters strike those "on the same frequency as the event" and implied the 2006 tsunami victims could have spared themselves. In businesses using the DVD for employee training or moral-building, some reacted to it as "a gimmick" and "disturbing" like "being indoctrinated into a cult".
In 2009 Ehrenreich published Bright-Sided: How The Relentless Promotion of Positive Thinking Has Undermined America as a response to "positive thinking" books, like The Secret, that teach "if I just change my thoughts, I could have at all". She worried this was delusional or even dangerous because it avoided dealing with the real sources behind problems. It encouraged "victim-blaming, political complacency, and a culture-wide flight from realism" by suggesting failure is the result of not trying "hard enough" or believing "firmly enough in the inevitability of your success". Those who were "disappointed, resentful, or downcast" were 'victims' or 'whiners'. Ehrenreich advocated "not negative thinking or despair" but "realism, checking out what’s really there and figuring out how to change it".
salam hormat dari saya dan bapa utk ustaz di atas pelancaran buku "Berdialog Dgn Jin". Semoga ustaz akan mengeluarkan lbh byk bhn2 bacaan yg boleh dijadikan panduan dlm khidupn seharian setiap manusia, terutama muslimin & muslimat bukan shj di Malaysia, malahan di luar negara.
Ust, ilmu ni macam windows lah, kejap2 upgrade....dulu ilmu batin (org kata mencarik adat guna jin, padahal mungkin ya mungkin tidak), datang pulak tenaga dalam (daya yg kadang keluar secara tak sengaja/panik tahap gaban aje boleh keluar), lepas tu kuasa minda separa sedar pulak (tenaga dalam/tenaga batin/minda separa sedar actually lebih kurang aje ikut tahap kemodenan dan zaman mana ia disebut) dan sekarang hasil R&D dah ada pulak KUASA MINDA SUPER SEDAR....now dah popular....so ilmu ni ibarat Windows lah...dulu pakai DOS, lps tu pakai windows 95, windows 98, windows 2000, lps tu windows XP, windows vista dan terkini windows ntah apa nama lupa lak....so kuasai je windows yg terkini...dlm kontaks ni KUASA MINDA SUPER SEDAR....yg ni more islamic....insyaallah....moga kita dpt berkongsi/share ilmu bermanfaat...wassalam
Assalammualaikum,
Maaf mencontong diblog ustaz sekadar untuk berkongsi pendapat, jika ada keizinan.
KUASA MINDA, saya amat tertarik dan ingin pelajarinya, namun tiada kesempatan ruang dan masa, walau apapun, pada pandangan saya yang serba kekurangan ini, Islam telah mendahulu ilmu KUASA MINDA, barat mengambilnya dari kajian yang dijalankan keatas agama Islam.
Mengapa saya berkata demikian? Ya, didalam islam kita diarah untuk fokus, memberikan tumpuan, khusyuk. Apa pentingnya khusyuk itu dititik beratkan oleh Allah? Sehingga Allah menyebutkan 'celaka' keatas mereka yang solat tetapi lalai.
Allah mengajar kita menguasai minda, agar terarah kepada unsur-unsur posifif, unsur2 yang menjadikan kita umat yang cemerlang, namun kita jarang mengambil pengajaran dari 'isyarat' yang Allah sampaikan.
Wallahualam.....
Norsalim
Post a Comment