Dalam kerja-kerja dakwah dan gerakan Islam kita diajar fiqhul awwaliyat iaitu meletakan perkara yang utama melebihi perkara yang lain. Contohnya dalam melaksanakan hukum hudud bagi seorang pencuri ie potong tangan. Jika di zaman itu banyak kecurian adalah berpunca dari kemiskinan maka di saat itu usaha-usaha membasmi kemiskinan adalah lebih diutamakan dari perlaksanaan hukum hudud berkenaan.
Dalam isu rawatan pula beberapa rakan perawat di dalam blognya ada membincangkan berkenaan yang mana satukah perlu didahulukan bila berdepan pesakit yang diganggu oleh jin sihir dan juga saka pada masa yang sama.
Seorang sahabat saya berpendapat perlu dibereskan jin saka dahulu sementara sahabat yang lain mengatakan jin sihir dulu. Masing-masing memberikan hujjah menyokong pendapat berkenaan.
Bagi saya yang pertama sekali perlu dicerap adalah siapa yang muncul dahulu apabila anda mula berdialog secara lisan dengan jin berkenaan. Jin sihir atau jin saka? Jika jin saka maka pada pendapat saya jin saka adalah lemah berbanding jin sihir, maka awwaliyat adalah jin sihir. Begitulah sebaliknya jika jin sihir yang muncul dulu, maka jin saka lebih ganas dari jin sihir dan ia kena dibereskan dahulu.
Walaupun begitu saya lebih gemar menggunakan teknik pengasingan diantara kedua kumpulan ini. Jin sihir pada sebelah kaki dan saka pada sebelah yang lain. Dalam kes ini sudah tidak timbul awwaliyat dan dialog lebih mudah kerana tidak bercampur baur. Kita selesaikan kedua-duanya sekali pada satu masa yang sama. Anda juga boleh tanya pesakit kaki mana yang lebih berat, yang berat itulah yang ramai.
wALLAHu'alam
Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur
-
Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah
diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan
ke...
4 years ago
3 comments:
Salam,
Ana sekadar berkongsi je....
Kebiasaannya, Jin Sihir akan muncul dahulu ketika mula dirawat. Dan apabila tiada lagi gangguan Sihir, Jin SAKA pula akan mula menonjolkan kehadiran mereka... Dan Jin SAKA ni kadang bersikap defensif dan akan cuba membantu tuan punya diri dari anasir Jin Sihir, mengikut kemampuan mereka. Jin SAKA ni kadang2 akan melihat dan monitor dahulu cara perawat2 membantu mangsa semasa dlm rawatan. Dan akhir sekali, Jin SAKA yg boleh ajak berbincang akan keluar mengikut kehendak tuannya.
Tetapi,kalau kena dengan Jin SAKA yg liar, dan berkebolehan mengenakan SIHIR sekali gus...Mainan mereka akan berbeza dan cukup halus dan kejam. Mereka ini kadangkala akan menaruh perasaan dendam kerana beberapa sebab. Antaranya, 'tuan' sudah meninggal, 'tuan' tak nak lagi berurusan dgn mereka ... tahap ni agak rumit, lebih2 lagi sekiranya ada pihak ketiga yg juga menghantar SIHIR pada si mangsa. Dalam keadaan ini Jin SAKA akan muncul tak kira masa untuk membuat huru hara semasa rawatan di jalankan.
Kesimpulannya, perawat haruslah berhati2 menghadapi apa juga keadaan dengan tenang dan tabah. Dan jika perlu minta bantuan dan pendapat dari mereka2 yg pakar dan mahir dalam menangani masaalah tertentu.
Wassalam.
sambungan...Salam,
Kesimpulannya, perawat haruslah berhati2 menghadapi apa juga keadaan dengan tenang dan tabah. Dan jika perlu minta bantuan dan pendapat dari mereka2 yg pakar dan mahir dalam menangani masaalah tertentu.
Setelah berjaya di keluarkan sihir dan SAKA. Ada kes2 tertentu, di mana lepas beberapa bulan ....Jin SAKA yg masih 'setia' dgn bekas tuan, akan cuba rapat dgn keluarga tersebut, konon atau mungkin dgn niat ingin atau ada tujuan yg lain.
Kesimpulannya, perawat haruslah berhati2 menghadapi apa juga keadaan dengan tenang dan tabah. Dan jika perlu minta bantuan dan pendapat dari mereka2 yg pakar dan mahir dalam menangani masaalah tertentu.
Wassalam.
fenomena
assalamualaikum wbt.saya menalipon seorang perawat kerana sakit bisa lengan yang saya suspect adalah gangguan shr.
dia suruh saya datang berubat untuk bunuh saka yang ada pada saya dan semua family saya.boleh ke dia buat diagnosis melalui talipon.Boleh ke kita bunuh jin saka begitu saja?
Post a Comment